Poet of Fall

Henfon aku dah Nazak?

Posted in Life by vien88 on January 23, 2009

Sebenarnye aku nak letak post yang ceria sikit, tapi oleh sebab telefon bimbit aku buat hal, tetiba rasa nak tulis pasal henfon lak.

hiasan semata2

hiasan semata2

Sejak akhir2 ni motorola L6 aku suka pengsan, pastu bangun balik…pastu pengsan, bangun balik. Selalu berlaku time unexpected. Lagi2 kalo nak hantar mesej yang penting, mula la dia buat hal. Aku naik geram, rasa cam nak campak atas lantai. Tapi kalo rosak habis langsung takleh nak siap keje. Terpaksa tolerate dengan kerenah budak ni.

Sejak 2-3 hari lalu L6 akin menggedik. Sikit2 suruh “CHECK SIM”, padahal sim dah memang ada dalam fon tu. Geram siot… aku terpaksa off-kan pastu on balik. Then masa alarm bunyi pagi tadi, tekanlah snooze, tak pasal2 henfon buat rutin off-on nye, jadi alarm snooze pon dah kensel. Patutla kekerapan dengar snooze pagi tadi berkurangan. Nasib baik bangun dan sempat solat subuh.

Yang buat aku rasa nak tulis ni ialah bila aku nak bluetooth gambar ke laptop, tetiba kata “service not supported” lak! Waaa ketensenan! Aku nak fon baru…tak kisah la model apa, asalkan murah, boleh pakai SMS, MMS dan amik gambar. Mp3 tu takyah la, aku dah ada MP3 Video Player. Tapi mak tak bagi belil fon baru, suruh cek bateri je. Entah2 bateri dah luput, so nak tukar yang baru. Aku tak kisah sangat pasal dapat henfon baru ke tak, takde masa aku nak poyo nunjuk2 orang fon baru (malas la nak layan orang yg jakun). Bila fikirkan aku bakal nak punyai fon baru pon, aku tak rasa excited sangat. Atau aku pendam gak perasaan tu..? Ah… yang aku concern skrg ni ialah nak contact para ajk projek. So aku perlukan fon untuk saling kontek mengontek…dan bukan tujuan nak berlagak kat orang.

Ahwaha…jgn terasa lak. So…misalnye aku ada fon baru, jangan mengada nak belek2. Bukan tujuan nak menyombong, but personally, aku tak brapa suka. Kang aku beli yang second hand cikai2 punye baru taw, takde sape mau tengok. 😄

Tagged with: ,