Poet of Fall

Cerita sedih 20/3/2009 part I

Posted in Life by vien88 on March 20, 2009

Salah satu pepatah infamous alter-ego aku… “Apa itu kawan…?” (sepertimana aku persoalkan istilah ‘cinta’)

Sebenarnya aku pernah persoalkan maksud disebalik perkataan tu… masa tu zaman aku emo lagi. Aku dah lama dan berusaha keras mengetepikan fikiran negatif. Tapi setiap kali ‘darkside’ aku bangun, mesti sekali sekala tertimbul soalan tu lagi. Dan tadi…tadi kan… dia bangun…

Ada kawan… pentingkan pelajaran…

Ada kawan yang pentingkan cinta…

Ada kawan yang pentingkan family…

Ada kawan yang pentingkan kerja…

Ada kawan yang ikut kehendak dan fikiran kawan…

Ada kawan yang tak macam kawan…atau berlakon jadi kawan.

Ada kawan yang betul2 mengharap…

….

Alkisah seorang kawan yang hari jumaat sepatutnya join dalam diskusi projek untuk 2nd year, namun dapat pula khabar yang keluarga nya ingin ke KL pada hari itu bersama adiknya yang dah lama terperangkap kat MRSM tuh. So dia korbankan masa buat projek tu dengan masa untuk spend time dgn keluarga. Dia rasa serba salah sikit biar diorang camtu je, tapi tugas utama dia ialah buat comic…. kan?

Enuff third person view… Beberapa hari lepas dah plan nak tengok kawan2 se-jurusan dengan kita nak tengok diorang berlakon dalam drama pentas dalam ni. Puas aku promote sepanjang minggu =D. Puas aku convince. Dan puas hatiku mereka setuju nak tengok kawan2 kita perform.

Pada hari waktu siang sebelum drama itu, darkside seolah2 mengigau dan berkata… mesti tak jadik punya malam ni. Tapi tak kira, aku dah lama excited nak tengok drama. Aku fikir positif dan dapat bayangkan camane kita ramai2 sokong ikhwan dan rodi berlakon. Hati lagi gembira bila Cik Yam tanya aku jadi pergi ke tak sebab orang lain pon nak pergi sekali. Harapan tinggi siot… tak tipu.

Aku ingat nak balik petang sikit…sempat lagi join diorang. Diorang siap call lagi “tak paksa” etc etc… tapi masalahnye ayah aku kena pergi ofis. Habis pukul 6. So terpaksa la balik lewat drp Time Square (kebahagiaan melanda di jiwa masa shopping di situ). Sebelum balik, mak aku dah lama nak try makan sandwich Subway. Maka kami ke situ untuk tapau sandwich, dan aku tidak lupa nak beli soft cookie yang enak belaka.

“Tunggu kejap!” aku cakap kat akak kaunter tu, “Aku nak bilang berapa banyak nak beli dahulu”

Satu…dua… tiga… estimate 7 orang termasuk aku malam ni. Tapi aku beli extra just in case ada extra member. Aku dah melambatkan pergerakan baris semata2 untuk mengira berapa banyak biskut nak beli, dan dengan riang ria aku purchase 8 keping nak bagi kawan2.

Sambil2 mesej dengan Zu, didapati bilangan ahli kumpulan yang dikatakan nak menyaksikan drama pentas malam ni berkurang. Sampailah ke bilik Zu, (waa lama tak jumpe dia) tolak lagi sorang. In the end, 3 orang je yang pergi. Mak aih… Allah je yang taw… keperitan di lubuk hati time tu. Argh…dah ler AJK pon slalu 1/3 je datang… ni kena cam deja vu lak. Agaknye aku ditakdirkan dapat peristiwa begini kot sentiasa? Balik Batu Pahat pon nak jumpa geng kita 4 orang tengok SORANG je datang. SAH, takdir aku begini. Tapi Zu cakap.. “takpelah, at least Yam ada”.

Heh…apalah nasib… biskut tersorok dalam beg dengan tujuan nak surprise orang. It’s pathetic… my plan tu surprise people is kinda wasted. But cik Yam kata…takpela, dia makan utk orang lain. LOL. At least kita leh enjoy makan biskut lebih kan.

Masalahnye sekarang… bukan skali je janji termungkir. OK.. janji Melayu pon dah cukup untuk buat aku dendam…apatah lagi ‘janji mungkir’. Lagi2 kalo mula2 ye ye excited nak lepak sama2, tetiba menjelang hari temujanji…takde mood la, busy la, study la, dating la, malas la… adoi… aku sedar… orang yang ajak lepak ni bukan kawan baik, bukan kawan sejati korang. Tapi…entahla… kalo aku nak tetiba kensel plan ni… aku rasa serba salah la. Kadang2 kalo aku takde mood pon, aku still teman kawan keluar kalo dia takde orang teman. Walopun tujuan dia kuar takde kaitan dengan aku… cuba bayangkan… dah semangat gila buat janji (walopun tak sebut dengan mulut), tetiba lalalala tak jadi pergi laaa~

…aku tau…betapa sakitnya… kalo kita minta orang teman, tapi di-reject. Tu pasal… most of the time… aku lebih suka pergi sini sana seorang diri. Tak nyusahkan orang… tak libatkan orang lain dalam perkara yang takde kaitan dengan diorang. Kalo nak ikut, silakan. Kalo taknak ok la. Aku nak ajak orang teman pon aku fikir tiga empat kali… sebab aku takot risiko the “no” answer, plan cancel… rasa malu… rasa sedih… rasa marah kat orang tu. Bila orang suruh aku teman, aku tak nafikan aku malas nak ikot kalo takde kaitan… tapi aku fikir perasaan dia kalo kena susah2 cari orang lain untuk teman (aku taw sebab aku pon mengalami benda tu). Fikir perasaan dia kalo kata “sorry, i can’t”. In the end… aku teman… because aku tak nak dia kongsi nasib yang sama dengan aku. Kadang2 tak ajak teman pon aku ikut je.

Hmm aku leh terima ni sebagai karma. Atau qada’ dan qadar… maybe sebab aku dah beberapa kali absent kat meeting mana2 ke. K fine… tapi nasib baik ada Cik Yam dengan Zu (TIKET FREE!!!). Fun gak sendiri2 menge-spoil babak sedih drama lain. Kalo ramai2 pon bukan dapat resonance together pon.. mesti terpisah 2-3 puak, yang buat lawak/bincang sama sendiri.

Either orang lain yang agak selfish memikirkan tentang perasaan orang lain, atau aku sendiri yang macam tu. Maybe aku sendiri yang mengharap sangat? Argh… letih aku. Kenapa aku mesti ada perasaan tu…Maybe ada hikmahnye darkside aku separuh jaga. Tak trust orang… tak yakin kat orang… aku nak…diri ku yang dulu.

Sifat waspada tu penting…supaya aku tak sakiti diri sendiri.

nyaaa…

aku emo kejap. Takyah la nak sorry sorry makan lori dgn rayu2. Aku malas la nak layan. Aku terima je ujian ni… Buat kechik dan rodi, thanks for the entertaining drama. aku konfem nak pakai Tshirt korang XD

next cerita sedih…ada lawak sikit lol.

Tagged with: ,

‘Wartawan Maut Ditendang Bintang Cemerlang’

Posted in Life by vien88 on March 17, 2009

Ntah brapa minggu dah aku abandon Poet of Fall. D:

Maaf kerana lama tak update. Tapi apa sangat la blog aku ni…. tak baca pon takpe. Bukan ada info penting pon :P.

Aku terlalu busy. Ada free time pon internet connection cam sucky.

Sebenarnye ada benda lagi serious nak tulis…ada review nak tulis. Banyak draf disediakan… Tapi sebab kekurangan free time, aku biar pending pending lar. Oleh itu izinkan aku entertain anda dengan Mastika Parody aku. Why Mastika? cos my lecturer kat matrics dulu suka sebut “Mati masuk Mastika” yang membawa maksud tersirat ‘mati dengan cara yang aneh‘.

“Wartawan Maut Ditendang Selebriti Cemerlang”

seorang wartawan dari majalah GOSSIP YOU meninggal dunia akibat ditendang oleh seorang bintang anugerah cemerlang. Mangsa dijumpai menonggeng di tepi jalan namun pihak polis gagal mencari saksi bagi kejadian tersebut

Punca kematian diketahui daripada bekas tapak kasut Asadi yang sudah haus yang tertampal di muka si mati. Beberapa minit kemudian, datangnya seorang pelajar ‘cemerlang’ dari Sekolah Jalan Tiga (merupakan sekolah tepi jalan sahaja, kerana pihak sekolah tidak mempunyai idea untuk namakan sekolah tersebut) yang mengakui dengan bangganya bahawa dia yang membunuh mangsa itu
“Dia terlalu mendesak saya. Itu hak saya untuk tidak memberi maklumat peribadi!” katanya. Penduduk di kawasan perumahan itu setuju dengan pembunuh itu dan meyokong tindakan ‘wajar’nya itu. Ini adalah kerana wartawan tersebut terkenal dengan perwatakan menjengkelkannya itu. Oleh itu, si pembunuh berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis

“Saya tak sanggup nak bawa dia ke lokap, kerana saya ni gay” kata polis Lans Kopral Bodo bin Sengal. Sesudah akhirnya siasatan, mayat si mati dibawa ke pusat penyelidikan untuk diselidik. bintang cemerlang pula didapati mengidap penyakit ‘gila kuat gila’ beberapa minit kemudian.

….

Ini hasil karya yang terbentuk daripada chatting YM antara aku dengan cousin aku, di mana cousin aku memainkan watak ‘bintang cemerlang’ sebab dia menang anugerah cemerlang kat skolah dia. Aku pulak jadi wartawan yang mati tertonggeng tuh cos aku yang sibuk tanya dia pasal perasaan dia time ambil hadiah lolz.

Sabtu ni nak pergi ACGC kat Tropicana Mall dengan dia. Jom la pi~

Tagged with: ,

Aku benci…

Posted in Life by vien88 on February 24, 2009
IM IN DESPAIR

I'M IN DESPAIR

Aku dalam sengsara.

aku dalam derita…

Terlintas pulak persoalan.. “apakah tujuan sebenar aku masuk UM?” tak sangka pula kalau nak study sini kita kena jadi pelajar yang mengagungkan projek kolej semata2 nak dapat bilik penginapan selama setahun. Tapi serius aku cakap, masa aku first year dulu, takde satu pon projek yang menarik minat aku. Aku join pon sebab… entah la…saje nak tengok camane. Sume bosan2 belaka… aku buat doujinshi tensen2 pon lagi seronok. Maybe sebab ada kaitan dengan hobi aku.

Aku tak nafikan la aku jadi leka bila dapat masuk ke Universiti idamanku sejak kecil. Seronok sangat sampai lupa apa tujuan masuk menara gading. Aku dah regret bila tersenarai sebagai “di bawah pemerhatian” masa sem 1. Semester berikutnya aku improve, dan pointer still maintain. Masuk sem ni ingat nak improve lagi.. tapi biasala…orang procastinate. Orang yang suka tangguh kerja cam aku ni tak sesuai la jadi ketua biro ke apa2, memang takkan jalan la. Jalan pon lambat cam siput. Tapi tah la… aku nak back out, tapi dah terhasut, now it’s too late to step down. Sape suruh kesian kan orang lain sangat… in the end, aku sendiri perlu dikasihani…

Aku benci la…

Kuli yang tak faham bahasa, tak faham arahan, tak faham situasi, tak faham kesusahan ketua2 mereka. Haihh kami pon ada student life… suffer sama2 tak boleh ke. Aku dah korban waktu study, aku dah pernah ponteng kuliah just for this. Sebab aku tak trust diorang… but still aku takleh work alone. Ke aku ni tak cukup strict… ni yang dilema… kalo strict sangat kang cabut lari orang bawahan. Lembut sangat amik advantage lak. Ke aku ni cam taik sangat susah nak communicate dengan ahli2? Nak ngadu kat pihak atasan kena sound “JANGAN BAGI ALASAN” ohohoho macam diorang TAW je situasi camane. Ingat aku ada Geass ke nak control orang sesuka hati… (kalo ada best gak..)

Yep aku cam taik kot… masa free marathon anime. Bajet takde keje la…bajet nak study lepas tengok anime. Aku yang tak pandai urus masa kot.

Enuff self blame… yang buat aku geram ialah perangai budak2 setahun jagung ni. Gatal nak masuk projek je lebey. Nak dok kolej sangat… sanggup nyibukkan diri sampe takde masa dah. Benda ni dah jadi cam ritual nak bangkitkan si setan dalam diriku. Nak ngamok campak itu ini rasanye.

Aku perlu menangis. Tapi tak mampu. Ego menahan air mata. Tapi aku perlu nangis supaya boleh relieve serba sedikit rasa stres.

aku benci sume ni.

rasa cam nak bunuh diri. Nak diculik oleh orang bunian… padan muka keje tak jalan. don’t mourn for me.

benci…benci sangat. >_>

benci sgt sampe takde mood nak mencarut…. fucking shit.

Tagged with: ,

25 things you haet about me TAG

Posted in tag by vien88 on February 15, 2009
*emos*

*emos*

hwahaha…it’s not a bout hate.. it’s about…

25 things you may not know about me… but now you know. Maybe you should know… So it’s no longer a secret… deny some truths if you wish. I do not mind =D

1. I daydream all the time. Explains why I appear dazed or not paying attention…
2. A shameful fujoshi. A guilty pleasure… |3
3. I dislike arguments. Rather than yelling at one another, I’d rather have a cold war.
4. I dislike (certain kind of) people in my own sex.
5. I think I would fall for a guy who can shed manly tears…. okay I like okama and probably has this weird attraction towards gays *headdesk*
6. I’ve been to USA before, but I was too little to remember much.
7. Okay other than that, I’ve been to Hong Kong too. So I can proudly say that I’ve already went overseas lol.
8. I started to complete my prayers 5 times a day when I was 17.
9. I’d rather become a subordinate than a leader. I wanna be the best subordinate ever!
10. When i was a kid I love Muzzy cartoon show, and I still do. It’s not well known, but it’s the best show for kids especially if you wanna learn proper grammar.
11. I started drawing because of my dad.
12. A lot of people asked why I choose science course instead of arts. Well, the truth is, my SPM result is good enough to undertake science field so I’d rather not lose that opportunity.
13. My art is not too commercial, except for my comic strips. I prefer drawing for myself than drawing for people. So it’s difficult for me to do requests.
14. I hate it when people ask me to draw their portraits. Take a photo of yourself, convert it to black and white, edit it with pencil sketch effect and VIOLA. You get a b&w portrait of yourself! Bottom line, i don’t wanna waste my time drawing what a camera can do instantly.
15. I know I’m partially wapanese (wannabe Japanese). DX
16. My ‘darkside’ is like an imaginary friend.
17. I’d rather be alone than having friends who may eventually hurt me.
18. Hmm though I said that… i kinda..hate to admit… that I am scared of… losing people who I’m close with… there i said it! >///<
19. I used to dance on stage to boyband songs lol
20. The last time I counted I own over 1000 original characters (since year 1997). But more than half of them are probably rejected/abandoned. The numbers are slowly increasing.
21. I may draw scary stuff (and may look scary too), but I avoid watching horror movies. I may LOL during the watch, but I will start freaking out later in the night. =_=|lll
22. Involved in doujinshi or self-published comics industry (lol) for 5 years already.
23. I wear socks whenever I wear roman sandals. Why? Cos it’s kinda like imitating the ‘tabi’. The main reason is to have the Japanese feel XD. Told ya I’m wapanese 😛 (Someone asked this Q before but I didn’t answer it directly lol)
24. I like being different. Up to the point I will start to dislike what most common people like, especially in terms of music. When EVERYONE likes the song A, I will HATE the song A.
25. I wear kain batik indoors

TAG VICTIMS!

  • mana-sama
  • deady
  • rawrsa
  • tiram
Tagged with: ,

Aku Dalam Dilema

Posted in Life by vien88 on February 8, 2009

Hari tu kitorang belajar pasal astronomy.

Sangat sangatlah menarik. Kuliah tadi membuatkan aku terfikir… camne wujudnye graviti? Kenapa matahari, planet dan binatng sahaja ada graviti? Kenapa mesti sesuatu yang besar? Kenapa sebiji guli tak boleh tarik beberapa gumpal pasir? Nak kata kuasa magnet tak jugak, magnet hanya menarik elemen besi… Allah maha berkuasa. Aku suka fizik, walau susah mana pun, sebab fizik boleh buat aku renung… (rasa cam salah je ayat BM ni)

Tapi tu bukan main point tajuk ni.

concentrate beb

concentrate beb

Sepanjang minggu ni aku banyak buat keje…hari tu sebelum balik, aku sampai pening kepala potong2 atau ‘ukir’ polisterin kepada bentuk yang halus2. adoi..

ok back to main point…

Aku dalam dilema.

Sepanjang cuti ni aku memang cuti sakan; main game, tengok anime dan baca komik. Assignment dengan hal projek kolej pun terlupa. Walau ku dah pesan suruh mencari bahan2 kepada AJK, tapi aku terlupa pula nak mesej mereka suruh hantar e-mail. Kan senang, aku dah boleh susun2 kat word dah. Malas punya pasal. bak kata pak cik aku masa zaman mudanya “cuti cuti la!”

But then…that’s not he case dowh. Maka dilema pertama ialah;

1.   Balik sini rasa agak serba salah la sebab tak buat headstart. Tapi mulanya aku nak balik kolej awal, tapi ada masalah sikit. So anyways, sepatutnya dah kena buat board dan gantung banner…tapi ada perubahan idea sikit…so jadi terlewat lak. Pastu pulak asainmen belum siap! tu la aku kata…mmg cuti tak ingat dunia. Nasib baik selasa banyak free, so aku bole la sempat beli barang yang tertentu dan buat kerja yang tertentu. The thing is…lepas kelas aku study/copy/discuss asainmen dengan coursemate… nampaknya kitorang agak lama discus dan makan tengah hari. Oleh itu, aku terpaksa ponteng satu kelas. Kan dah mungkir polisi aku “aku masuk UM nak belajar, bukan nak aktif kolej”. wargh…skali tu je..aku korbankan peluang menimba ilmu D:  tapi terpaksa…nak harapkan orang bawahan liat sikit. tambah lagi dengan perasaan serba salah…

Aku dalam dilema… ni dilema kedua;

2.   Kerja projek MPD aku terpaksa banyak tangguh…tapi makin ditangguh makin susah mau panggil anak buah turun. Sebab diorang ada meeting tah brapa banyak la..tu la akibat aktif gile kat kolej. Masa first year aku tak aktif pon…2nd year baru tetiba gatal nak masuk projek cheyyyhhh. Ok…oleh sebab kerisauan kekurangan kakitangan untuk buat kerja… aku nak kena pilih antara dua; pergi ke meeting NBD atau pergi sambung kerja publisiti MPD. In the end, aku pilih MPD. Sure…NBD lebih kepada kebajikan…tapi aku rasa aku jadi ‘manager (Tech)’ pun sebab nak fill in the blank. Lagipun ‘manager’ bukan aku sorang… MPD ni aku sorang je ketua divisi… tugas aku dalam NBD aku tak rasa apa2 sangat..rasa cam tak guna. And masa meeting aku rasa cam janggal…maybe cos aku bukan AJK pada tahun lepas. MPD, walaupun still tak rapat sangat dengan sesaper, aku boleh ngam lagi la. At least Penolong Pengarah pon kena involve dalam tugasan gak. So rasa sangat berbaloi buat kerja ni. So aku excuse myself from meeting, dan buat kerja publisiti with my AJK gone somewhere else.

Aku dalam dilema…yang ketiga pula;

3.  Aku nak pergi Penang. Aku nak ikot ke outstation NBD di Penang. Aku terlupa pula tarikh nak pergi Penang ialah this weekend. Aku nak pergi Penang seba aku rindu Penang…dah lama tak balik ke situ D:. Pastu pulak, mak aku suruh balik weekend ni sebab nak buat cermin mata. Tapi mak aku ok je kalo aku takleh balik. Then terfikir balik…kalo aku pergi Penang…tugasan publisiti MPD ni sape nak buat? Dah banyak dah depend kat pengarah, takkan nak serahkan kat dia lagi? Lagipun… bukan nak bajet ke hape… kalo aku takde, tugas takkan jalan. Aku ni jenis tak caya sangat kat orang… tambahan lagi dengan AJK yang baru je kenal2. Aku kena supervise gak…tak pun buat kerja sendiri. Seronok gak buat kerja sendiri tho. Pastu ada test pulak next week! So… in the end… aku rasa nak korbankan peluang nak pergi utara… Tapi no worries, Linda (coursemate) dah ajak gi majlis kawen dia..eh! Kakak dia la… =D. Kalau dah tak pergi Penang…langsung aku takde mood nak pergi outstation yang lain dah. Pahang tak pernah gi, but for some reason aku taknak. Seremban? LOLZ selalu balik kowt? Johor..? Meh… Melaka pon… selalu jumpe adik kat situ daa…

Aku dalam dilema…yang terakhir dan still dalam consideration.

4. Sekali sekala seumur hidup aku nak jadi vain. Teringin nak jadi gedik tetiba… oleh sebab aku jarang buat begini..tetiba rasa nak buat. Kali ni MPD nye tema ialah… Raikan Cintan. Tema warna merah, pink dan putih. Hmm…oleh sebab berkenan dengan baju ala gothic lolita…aku tanya la mieko sebab dia kan suka fesyen begitu. Pastu dia rekomen aku satu baju nihhh…tapi aku tak minat sgt sebab merah. Aku nak putih…tapi dia hasut punye hasut…aku tersuka pulak yang merah tu >///>. Masalahnya… Rm480 siot. Mak aku mesti takkan bagi…nak sewa pon takleh. Ye la… tak berbaloi la kalau pakai untuk malam tu je. THE THING IS! BUKAN SELALU AKU BUAT GINI! SAPE NAK TENGOK AKU PAKAI FEMININ SIKIT (selain baju kurung)?? So nampaknye aku kena senyap2 beli dan sorok drp mak aku.Or else dia bebel2 sampai aku pon sanggup lepaskan peluang nak jadi cun satu malam… Risky risky… Satu lagi masalah…takot tak muat! Kena berdiet secara drastic kot. Kata tuan punye baju bole adjust…but still… *worry*  Dan aku pon cadang nak gi window shopping dulu tengok kalo ada baju yang lagi gempak ke… Tapi perasaan aku sekarang lebih kepada baju tu… thanks a lot mieko =_+. Aku ter-blurt out about it kat member2…diorang lak makin menghasut aku melalui kaedah menyokong lol.

Jadi korang nak hasut aku gak ke? (please do >_< )

balik rumah pengsan sebab pening...

balik rumah pengsan sebab pening...

Tagged with: ,

Kannazuki no Hime FILLER episode

Posted in Art by vien88 on February 2, 2009

WARNING: This post contains pictures of light homosexuality. Please close this window/tab or click the ‘back’ button if you do not wish to see especially if you’re extremely homophobic. For those who are persistently curious, I suggest you read this with an open mind. After all, this is purely fiction and is meant to be just for laughs.

Disclaimer: This story is based on Mana-sama‘s parody fiction of various anime called Kannazuki no Hime. All characters belong to their respective owners. =D

title copyright by deady

title copyright by deady

This is a spin-off… a filler episode for the original fiction. |3

One day users called deady and vien spammed mana’s domain and accidentaly did a real-time role play. Shiro (aka ragey) was there as a witness. Thus, out of boredom, I decided to draw a comic strip out of it. Thanks to Axis Power Hetalia for the inspiration to do this XD

HIME-SAMA’S TEA PARTY

I personally love the first panel...XD;;

I personally love the first panel...XD;;

mana is a perv DX

mana is a perv DX

...cant believe im drawing this...

...can't believe i'm drawing this...

SURPRISE!!! (why does vien always end up like this _)

SURPRISE!!! (why does vien always end up like this >_>). + i still suck at drawing 'kiss'...

sampai part ni dah jadi malas skit hwaha-

sampai part ni dah jadi malas skit hwaha-

HAH. Don’t say I didn’t warn ya- …now don’t start yappin’ yer preach or sumthing if you cant take the joke.

Edit… somehow there was this stupid connection error…my blog jadi tak lengkap >_>

I hope you guys enjoy those lousy comic strips using my not so rajin talent. But i do like how i drew hime-sama and deady there *syok sendiri*. I dunno if i succeeded bringing out the yuri mood cos I presented this using the yaoi mechanism, I have better understanding with that genre. I’m not into yuri..(but the complete opposite!) nor am I a lesbian.

hmm…

it’s fiction…

>///>

somehow I feel like my life is in danger after finishing this…

oh well…

shi-!

shi-!

oyasu- AAARGGHGHH!!

*thin blade cuts through chest*

A-agent Vulpine..!? …you..you ungrateful…original character…gwaaa—

*UNIMAGINABLE BLOOD & GORE*

[thus VN dies slaughtered by her own Alter-ego]

Tagged with: , , , ,

Henfon aku dah Nazak?

Posted in Life by vien88 on January 23, 2009

Sebenarnye aku nak letak post yang ceria sikit, tapi oleh sebab telefon bimbit aku buat hal, tetiba rasa nak tulis pasal henfon lak.

hiasan semata2

hiasan semata2

Sejak akhir2 ni motorola L6 aku suka pengsan, pastu bangun balik…pastu pengsan, bangun balik. Selalu berlaku time unexpected. Lagi2 kalo nak hantar mesej yang penting, mula la dia buat hal. Aku naik geram, rasa cam nak campak atas lantai. Tapi kalo rosak habis langsung takleh nak siap keje. Terpaksa tolerate dengan kerenah budak ni.

Sejak 2-3 hari lalu L6 akin menggedik. Sikit2 suruh “CHECK SIM”, padahal sim dah memang ada dalam fon tu. Geram siot… aku terpaksa off-kan pastu on balik. Then masa alarm bunyi pagi tadi, tekanlah snooze, tak pasal2 henfon buat rutin off-on nye, jadi alarm snooze pon dah kensel. Patutla kekerapan dengar snooze pagi tadi berkurangan. Nasib baik bangun dan sempat solat subuh.

Yang buat aku rasa nak tulis ni ialah bila aku nak bluetooth gambar ke laptop, tetiba kata “service not supported” lak! Waaa ketensenan! Aku nak fon baru…tak kisah la model apa, asalkan murah, boleh pakai SMS, MMS dan amik gambar. Mp3 tu takyah la, aku dah ada MP3 Video Player. Tapi mak tak bagi belil fon baru, suruh cek bateri je. Entah2 bateri dah luput, so nak tukar yang baru. Aku tak kisah sangat pasal dapat henfon baru ke tak, takde masa aku nak poyo nunjuk2 orang fon baru (malas la nak layan orang yg jakun). Bila fikirkan aku bakal nak punyai fon baru pon, aku tak rasa excited sangat. Atau aku pendam gak perasaan tu..? Ah… yang aku concern skrg ni ialah nak contact para ajk projek. So aku perlukan fon untuk saling kontek mengontek…dan bukan tujuan nak berlagak kat orang.

Ahwaha…jgn terasa lak. So…misalnye aku ada fon baru, jangan mengada nak belek2. Bukan tujuan nak menyombong, but personally, aku tak brapa suka. Kang aku beli yang second hand cikai2 punye baru taw, takde sape mau tengok. XD

Tagged with: ,

Protected: OKAMA!!

Posted in Uncategorized by vien88 on January 18, 2009

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Tagged with:

Enter your password to view comments.

Cyber Dayasari

Posted in Advertisement, Life by vien88 on January 15, 2009

It’s finally open!

View from admin table

View from admin table

After a long wait, today is the third day of the cybercafe’s life. It’s now my shift, and I took a candid shot from the place I’m sitting at…

Anyways…non college resident is not allowed to enter.

We’re still new, so that explains the vast emptiness in the room. There are about 15 computers, that’s why the arrangement is like that. We could put a single bed somewhere in the middle. Some committee members suggested a snooker table lol. The computers are brand new, but still using Windows XP. The room is unexpectedly comfortable! Hanging out here seems fun~ We have nice chairs, nice tables and air conditioner. So far we don’t have too much noise yet…someday the director is gonna install some online games.

The turn off is probably the blue theme. I mean, I don’t mind it looking uniformly blue…but even the rules are printed in blue paper so it kinda blends with the wall. I don’t know if people bother to read some random text appearing on random wall. And wtf?? Even carta organisasi is in blue!

not clear lolz

not clear lolz

…i didn’t know that our theme is officially blue..I’m somewhere up there. (sape kenal aku shhh!!!) Oh yeah…I’m the not-sexy secretrary for this club. LOL, VN + secretary = bullsh1t. I lost my notes for minit mesyuarat -__-;;  Don’t worry…i’m sure I’ll find it in my… rat’s den room… D:

We still need to improvise the club room. Numbering the computers, notice board…cos right now it’s pretty much empty. Hmm oh no…I’m supposed to do project work right now D:. I feel like I’m much busier this semester…becoming assistant director of publicity for college dinner and all. And I know too well that I’m such a lazy-a**.

Edit: satu lagi masalah… hari ni kena work overtime sebab the person for next shift not available… gile…4 jam dok sini. Mana la tak rasa nak terkencing. Dah ler satu shift sorang (2 hours each person)…terpaksa la aku make ninja move to toilet…

Edit v2: Another prob… ahli jawatankuasa tak pegang kunci. Staff yang pegang…maybe ni langkah keselamatan la…tapi seriously. Bila diorang pegang…kadang2 diorg lupa bila time kunci dan time buka. Masa aku nak masuk tu 10 monit tunggu. Masa nak keluar lak 20 minit tunggu. Tu pun kena call. Well, I know it’s a new project so memang ada kebarangkalian boleh terlupa pasal kewujudan tugas baru dan tanggungjawab baru. Tapi bila dah lambat…aku dah la lapar, solat pun belum. Aku nak propose meeting post-mortem first week of service lah…

Tagged with:

AKU ADALAH PENCURI

Posted in Life by vien88 on January 12, 2009

BAHAWASANYE AKU MENGAKUI AKU MENCURI tiram tiram PUNYE DOMPET! (based on previous journal)

OAO!!

Mungkin darkside aku tetiba tersedar tanpa kesedaranku dan menyimpan dompetnye selama hampir seminggu.

canggini… sesampai je aku kat kolej kediaman semula…aku mengemas beg. LOL. Beberapa hari aku tak kemas beg secara rasmi. Kali ni aku kemas beg secara ramsmi…korek punye korek aku jumpa bendasing dalam beg aku. Ingat aku terambil dompet adik aku…tapi dompet adik aku bukan camni… rupanye tiram punye!

Dengan excited + bersalahnye aku nak tepon dia, tapi kredit tak mencukupi. Aku YM dia, tapi dia tak balas. Last2 fatin YM aku, aku pun bagitau dia. gaaaa… connection aku memang cikai aa… nasib baik tengah malam tu fatin ‘beritahu’ ily pasal dompet tu. Rupanye dia tumpang letak dompet dalam beg aku semasa masuk ke library.. sepatutnya beg tak leh bawak masuk, tapi oleh sebab aku bawak laptop, ada alasan la nak bawak masuk beg. I seriously have no idea tiram2 put it in there DX

And we seriously did not think of checking the contents of my bag. WE ARE SO STUPID! CAMNE LA BOLE MASUK UM NI?? Geeee, if only we knew…takyah susah2 pergi balai polis.

speaking of mengorek content beg… tiram bagitau aku dia pernah terjumpa kumbang dalam beg nye setelah beberapa lama tak kemas beg…well…aku lagi best. sejak zaman sekolah lagi… kalo dah berminggu2 tak bergotong royong dalam beg…selalu je jumpa…

…..

…….

…………

………………

……………………

……………………….

……………………………

……………………………………

………………………………………..

…………………………………………….

………………………………………………….

………………………………………………………

……………………………………………………………

……………………………………………………………….

………………………………………………………………………

……………………………………………………………….

…………………………………………………

…………………………………………..

…………………………………….

………………………………..

……………………….

……………..

………roti berkulat *ROFLOL*

Tagged with: ,