Poet of Fall

Tanah Runtuh dan Banjir Kilat

Posted in Serious shit by vien88 on December 6, 2008
1999 Bukit Antarabangsa Landslide

1999 Bukit Antarabangsa Landslide

Baru tengok news tengah hari tadi. Pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Then muncul spinnajib (credits to mana >w< ) di kaca TV berkata, “Selepas ini kita mesti berhati2”. I LOL’d. Baru sekarang nak berhati2 ke…  Dah tau bungalow dok kat bukit, konfem la tanah runtuh berlaku. COMMON SENSE. Satu lagi, dulu kat sekolah dan Universiti korang belajar apa haa? Akar pokok tugasnya mencengkam tanah supaya tak pecah menyusur ke tempat lain… lagi2 kat kawasan tanah tinggi, mesti la berlakunya tanah runtuh. Tu la, nak tebang2 pokok lagi (secara haram atau legal, sama je). DEVELOPMENT la katakan.

Sem ni aku rasa bertuah mengambil subjek Pengenalan Kepada Hidrosfera sebagai subjek luar jabatan. Walaupun kurang yakin keputusan exam bagus untuk subjek ni, tapi lecturer memang ‘membuka mata’ kami terhadap perkara2 yang berkaitan sistem pengairan di Malaysia (dan dunia).

Contohnya, mengapa banjir kilat berlaku? Dulu aku terfikir gak, camane boleh berlakunya banjir kilat sedangkan kita dok di kawasan yang lebih tinggi daripada aras laut. Hairan juga kenapa sungai tak dapat menampung air hujan. Berlebihan sangat ke? Padahal air yang tersejat dan dikondensasi ke langit datangnya dari permukaan bumi. Sepatutnya kuantiti air terabadi…

Namun air bukanlah sesuatu yang maya dan lembut, ianya mempunyai kuantiti dan jisim. Memenuhi ruangan yang tertentu. Bukan macam api. Tapi macam api, kecil2 kawan bila dah besar jadi lawan. Anyway, oleh sebab air adalah sesuatu jirim maka ianya tidak boleh hilang sebaik sahaja turun ke tanah dalam bentuk hujan. Pecah boleh, tapi masih ada jirim. Air yang tanah takkan nak duduk diam sahaja, mesti dia akan mengalir ke tanah atau balik ke sungai (laut, tasik, longkang) akibat tarikan graviti.

Malangnya, di kawasan bandar, susah betul untuk air mengalir ke tanah. Sebab kalo kita nak bina bangunan, tak boleh bina sebarangan atas tanah yang lembut. Oleh itu, developers pi letak tanah jenis tanah liat (bila dah keras tak liat la) atau ‘Clayey Soil’ sebagai tapak supaya tanah tak runtuh. Uhhahaha. Clayey soil ni pulak, tak boleh menampung air. Yang kat kawasan tiada pembinaan tu Sandy Soil (if i’m not wrong), di mana water can penetrate into the ground. Clay is an ionic substance, apparently it doesn’t let water pass through it. Oleh itu, air yang sampai kat soil jenis ini akan mengalir je atas permukaan bumi. Makin banyak air hujan turun, makin banyak la air ditampung oleh permukaan clay… and then you’ll get FLASH FLOOD.

Lecturer aku suka kutuk2 ahli politik pasal hal ni. Diorang tak moh dengar! Development je lebey, environmental effect tak pikiaq. Nak maju konon, otak still tak maju kalo bab alam sekitar tak dipertikaikan. Last2 sape yang rugi?

Pendapat aku, construction hanya boleh dilakukan bila PERLU saja. Lapangan kapal terbang boleh terima lagi lah. Tapi…cam kat kawasan Bandar Utama tu, sekelompok shopping complex dah terbina. PERLU ke? One Utama dah cukup besar, datang pulak The Curve, Tesco, Ikano dan Ikea (erm Ikea bole terima lagi >///> ). Isi kandungan dalam bangunan pon balik2 sama. Baju, kedai makan, kedai buku, kedai computer… apa beza? Satu kawasan satu pusat membeli belah pun cukup la. Yang sedeynya kat Batu Pahat pon gatal nak buat Batu Pahat mall. Depan sekolah aku yang dulu ada pokok yang bole buat teduh pon kena tebang sebab oleh sebab Tesco.

Bila aku tengok construction site, aku rasa loya. Kadang2 aku rasa benda ni tak penting pon. Nak bina kawasan perumahan baru? Macam tak cukup je… macam… tetiba manusia bole buat klon2 dan perlukan tempat tinggal untuk simpan klon2. Ok, maybe lahirnya family baru. Tapi ada family baru, mesti ada family lama yang dah kembali ke rahmatullah. So sepatutnya seimbanglah kadar kelahiran bayi dengan kadar kematian rakyat (it does make me sound vile saying this). Apa salahnya dok rumah lama, boleh je renovate (cam rumah aku skrg ni huhu). Ada kes… penat2 je siapkan bangunan apartment yang cun2, tapi takde orang pun berani duduk (hanya sbb sekuriti kurang bagus)… cis… sapelah punya idea ni. Len kali nak bina bangunan fikir baik2 la! Nak duit je, last2 ko gak yg rugi.

Kena pergi balik ke sekolah la diorang ni.

Advertisements
Tagged with: