Poet of Fall

Bidang yang Berbeza

Posted in Uncategorized by vien88 on November 8, 2008

Lol time2 exam ni rajin betul tulis blog. Nanti habis exam mula la malas nak tulis sebab ada distraction yang lain (PS2!). Ni namanya nak hilangkan tekanan dan perasaan bosan.

Sedangku mengulangkaji subjek Fizik Terma, sesuatu perkara terlintas di fikiranku. Sudah lama aku fikirkan tentang itu, tapi malas nak luahkan. Aku tak pernah meluahkan pendapat tentang ‘bidang yang berbeza’ ini… sekarang ni, nafsu nak menulis membuak2! 😄

Dulu kat kolej matrikulasi, terdapat 3 jenis jurusan yang berbeza; Sains Hayat, Sains Fizik dan Perakaunan. Namun, ‘perbalahan’ antara pelajar jurusan Hayat dan Fizik adalah ama ketara. Budak Fizik kata Budak Hayat skema2 belaka, asyik study je. Budak Hayat kata Budak Fizik sume poyo, tau nak enjoy je. Bukan setakat tu je, subjek yang dipelajari pun nak dibandingkan. Kursus fizik terlalu banyak persamaan dan hukum untuk dihafal, lepas tu kena pandai kira-mengira lagi, sampai Budak hayat pun pening (eleh tapi kursus matematik boleh je skor. apa beza? Yang bezanya fizik menggunakan aplikasi matematik). Kursus Biologi pula, banyak sangat kena baca… demi exam pula, kena hafal keyword, kena faham proses itu ini! Amali fizik, banyak lukis graf – Amali biologi, banyak lukis organ2. Ini ke yang menyebabkan perbezaan yang begitu ketara?

Tapi aku tak suka letak suatu benteng antara dua bidang ini. Kerana bagi aku, kedua2 kursus ni saling berkait dan memerlukan ilmu masing2. Aku memang suka fikir secara mendalam, tapi di kelas aku diam saja, ikut arus fikiran mereka sebab malas nak timbulkan kekecohan… or burst their bubble.

The Human Eye

The Human Eye

Jom lihat keratan rentas mata. Aku ambik gambar yang simple. Bendalah ni la belajar dalam subjek Biologi zaman sekolah menengah. Di tahap universiti mungkin lagi detail. Ok, aku pon dah lupa apa fungsi setiap komponen mata, tapi yang pasti aku tahu apa fungsi kanta (lens). Kanta yang ada dalam mata kita ni jenis yang cembung, yang memfokuskan cahaya yang merembat melalui anak mata ke permukaan retina.

Guess what?? Ilmu tentang kanta dipelajari dalam FIZIK OPTIK!

Apa lagi tentang optik? Pelajar nak tengok sel2 dan tisu2 sesuatu organisme, perlu menggunakan mikroskop kan? Haaa… mikroskop tu adalah aplikasi bagi fizik optik.

Lagi lagi?

hmm… aku ingat belajar biologi dulu nak kira kalori/tenaga bagi makanan seperti kacang. Unit yang digunakan adalah Joule ( J ). Fizik lagi banyak pengiraan untuk tenaga. Pastu pulak… aku ambik yang simple lah… sebab ada kaitan dengan biologi. Nak kira berapa kali jantung kita berdenyut dala satu minit; average 72 nada per minit. Ops! “Minit” adalah sesuatu kuantiti fizikal!! Sama jugak bila kes penuntut bidang biologi nak menjalankan eksperimen yang melibatkan masa yang tertentu (contoh eksperimen kulat pada roti selepas 1 minggu).

Hwaha, banyak lagi yang berkait. Tapi aku malas dah nak fikir. Korang fikir sendiri la. Ada banyak lagi nak cakap, but maybe next time. Kena resume study ni.

Ja ne~

Tagged with: