Poet of Fall

Cerita sedih 20/3/2009 part I

Posted in Life by vien88 on March 20, 2009

Salah satu pepatah infamous alter-ego aku… “Apa itu kawan…?” (sepertimana aku persoalkan istilah ‘cinta’)

Sebenarnya aku pernah persoalkan maksud disebalik perkataan tu… masa tu zaman aku emo lagi. Aku dah lama dan berusaha keras mengetepikan fikiran negatif. Tapi setiap kali ‘darkside’ aku bangun, mesti sekali sekala tertimbul soalan tu lagi. Dan tadi…tadi kan… dia bangun…

Ada kawan… pentingkan pelajaran…

Ada kawan yang pentingkan cinta…

Ada kawan yang pentingkan family…

Ada kawan yang pentingkan kerja…

Ada kawan yang ikut kehendak dan fikiran kawan…

Ada kawan yang tak macam kawan…atau berlakon jadi kawan.

Ada kawan yang betul2 mengharap…

….

Alkisah seorang kawan yang hari jumaat sepatutnya join dalam diskusi projek untuk 2nd year, namun dapat pula khabar yang keluarga nya ingin ke KL pada hari itu bersama adiknya yang dah lama terperangkap kat MRSM tuh. So dia korbankan masa buat projek tu dengan masa untuk spend time dgn keluarga. Dia rasa serba salah sikit biar diorang camtu je, tapi tugas utama dia ialah buat comic…. kan?

Enuff third person view… Beberapa hari lepas dah plan nak tengok kawan2 se-jurusan dengan kita nak tengok diorang berlakon dalam drama pentas dalam ni. Puas aku promote sepanjang minggu =D. Puas aku convince. Dan puas hatiku mereka setuju nak tengok kawan2 kita perform.

Pada hari waktu siang sebelum drama itu, darkside seolah2 mengigau dan berkata… mesti tak jadik punya malam ni. Tapi tak kira, aku dah lama excited nak tengok drama. Aku fikir positif dan dapat bayangkan camane kita ramai2 sokong ikhwan dan rodi berlakon. Hati lagi gembira bila Cik Yam tanya aku jadi pergi ke tak sebab orang lain pon nak pergi sekali. Harapan tinggi siot… tak tipu.

Aku ingat nak balik petang sikit…sempat lagi join diorang. Diorang siap call lagi “tak paksa” etc etc… tapi masalahnye ayah aku kena pergi ofis. Habis pukul 6. So terpaksa la balik lewat drp Time Square (kebahagiaan melanda di jiwa masa shopping di situ). Sebelum balik, mak aku dah lama nak try makan sandwich Subway. Maka kami ke situ untuk tapau sandwich, dan aku tidak lupa nak beli soft cookie yang enak belaka.

“Tunggu kejap!” aku cakap kat akak kaunter tu, “Aku nak bilang berapa banyak nak beli dahulu”

Satu…dua… tiga… estimate 7 orang termasuk aku malam ni. Tapi aku beli extra just in case ada extra member. Aku dah melambatkan pergerakan baris semata2 untuk mengira berapa banyak biskut nak beli, dan dengan riang ria aku purchase 8 keping nak bagi kawan2.

Sambil2 mesej dengan Zu, didapati bilangan ahli kumpulan yang dikatakan nak menyaksikan drama pentas malam ni berkurang. Sampailah ke bilik Zu, (waa lama tak jumpe dia) tolak lagi sorang. In the end, 3 orang je yang pergi. Mak aih… Allah je yang taw… keperitan di lubuk hati time tu. Argh…dah ler AJK pon slalu 1/3 je datang… ni kena cam deja vu lak. Agaknye aku ditakdirkan dapat peristiwa begini kot sentiasa? Balik Batu Pahat pon nak jumpa geng kita 4 orang tengok SORANG je datang. SAH, takdir aku begini. Tapi Zu cakap.. “takpelah, at least Yam ada”.

Heh…apalah nasib… biskut tersorok dalam beg dengan tujuan nak surprise orang. It’s pathetic… my plan tu surprise people is kinda wasted. But cik Yam kata…takpela, dia makan utk orang lain. LOL. At least kita leh enjoy makan biskut lebih kan.

Masalahnye sekarang… bukan skali je janji termungkir. OK.. janji Melayu pon dah cukup untuk buat aku dendam…apatah lagi ‘janji mungkir’. Lagi2 kalo mula2 ye ye excited nak lepak sama2, tetiba menjelang hari temujanji…takde mood la, busy la, study la, dating la, malas la… adoi… aku sedar… orang yang ajak lepak ni bukan kawan baik, bukan kawan sejati korang. Tapi…entahla… kalo aku nak tetiba kensel plan ni… aku rasa serba salah la. Kadang2 kalo aku takde mood pon, aku still teman kawan keluar kalo dia takde orang teman. Walopun tujuan dia kuar takde kaitan dengan aku… cuba bayangkan… dah semangat gila buat janji (walopun tak sebut dengan mulut), tetiba lalalala tak jadi pergi laaa~

…aku tau…betapa sakitnya… kalo kita minta orang teman, tapi di-reject. Tu pasal… most of the time… aku lebih suka pergi sini sana seorang diri. Tak nyusahkan orang… tak libatkan orang lain dalam perkara yang takde kaitan dengan diorang. Kalo nak ikut, silakan. Kalo taknak ok la. Aku nak ajak orang teman pon aku fikir tiga empat kali… sebab aku takot risiko the “no” answer, plan cancel… rasa malu… rasa sedih… rasa marah kat orang tu. Bila orang suruh aku teman, aku tak nafikan aku malas nak ikot kalo takde kaitan… tapi aku fikir perasaan dia kalo kena susah2 cari orang lain untuk teman (aku taw sebab aku pon mengalami benda tu). Fikir perasaan dia kalo kata “sorry, i can’t”. In the end… aku teman… because aku tak nak dia kongsi nasib yang sama dengan aku. Kadang2 tak ajak teman pon aku ikut je.

Hmm aku leh terima ni sebagai karma. Atau qada’ dan qadar… maybe sebab aku dah beberapa kali absent kat meeting mana2 ke. K fine… tapi nasib baik ada Cik Yam dengan Zu (TIKET FREE!!!). Fun gak sendiri2 menge-spoil babak sedih drama lain. Kalo ramai2 pon bukan dapat resonance together pon.. mesti terpisah 2-3 puak, yang buat lawak/bincang sama sendiri.

Either orang lain yang agak selfish memikirkan tentang perasaan orang lain, atau aku sendiri yang macam tu. Maybe aku sendiri yang mengharap sangat? Argh… letih aku. Kenapa aku mesti ada perasaan tu…Maybe ada hikmahnye darkside aku separuh jaga. Tak trust orang… tak yakin kat orang… aku nak…diri ku yang dulu.

Sifat waspada tu penting…supaya aku tak sakiti diri sendiri.

nyaaa…

aku emo kejap. Takyah la nak sorry sorry makan lori dgn rayu2. Aku malas la nak layan. Aku terima je ujian ni… Buat kechik dan rodi, thanks for the entertaining drama. aku konfem nak pakai Tshirt korang XD

next cerita sedih…ada lawak sikit lol.

Tagged with: ,

Aku benci…

Posted in Life by vien88 on February 24, 2009
IM IN DESPAIR

I'M IN DESPAIR

Aku dalam sengsara.

aku dalam derita…

Terlintas pulak persoalan.. “apakah tujuan sebenar aku masuk UM?” tak sangka pula kalau nak study sini kita kena jadi pelajar yang mengagungkan projek kolej semata2 nak dapat bilik penginapan selama setahun. Tapi serius aku cakap, masa aku first year dulu, takde satu pon projek yang menarik minat aku. Aku join pon sebab… entah la…saje nak tengok camane. Sume bosan2 belaka… aku buat doujinshi tensen2 pon lagi seronok. Maybe sebab ada kaitan dengan hobi aku.

Aku tak nafikan la aku jadi leka bila dapat masuk ke Universiti idamanku sejak kecil. Seronok sangat sampai lupa apa tujuan masuk menara gading. Aku dah regret bila tersenarai sebagai “di bawah pemerhatian” masa sem 1. Semester berikutnya aku improve, dan pointer still maintain. Masuk sem ni ingat nak improve lagi.. tapi biasala…orang procastinate. Orang yang suka tangguh kerja cam aku ni tak sesuai la jadi ketua biro ke apa2, memang takkan jalan la. Jalan pon lambat cam siput. Tapi tah la… aku nak back out, tapi dah terhasut, now it’s too late to step down. Sape suruh kesian kan orang lain sangat… in the end, aku sendiri perlu dikasihani…

Aku benci la…

Kuli yang tak faham bahasa, tak faham arahan, tak faham situasi, tak faham kesusahan ketua2 mereka. Haihh kami pon ada student life… suffer sama2 tak boleh ke. Aku dah korban waktu study, aku dah pernah ponteng kuliah just for this. Sebab aku tak trust diorang… but still aku takleh work alone. Ke aku ni tak cukup strict… ni yang dilema… kalo strict sangat kang cabut lari orang bawahan. Lembut sangat amik advantage lak. Ke aku ni cam taik sangat susah nak communicate dengan ahli2? Nak ngadu kat pihak atasan kena sound “JANGAN BAGI ALASAN” ohohoho macam diorang TAW je situasi camane. Ingat aku ada Geass ke nak control orang sesuka hati… (kalo ada best gak..)

Yep aku cam taik kot… masa free marathon anime. Bajet takde keje la…bajet nak study lepas tengok anime. Aku yang tak pandai urus masa kot.

Enuff self blame… yang buat aku geram ialah perangai budak2 setahun jagung ni. Gatal nak masuk projek je lebey. Nak dok kolej sangat… sanggup nyibukkan diri sampe takde masa dah. Benda ni dah jadi cam ritual nak bangkitkan si setan dalam diriku. Nak ngamok campak itu ini rasanye.

Aku perlu menangis. Tapi tak mampu. Ego menahan air mata. Tapi aku perlu nangis supaya boleh relieve serba sedikit rasa stres.

aku benci sume ni.

rasa cam nak bunuh diri. Nak diculik oleh orang bunian… padan muka keje tak jalan. don’t mourn for me.

benci…benci sangat. >_>

benci sgt sampe takde mood nak mencarut…. fucking shit.

Tagged with: ,

Aku Dalam Dilema

Posted in Life by vien88 on February 8, 2009

Hari tu kitorang belajar pasal astronomy.

Sangat sangatlah menarik. Kuliah tadi membuatkan aku terfikir… camne wujudnye graviti? Kenapa matahari, planet dan binatng sahaja ada graviti? Kenapa mesti sesuatu yang besar? Kenapa sebiji guli tak boleh tarik beberapa gumpal pasir? Nak kata kuasa magnet tak jugak, magnet hanya menarik elemen besi… Allah maha berkuasa. Aku suka fizik, walau susah mana pun, sebab fizik boleh buat aku renung… (rasa cam salah je ayat BM ni)

Tapi tu bukan main point tajuk ni.

concentrate beb

concentrate beb

Sepanjang minggu ni aku banyak buat keje…hari tu sebelum balik, aku sampai pening kepala potong2 atau ‘ukir’ polisterin kepada bentuk yang halus2. adoi..

ok back to main point…

Aku dalam dilema.

Sepanjang cuti ni aku memang cuti sakan; main game, tengok anime dan baca komik. Assignment dengan hal projek kolej pun terlupa. Walau ku dah pesan suruh mencari bahan2 kepada AJK, tapi aku terlupa pula nak mesej mereka suruh hantar e-mail. Kan senang, aku dah boleh susun2 kat word dah. Malas punya pasal. bak kata pak cik aku masa zaman mudanya “cuti cuti la!”

But then…that’s not he case dowh. Maka dilema pertama ialah;

1.   Balik sini rasa agak serba salah la sebab tak buat headstart. Tapi mulanya aku nak balik kolej awal, tapi ada masalah sikit. So anyways, sepatutnya dah kena buat board dan gantung banner…tapi ada perubahan idea sikit…so jadi terlewat lak. Pastu pulak asainmen belum siap! tu la aku kata…mmg cuti tak ingat dunia. Nasib baik selasa banyak free, so aku bole la sempat beli barang yang tertentu dan buat kerja yang tertentu. The thing is…lepas kelas aku study/copy/discuss asainmen dengan coursemate… nampaknya kitorang agak lama discus dan makan tengah hari. Oleh itu, aku terpaksa ponteng satu kelas. Kan dah mungkir polisi aku “aku masuk UM nak belajar, bukan nak aktif kolej”. wargh…skali tu je..aku korbankan peluang menimba ilmu D:  tapi terpaksa…nak harapkan orang bawahan liat sikit. tambah lagi dengan perasaan serba salah…

Aku dalam dilema… ni dilema kedua;

2.   Kerja projek MPD aku terpaksa banyak tangguh…tapi makin ditangguh makin susah mau panggil anak buah turun. Sebab diorang ada meeting tah brapa banyak la..tu la akibat aktif gile kat kolej. Masa first year aku tak aktif pon…2nd year baru tetiba gatal nak masuk projek cheyyyhhh. Ok…oleh sebab kerisauan kekurangan kakitangan untuk buat kerja… aku nak kena pilih antara dua; pergi ke meeting NBD atau pergi sambung kerja publisiti MPD. In the end, aku pilih MPD. Sure…NBD lebih kepada kebajikan…tapi aku rasa aku jadi ‘manager (Tech)’ pun sebab nak fill in the blank. Lagipun ‘manager’ bukan aku sorang… MPD ni aku sorang je ketua divisi… tugas aku dalam NBD aku tak rasa apa2 sangat..rasa cam tak guna. And masa meeting aku rasa cam janggal…maybe cos aku bukan AJK pada tahun lepas. MPD, walaupun still tak rapat sangat dengan sesaper, aku boleh ngam lagi la. At least Penolong Pengarah pon kena involve dalam tugasan gak. So rasa sangat berbaloi buat kerja ni. So aku excuse myself from meeting, dan buat kerja publisiti with my AJK gone somewhere else.

Aku dalam dilema…yang ketiga pula;

3.  Aku nak pergi Penang. Aku nak ikot ke outstation NBD di Penang. Aku terlupa pula tarikh nak pergi Penang ialah this weekend. Aku nak pergi Penang seba aku rindu Penang…dah lama tak balik ke situ D:. Pastu pulak, mak aku suruh balik weekend ni sebab nak buat cermin mata. Tapi mak aku ok je kalo aku takleh balik. Then terfikir balik…kalo aku pergi Penang…tugasan publisiti MPD ni sape nak buat? Dah banyak dah depend kat pengarah, takkan nak serahkan kat dia lagi? Lagipun… bukan nak bajet ke hape… kalo aku takde, tugas takkan jalan. Aku ni jenis tak caya sangat kat orang… tambahan lagi dengan AJK yang baru je kenal2. Aku kena supervise gak…tak pun buat kerja sendiri. Seronok gak buat kerja sendiri tho. Pastu ada test pulak next week! So… in the end… aku rasa nak korbankan peluang nak pergi utara… Tapi no worries, Linda (coursemate) dah ajak gi majlis kawen dia..eh! Kakak dia la… =D. Kalau dah tak pergi Penang…langsung aku takde mood nak pergi outstation yang lain dah. Pahang tak pernah gi, but for some reason aku taknak. Seremban? LOLZ selalu balik kowt? Johor..? Meh… Melaka pon… selalu jumpe adik kat situ daa…

Aku dalam dilema…yang terakhir dan still dalam consideration.

4. Sekali sekala seumur hidup aku nak jadi vain. Teringin nak jadi gedik tetiba… oleh sebab aku jarang buat begini..tetiba rasa nak buat. Kali ni MPD nye tema ialah… Raikan Cintan. Tema warna merah, pink dan putih. Hmm…oleh sebab berkenan dengan baju ala gothic lolita…aku tanya la mieko sebab dia kan suka fesyen begitu. Pastu dia rekomen aku satu baju nihhh…tapi aku tak minat sgt sebab merah. Aku nak putih…tapi dia hasut punye hasut…aku tersuka pulak yang merah tu >///>. Masalahnya… Rm480 siot. Mak aku mesti takkan bagi…nak sewa pon takleh. Ye la… tak berbaloi la kalau pakai untuk malam tu je. THE THING IS! BUKAN SELALU AKU BUAT GINI! SAPE NAK TENGOK AKU PAKAI FEMININ SIKIT (selain baju kurung)?? So nampaknye aku kena senyap2 beli dan sorok drp mak aku.Or else dia bebel2 sampai aku pon sanggup lepaskan peluang nak jadi cun satu malam… Risky risky… Satu lagi masalah…takot tak muat! Kena berdiet secara drastic kot. Kata tuan punye baju bole adjust…but still… *worry*  Dan aku pon cadang nak gi window shopping dulu tengok kalo ada baju yang lagi gempak ke… Tapi perasaan aku sekarang lebih kepada baju tu… thanks a lot mieko =_+. Aku ter-blurt out about it kat member2…diorang lak makin menghasut aku melalui kaedah menyokong lol.

Jadi korang nak hasut aku gak ke? (please do >_< )

balik rumah pengsan sebab pening...

balik rumah pengsan sebab pening...

Tagged with: ,

Protected: Kisah Sudu

Posted in Life by vien88 on December 17, 2008

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Tagged with: ,

Enter your password to view comments.

Protected: Raya Korban Post

Posted in Life by vien88 on December 9, 2008

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Tagged with: , ,

Enter your password to view comments.

Melayu Jarang Main Game versi Jepun

Posted in Life by vien88 on November 17, 2008

Biasanya game dari Jepun akan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris selepas beberapa bulan game tu dikeluarkan. Ada budaya di kalangan kaki game/gamers membeli dan main video game yang dalam versi Jepun. Ada sebabnya. Satu, tak sabar2. Satu lagi nak dengar suara seiyuu/voice actor terkenal yang memegang watak2 yang tertentu. Kadang-kala voice actor dalam versi Bahasa Inggeris tidak begitu hebat. Aku tak nafikan aku salah seorang yang beli game versi Jepun, tapi alasan aku sebab tak sabar2 dan sebab terlalu minatkan watak hero dalam game itu.

Oh ye, perlu diingatkan bahawa entry kali ini bukanlah artikel atau analisa yang serius. Jika tidak berminat dengan coretan kehidupanku, sila tekan ‘back’, tutup ‘tingkap’ atau proceed ke laman sesawang lain (lol sesawang~).

Balak 3D aku <3

Balak 3D aku ❤

Final Fantasy VII: Dirge of Cerberus (PS2), salah satu spin-off dari game Final Fantasy VII (PS), di mana watak fevret aku, Vincent Valentine dilantik menjadi hero kali ini <3. Sungguhpun dah cuba main versi Jepun, tetapi aku tak habis main lagi. Aku ter-stuck kat satu stage, tak ingat yang mana. Lagi satu aku dapat tahu aku tertingal side-quests yang tertentu. Tu la, tak faham baca kanji menggatal nak main Jepang punye lol~

Bila keluarnya versi Bahasa Inggeris, aku beli juga. Main punya main, tapi ni pon tak habis jugak. Hmm, walaupun Vincent watak kegemaran aku, malangnya game Dirge of Cerberus ni tak brapa best. Lagi satu masalah, aku ni kalo game tembak-menembak ni lemah sikit. Satu lagi aku bengang ialah kehadiran Shelke (sorry mana-sama >.<) … sukati je nak rampas balak orang!! (oops, macam pernah je aku lafazkan ayat tu sebelum ni, kehkeh)

Balik ke pangkal jalan…

Sebenarnya ada satu citer ni yang buat aku rasa…entah. Bangga kot. XD tapi aku betul2 rasa terharu~

*****

Alkisah seorang ninja wannabe yang baru dapat tau bahawa game Sengoku Basara X sudahpun keluar semingu selepas tarikh yang ditetapkan.

Sengoku Basara X

Sengoku Basara X

Aku lah tu >_>. Aku pun pergi lah ke kedai game yang terdekat (disclosed for personal reasons X3) tanya ada ke tak. Amoi di belakang kaunter tu kata “Sudah habis stok. Japanese games biasanya cepat habis. Next week ada stok baru, so datang la next week”.

Eloklah stok baru aku akan datang. Tapi sudah ‘next week’ pun aku datang. Beberapa minggu selepas tu pun aku tak kembali ke kedai itu. Aku ada lepak di kawasan tu dengan member, tapi bila dah lepak dengan member langsung tak ingat pasal fandom. Lagi2 kawan tak minat game macam aku.

*****

<review>

Sebelum aku teruskan, aku nak cerita sikit pasal Sengoku Basara. Mesti ada di antara korang yang pelik kenapa aku tak tunggu versi BI. Well, sejarahnya aku main game “Devil Kings” dahulu, yang dikatakan Sengoku Basara (siri pertama) versi Bahasa Inggeris. Namun, kipas-susah-mati SB sebulat2nye reject kenyataan bahawa Devil Kings = Sengoku Basara. Pada mulanya aku tak faham, tapi bila analisa betul2, baru aku tahu apa maksud mereka.

Memang Devil Kings diterbitkan dari ‘original’ Sengoku Basara, tetapi, nama2 watak yang sepatutnya dalam Bahasa Jepun kesemuanya sudah tukar ke nama ‘omputih’. Story Mode tiada dalam DK, tapi dalam SB ada. Dengar kata suasana/environment dalam DK di-western-kan sedikit. Kemudian aku dapat tahu bahawa SB adalah game yang ‘based on a true story’ sebab menggunakan nama2 tokoh zaman Sengoku. Tapi Story bagi setiap karakter dalam adaptasi game ni banyak twist daripada sejarah sebenar.

Oleh sebab DK gagal memenangi hati peminat (oleh kerana voice acting yang teruk. Tapi bagi aku ok je), CAPCOM terus tak mahu buat versi Bahasa Inggeris untuk sekuel SB, iaitu Sengoku Basara 2. Aku pun beli je la, Jepun pun Jepun la, asalkan ada panduan dari GameFAQs. Dialog dan cerita buat2 faham. Kadang2 tu macam faham betul2 je. Apa2 pun, yang penting game ni BEST. Sangat best kalo tujuan anda main nak lepaskan tension. Sebab ni game Hack & Slash, banyak action dan bunuh2 orang sampai dapat combo 30,000 hits (setakat ni watak Nohime je yang mampu capai tahap ni. Ye la, sbb dia pakai pistol =_= ). Bukan tu je, skema warna setiap watak sangat cantik dan menarik. Gameplay pun mudah dan straight forward, tidak perlu fikir banyak sangat strategi, oleh itu kalo tak faham Jepun pon masih boleh capai kemenangan. Seriously, lagi mudah daripada Sengoku Musou (aka Samurai Warriors) yang menggunakan tema yang sama.<review>

*****

Alamak jadi review pulak.

Ok balik ke cerita aku >///<

OK, semalam aku pergi balik ke kedai tu oleh sebab adik yang baru kawen dengan PSP nye nak beli game baru. Alang2 kat situ, tetiba teringat pasal SBX. Aku pun tanya la Amoi yang aku jumpa hari tu (ntah ingat ke tidak aku, tapi aku selalu je pergi kedai tu). Dia suruh aku tunggu sebentar, dia nak cek. Lepas tu dia keluarkan bekas plastik DVD SBX.

“Hari tu saya ingat ada orang minta game ni, tapi tak cam muka,” katanya “sekarang saya ingat, awak yang minta”.

Aku “Oh ye ke?”

Amoi tu angguk. Katanya lagi “Saya sengaja simpan untuk awak. Ni last copy”

\OAO/

aku rasa serba salah yang dia simpan untuk aku, kalo orang mintak SBX mesti dia kena tipu customer. Aku pun tanya lah “Kenapa you simpan untuk saya?”

Jawapan yang diberi, buatkan aku rasa sungguh terharu…. “Sebab jarang orang Melayu beli Japanese game”

O_O!!!

Biar betikkkkk takkan la aku sorang je Malay yg beli game versi Jepun. Mie Onee-san selalu je, pastu ada Gforummer bernama KinZaibatsu dah habis main dah pun Persona 4 (JPN) – versi BI kuar Disember ni!! Ataupun aku ni salah seorang Malay yg beli game Jepun (dari kedai tu) dari bilangan yang sangat kecil? Pergh, apa2 pun aku rasa bertuah dapat last copy DVD SBX, yang di-reserve khas untuk aku 😀

Pastu nak kaver rasa bangga tu aku cakapla kat dia, “erm sebab game ni takkan kuar dlm English, so saya beli je la yg Jepun”. malas la nak mengaku aku tak faham/tak pandai baca Jepun sebenarnye >w<

Hwahahah lepas ni boleh la bodek2 diorang. Mana tau dapat spesel priveledge ke (diskaun ke~). Mengharap siot aku ni. XD  aku fikir nak part time job kat situ kalo ada rezeki.

*****

:3

Tapi aku tak dapat main lagi sebab masih di kolej kediaman. PS2 kat rumah (kan best aku leh bawak TV dan PS2 skali cam member si ragey buat.Tapi aku tak benarkan adik aku main ni lagi, aku simpan dulu hwoho. Gi la rogol PSP tu puas2.

Satu lagi kegembiraan yang baru dialami:

EXAM DAH HABIS!!!!!

dan juga pagi tadi paper yang disangka susah jadi senang oleh sebab usaha kita buat study group dari malam sampai siang (hwehe saje nak buat bunyi gempak). Alhamdulillah dapat jawab dengan mudah walaupun masih ada lubang2. Kami yang terlibat dalam diskusi keluar dengan perasaan puas hati. :3

Time to enjoy sementara tunggu result keluar. Aku harap pointer aku naik kali ni, demi tercapai hasratku nikah dengan Nintendo DS!! XD

Tagged with: ,

BloodStained Rose ~<@

Posted in Life by vien88 on November 14, 2008
3

untuk hiasan semata2 :3

Though she is younger than I, she received the light from God earlier than expected. More conservative than yours truly, may start preaching now and then. In boarding school, she is currently appointed as ahli surau, in the imam division XD. While her elder sister, is just another badass who sometimes learn things from her.

That’s my imouto. I assure you she is not much of a hypocrite. Yet she likes to talk shit about rowdy young lovers despite of having a crush herself. I’m pretty sure she can take care of herself. I worry she may end up like me, charmed by the devil(s).

One look at her and you’d think she’s another religious school kid. However… when you shove a PSP under her nose…

….

SHE’LL RAEP IT INSTANTLY!

……

Blood of a gamer runs in the family (main source: Grammar Nazi Mom). She’s the type who plays games non-stop, even after how many “game over”s she get, she is persistent to win the level/fight. Unlike me, I’d sulk at the game that does not let me win, leave it for God knows how many centuries, and resume it when I feel ‘ready’ (once i look up for solutions in GameFAQs ). Or I could be the one who look up for strategies for her when she plays, since I have nothing better to do other than just watch.

She can get a quite obsessed with something she really REALLY likes. Fangirlism exceeds way much higher than mine, sometimes I worry about how critical it could get. LOL~

Oh yes. She draws as well. Her Dead Gallery

anyway… the main point of this post is… to wish her…

HAPPY 16th BIRTHDAY!! ❤

Tagged with: ,

Hot versus Cold

Posted in Life by vien88 on November 11, 2008
How I look like when typing this

How I look like when typing this

It’s 3.30 am. And I’m in a dimly lit room slurping some mushroom soup.

I can’t sleep. The heat of the night is worse than the heat rays of the sun during the day. Nights are usually cool. But lately nights are always humid and hot. Even if I feel sleepy, the discomfort of being drenched in sweat disturbs my precious time to retire. But I was probably even more disturbed when I received a certain provoking text message which I’d rather not discuss here (curious? Ask me personally then).

I have no problems with the Malaysian warm tropical climate. Really. But what makes me crave for air-conditioner is the effect of Global Warming. Speaking of which, they say the warming of the earth is caused by human activities. The truth is, the Earth itself is emitting heat into the atmosphere. Human activity only contributes in speeding it up. Furthermore, the distance between the planet(s) and the sun are not always constant in every century. I forgot the whole explanation and I’m not in the mood to look up for it.

Lecture halls are installed with air-conditioner. Long-sleeved T-shirt and a jacket is not enough to keep me warm. I find myself unable to concentrate in class because of the cold. I focused to much in trying to keep myself warm, thinking of getting the hell out of the hall and my brain seem to have froze. (it gets even worse when I have a flu) I keep dreaming of buying a scarf and a pair of gloves just for this. I wonder how these lightly clothed people survive in such low temperature. I joked around saying “S-sejuk la. Susah la nak study oversea camni…” My coursemate Rodi responded “cheh macam layak je” LOL damn you Rodi… Aminkan je la! hwaha aku maafkan la. time2 exam camni.

Class ends, and we all step out of the hall, immediately embraced by the warm outdoor wheather. And that’s when I finally appreciate the ‘heat’ of Malaysian climate. Now I am wondering how I would survive in cooler climates if I ever continue studying for my Masters or PhD abroad. Am I the only one too sensitive to coldness?

Usually I wake up for Subuh prayers welcomed by the cool morning dew, and start sneezing non-stop. First time experiencing this, I thought I was coming down with a fever. But during noon there were no signs of apparent illness. Nowadays, I do not wake up sneezing. I wake up smelling a stench of what seems like mixed evaporated sweat odours….and in damped T-shirt. Speed of fan is turned to maximum (but the fan wind does not directly hit me and my bed). So I know it’s not a normal wheather if I do not start off my morning with sneezes >:|

Anyway, whenever I start experiencing hot wheathers, I try my best not to complain so much. Maybe I whine a little, but I wouldn’t get angry over it (it’s not like we can control the temperature). So I think positive…. let’s see… One day, we (Muslims) are going to perform our Hajj in Mecca. and Saudi Arabia is a freakin’ desert, the climate there is possibly even hotter than Malaysia. Here at least we have humidity and some rain. Setting foot on the holy land, you have to “watch what you’re saying” (there’s this story of a woman who grumbled about the heat, and all of a sudden she unconciously removed her clothing. That thought is scary). So I thought, why not train yourself not to complain too much while you’re in the homeland? It’s a good practice to prepare ourselves for the pilgrimage. Lol wow, I’m getting all optimistic and spiritual. XD

…and don’t get me started with the afterlife stuff. 😛

Sometimes I fantasize studying or staying in seasonal countries. And I wonder if I’ll start missing my homeland if I ever do stay there (a lot of students studying overseas misses Malaysia, particularly the FOOD). I wonder if my nose can tolerate the autumn breeze, I wonder if my cold receptors are excessive till winter days numbs me.

Sigh, I should be using this time to study this extremely difficult subject. Ah perfect, it’s 4.08 AM, Linkin Park’s Leave out All the Rest is on air. What a perfect song for this very mood.

Laters.

Tagged with: ,

Red = burning spirit

Posted in Life by vien88 on November 10, 2008

Pada suatu hari, aku hantar sms kepada Pn. Grammar Nazi, “nak bagi apa untuk bday imouto?”

PGN: “Ntah tak tanya lagi”

so aku suggest PSP. Dia kata mahal. Aku offer untuk share duit. aku kata nak bagi surprise kat dia. Tapi mak aku kata nak kena tanya warna apa yang dia nak. Aku cakap, mesti dia nak warna merah! Hmm, aku ingat mak aku still nak consider… tapi last2 dia setuju. PSP is a BIG thing to ask for. Let’s hope it’s worth it. So aku pun tanya bebudak gforum for sum advice…

*******

Puan Grammar Nazi telefon imouto, pegi tanya dia lak nak apa untuk birthday. As expected, dia jawab “Nak PSP?”. Maka PGN tanya lah nak kaler apa… dia jawab… “Red!“. Lepas tu PGN aku call aku, dia cakap imouto dah tau, dia ingat aku yang bagitau… but nay… aku cakap kat PGN aku.. “I know she wants PSP, and i know she wants it RED” :3

******

Pn. Grammar Nazi datang ke KL, along with Rurouni-sama. Datang ke KL semata2 nak cari PSP merah. Aku ikut skali, sepatutnya kena study tapi aku bagi alasan nak lepaskan tensen hwehe. Tapi aku kena ada skali untuk survey2 or else PGN and Rurouni-sama tak tahu nak buat pilihan.

Mula2 pergi la ke kedai Sony. Murah saja di situ, RM799, tapi warna merah out of stock. Ingat nak beli hitam, pastu casing warna merah. Then aku bisik kat PGN, “pegi kedai game…”. So pergi la ke kedai game yg ada 2 bijik je kat MidValley tu… satu kedai kata warna merah pon dah habis. PGN lak tertarik kat PSP-3000 yang berwarna lavender (maklumlah, ungu fevret kaler dia). Aku suggest pergi ke kedai satu lagi… dan di situlah… JENGJENGJENG!

@~*~*~PSP DEEP RED!~*~*~@

Merahmu bara semangat wajaaaa~

Merahmu bara semangat wajaaaa~

So kita tanya harga sume, seperti biasa PGN nak tawar-menawar tapi price dah tetap maa… RM980. Agak mahal.. ingat nak patah balik ke kedai Sony. Nasib baik aku sengaja mention, “kat Sony RM799~~~”. Si pekedai cakap “Sony punye boleh main game ori je! Skrg dah tak boleh modify!” So aku negotiate dengan PGN… ckp kalo beli kat Sony, beli game ori satu RM60+. ohohoho~ kalo beli sini, dapat beberapa game free… lagi berbaloi kalo lagi mahal. Tapi aku serba salah gak sebab kena guna duit sebanyak tu (bukan kita kaya sangat pon), tu pasal aku offer duit scholarship aku sikit.

Gwaa…imouto’s exam results better be good!

Papehal… bila dia gi skolah asrama balik aku leh bantai PSP puas2!!

*******

Sekarang fokus kat aku… eh, peperiksaan akhir semester aku. LOL. Ni aku kena dapat pointer 3.00+ supaya aku dengan senang lenangnya beli NDS. Kaki game btol hwaha.

Anyway… dalam beberapa hari ni sangatlah tertekan membaca dan menganalisa subjek fizik terma. Aku tak boleh kata “baca”, tapi lebih banyak kena selidik sendiri. Kalau tengok nota kuliah, mesti rasa nak muntah. Nak teruskan muka surat demi muka surat sungguh memenatkan. Banyak yang perlu dihafal. Maka kulatih diri menyelesaikan masalah tutorial… sampai rasa nak hentak kepala dibuatnya.

Serius langsung takde mood nak study subjek ni. Otak berguling dalam kesakitan. Lahirnya rasa takut akan kegagalan. Datangnya perasaan risau andai kulupa formula2 yang penting. Setiap kali nak belajar mesti mengantuk…macam tak sanggup je nak teruskan.

GAR

GAR

namun tah kenapa aku asyik terbayang2 semangat yang dipaparkan dalam anime Tengen Toppa Gurren Lagann (again). Entah kenapa aku rasa didorong oleh hanya sebuah kartun… oit, BUKAN KARTUN. ANIME. D<  ya! Oleh sebab anime ni lah aku mula fikir secara positif! SO! Aku amik keputusan untuk REDAH KESUSAHAN YANG DILALUI kat final exam nih!!! (serius aku rindu anime ni….mana aku letak dvd eh)

*****

So tadi aku berdepan dengan Final Boss yang kedua… ahh… sangat memuaskan. Walaupun ada yang tak dapat nak jawab, at least BOLEY LAR buat. Daripada takleh buat langsung. Tak sangka lebih mudah daripada apa yang kujangka. Aku cukup puas hati. ^_^

Final boss ke-4 pun sama tahap kesusahannya, so aku study liek crazeh. Yang ke-3? Tu laen citer… ok skrg aku nak tidur.

(oh ye aku tak ckp pon sapa PGN & Rurouni…. …………zzzzzzzzzzzz)

Tagged with:

T3h Hermit Arcana

Posted in Life, Quiz by vien88 on November 4, 2008

Which Tarot Card Are you?

~Hikkikomori~

~Hikkikomori~

You are The Hermit. You sometimes turn away from society to focus on the inner world. You sense that there is a deeper reality and wish to find it. You are a seeker, and are a wise teacher. You are The Hermit, seek and ye shall find.

***

Komen: sebenarnye dah buat other tarot card quizzes… i got the moon, the star… and something else… but I ONLY WANT THE HERMIT. Cos I feel like a hermit… description pon lebih kurang except for the teacher part..

***

Random: Today I woke up thinking of therma physics equations. Key coefficients that are needed to remember. Maybe becos of that I’ve been depressed since morning… I craved to listen to slow and sad songs… I craved for Within Temptation’s Heart of Everything… but I left it at my humble abode T_T. So I went to look for video game remixes instead… found Okami’s “Reset” remix, which is FREAKIN’ LOVELY. <33 Yet not enough remedy. My friend, daeds sent me a few Final Fantasy remix with vocals. “Rose of May” is done well. Still not enough…… aku pasang Linkin Park’s Minutes to Midnight sebab aku suka lagu slow diorang.

Then…jengjengjeng… dapat internet muffins dari mana-sama!! <333  it kinda made my day~ >///<  eh..eh…tapi lambat wish ORIYAAAAA!! *performs tsundere kick*

okay sekarang kena baca nota kuliah. Exam start 6 Nov. Wish me luck… cos i really need it T^T.

till then… *nomming muffins*

Tagged with: , ,