Poet of Fall

Rojak as Snack (+ celoteh pasal sayur)

Posted in Life by vien88 on November 28, 2008
rojak

Rojak

*switch back to BM mode*

Oleh sebab penuh dengan sayuran (kadang2 buah) dan kuah hitam yang pelik, aku jauhkan diri daripada rojak sebagaimana aku jauhkan diri daripada makan sayur. Itu dulu, masa kecik2. Aku slow2 cuba makan sayur, bermula dengan timun, although Grammar Nazi Mom kata timun tak banyak zat (dia pelajar pengkhususan Biologi dulu).  Kemudian ada satu member sekolah aku cakap kat aku dengan nada yang menggerunkan, ada kes “kalau tak makan sayur nanti baby takde otak” (tapi sekarang ni aku takde minat nak ada anak la). Adoi, seriusly rasa cam ada panah terkena kat aku. Tu pon aku punye progress nak makan sayur agak lembap. Makan daun susah… Tapi aku makin suka makan kacang panjang. Gulai especially =9

Tapi hanya masakan Grammar Nazi Mom je yang WIN. (bila nak masak sendiri…??)

Aku tak ingat sejak bila aku suka makan rojak. Aku ingat masa tu saje je try Rojak Buah, letak kuah skali. SEDAP. Tapi nanas aku taruk tepi sebab aku tak suka nanas. Buah yang lain aku tak perasan sangat apa benda. LOL. Tapi jarang sekali dapat peluang nak makan rojak bila dah start menuntut di menara gading (cewah). So bila ada nampak gerai rojak = beli!

Minggu lepas ada family gathering dekat kelab golf. Makan kat tempat ala high-class gitu. Tapi masa tu dewan makan tak teratur (and toilet kunci!!) so er… not a good impression la. Nak order makanan order yang western, nak makan local food baik makan kat kedai mamak. Lagi murah. Parents aku order Rojak as dessert. Ada Tauhu, timun, sengkuang… lagi apa tah tak ingat. Oleh sebab lapar lagi dan Fish n Chip aku tak best, aku pun mintak lah sikit rojak. Nasib baik banyak dihidangkan; satu family boleh makan. Grammar Nazi ingat aku tak suka, dia terkejut lah. Kuah nye lekit. Addictive. Best~  |3

Waktu aku tulis ni aku tengah sakit tekak. Aku nak makan snek sambil tengok DVD Prince Caspain. Tapi taktau nak makan apa, potato chip ada banyak stok tapi nanti makin teruk tekak aku. Lepas tu pergi ke meja makan kelihatan ada baki rojak tengah hari tadi. Aku minta izin nak habiskan. So aku tengok wayang sambil makan rojak yang dah tinggal sikit. Tak puas lah.

Then terfikir lak, daripada makan jajan yang buat aku gemuk baik makan rojak. Jambu campur asam pun boleh jugak. Kedua2 makanan ini pun rangup. Boleh crunch macam Jack n Jill atau Twisties. Kesan sampingan aku lepas makan jajan kadang2 rasa loya tekak. Makan rojak takde. Hmm, kan best kalau kat panggung wayang jual rojak instead of popcorn (sedap tu sedap, tapi….). Tak pun jual buah-buahan skali dengan popcorn nak makan sambil tengok wayang? Ini suatu perubahan yang maju  d*_*b (WAWASAN 2020!). One thing is for sure; AKU NAK TENGOK ROJAK KAT CINEMA!

Kalau rasa bosan dan rasa nak mengunyah pun boleh makan rojak/jambu/EPAL HIJAU. Takyah nak makan jajan. Kan? Boleh kan? Masalahnya buah punya expiry date tak se-lama jajan. So kena habiskan cepat dan pergi ke pasar untuk re-stock. Jajan boleh tahan lama, beli yang party-pack – banyak stok. Tapi biasanya aku simpan jajan sebagai back-up. Aku makan biskut. Tapi biskut pun boleh jadi bosan.

Nak ke start mogok cip kentang balik…

Advertisements
Tagged with: , ,