Poet of Fall

Cerita sedih 20/3/2009 part I

Posted in Life by vien88 on March 20, 2009

Salah satu pepatah infamous alter-ego aku… “Apa itu kawan…?” (sepertimana aku persoalkan istilah ‘cinta’)

Sebenarnya aku pernah persoalkan maksud disebalik perkataan tu… masa tu zaman aku emo lagi. Aku dah lama dan berusaha keras mengetepikan fikiran negatif. Tapi setiap kali ‘darkside’ aku bangun, mesti sekali sekala tertimbul soalan tu lagi. Dan tadi…tadi kan… dia bangun…

Ada kawan… pentingkan pelajaran…

Ada kawan yang pentingkan cinta…

Ada kawan yang pentingkan family…

Ada kawan yang pentingkan kerja…

Ada kawan yang ikut kehendak dan fikiran kawan…

Ada kawan yang tak macam kawan…atau berlakon jadi kawan.

Ada kawan yang betul2 mengharap…

….

Alkisah seorang kawan yang hari jumaat sepatutnya join dalam diskusi projek untuk 2nd year, namun dapat pula khabar yang keluarga nya ingin ke KL pada hari itu bersama adiknya yang dah lama terperangkap kat MRSM tuh. So dia korbankan masa buat projek tu dengan masa untuk spend time dgn keluarga. Dia rasa serba salah sikit biar diorang camtu je, tapi tugas utama dia ialah buat comic…. kan?

Enuff third person view… Beberapa hari lepas dah plan nak tengok kawan2 se-jurusan dengan kita nak tengok diorang berlakon dalam drama pentas dalam ni. Puas aku promote sepanjang minggu =D. Puas aku convince. Dan puas hatiku mereka setuju nak tengok kawan2 kita perform.

Pada hari waktu siang sebelum drama itu, darkside seolah2 mengigau dan berkata… mesti tak jadik punya malam ni. Tapi tak kira, aku dah lama excited nak tengok drama. Aku fikir positif dan dapat bayangkan camane kita ramai2 sokong ikhwan dan rodi berlakon. Hati lagi gembira bila Cik Yam tanya aku jadi pergi ke tak sebab orang lain pon nak pergi sekali. Harapan tinggi siot… tak tipu.

Aku ingat nak balik petang sikit…sempat lagi join diorang. Diorang siap call lagi “tak paksa” etc etc… tapi masalahnye ayah aku kena pergi ofis. Habis pukul 6. So terpaksa la balik lewat drp Time Square (kebahagiaan melanda di jiwa masa shopping di situ). Sebelum balik, mak aku dah lama nak try makan sandwich Subway. Maka kami ke situ untuk tapau sandwich, dan aku tidak lupa nak beli soft cookie yang enak belaka.

“Tunggu kejap!” aku cakap kat akak kaunter tu, “Aku nak bilang berapa banyak nak beli dahulu”

Satu…dua… tiga… estimate 7 orang termasuk aku malam ni. Tapi aku beli extra just in case ada extra member. Aku dah melambatkan pergerakan baris semata2 untuk mengira berapa banyak biskut nak beli, dan dengan riang ria aku purchase 8 keping nak bagi kawan2.

Sambil2 mesej dengan Zu, didapati bilangan ahli kumpulan yang dikatakan nak menyaksikan drama pentas malam ni berkurang. Sampailah ke bilik Zu, (waa lama tak jumpe dia) tolak lagi sorang. In the end, 3 orang je yang pergi. Mak aih… Allah je yang taw… keperitan di lubuk hati time tu. Argh…dah ler AJK pon slalu 1/3 je datang… ni kena cam deja vu lak. Agaknye aku ditakdirkan dapat peristiwa begini kot sentiasa? Balik Batu Pahat pon nak jumpa geng kita 4 orang tengok SORANG je datang. SAH, takdir aku begini. Tapi Zu cakap.. “takpelah, at least Yam ada”.

Heh…apalah nasib… biskut tersorok dalam beg dengan tujuan nak surprise orang. It’s pathetic… my plan tu surprise people is kinda wasted. But cik Yam kata…takpela, dia makan utk orang lain. LOL. At least kita leh enjoy makan biskut lebih kan.

Masalahnye sekarang… bukan skali je janji termungkir. OK.. janji Melayu pon dah cukup untuk buat aku dendam…apatah lagi ‘janji mungkir’. Lagi2 kalo mula2 ye ye excited nak lepak sama2, tetiba menjelang hari temujanji…takde mood la, busy la, study la, dating la, malas la… adoi… aku sedar… orang yang ajak lepak ni bukan kawan baik, bukan kawan sejati korang. Tapi…entahla… kalo aku nak tetiba kensel plan ni… aku rasa serba salah la. Kadang2 kalo aku takde mood pon, aku still teman kawan keluar kalo dia takde orang teman. Walopun tujuan dia kuar takde kaitan dengan aku… cuba bayangkan… dah semangat gila buat janji (walopun tak sebut dengan mulut), tetiba lalalala tak jadi pergi laaa~

…aku tau…betapa sakitnya… kalo kita minta orang teman, tapi di-reject. Tu pasal… most of the time… aku lebih suka pergi sini sana seorang diri. Tak nyusahkan orang… tak libatkan orang lain dalam perkara yang takde kaitan dengan diorang. Kalo nak ikut, silakan. Kalo taknak ok la. Aku nak ajak orang teman pon aku fikir tiga empat kali… sebab aku takot risiko the “no” answer, plan cancel… rasa malu… rasa sedih… rasa marah kat orang tu. Bila orang suruh aku teman, aku tak nafikan aku malas nak ikot kalo takde kaitan… tapi aku fikir perasaan dia kalo kena susah2 cari orang lain untuk teman (aku taw sebab aku pon mengalami benda tu). Fikir perasaan dia kalo kata “sorry, i can’t”. In the end… aku teman… because aku tak nak dia kongsi nasib yang sama dengan aku. Kadang2 tak ajak teman pon aku ikut je.

Hmm aku leh terima ni sebagai karma. Atau qada’ dan qadar… maybe sebab aku dah beberapa kali absent kat meeting mana2 ke. K fine… tapi nasib baik ada Cik Yam dengan Zu (TIKET FREE!!!). Fun gak sendiri2 menge-spoil babak sedih drama lain. Kalo ramai2 pon bukan dapat resonance together pon.. mesti terpisah 2-3 puak, yang buat lawak/bincang sama sendiri.

Either orang lain yang agak selfish memikirkan tentang perasaan orang lain, atau aku sendiri yang macam tu. Maybe aku sendiri yang mengharap sangat? Argh… letih aku. Kenapa aku mesti ada perasaan tu…Maybe ada hikmahnye darkside aku separuh jaga. Tak trust orang… tak yakin kat orang… aku nak…diri ku yang dulu.

Sifat waspada tu penting…supaya aku tak sakiti diri sendiri.

nyaaa…

aku emo kejap. Takyah la nak sorry sorry makan lori dgn rayu2. Aku malas la nak layan. Aku terima je ujian ni… Buat kechik dan rodi, thanks for the entertaining drama. aku konfem nak pakai Tshirt korang XD

next cerita sedih…ada lawak sikit lol.

Advertisements
Tagged with: ,

‘Wartawan Maut Ditendang Bintang Cemerlang’

Posted in Life by vien88 on March 17, 2009

Ntah brapa minggu dah aku abandon Poet of Fall. D:

Maaf kerana lama tak update. Tapi apa sangat la blog aku ni…. tak baca pon takpe. Bukan ada info penting pon :P.

Aku terlalu busy. Ada free time pon internet connection cam sucky.

Sebenarnye ada benda lagi serious nak tulis…ada review nak tulis. Banyak draf disediakan… Tapi sebab kekurangan free time, aku biar pending pending lar. Oleh itu izinkan aku entertain anda dengan Mastika Parody aku. Why Mastika? cos my lecturer kat matrics dulu suka sebut “Mati masuk Mastika” yang membawa maksud tersirat ‘mati dengan cara yang aneh‘.

“Wartawan Maut Ditendang Selebriti Cemerlang”

seorang wartawan dari majalah GOSSIP YOU meninggal dunia akibat ditendang oleh seorang bintang anugerah cemerlang. Mangsa dijumpai menonggeng di tepi jalan namun pihak polis gagal mencari saksi bagi kejadian tersebut

Punca kematian diketahui daripada bekas tapak kasut Asadi yang sudah haus yang tertampal di muka si mati. Beberapa minit kemudian, datangnya seorang pelajar ‘cemerlang’ dari Sekolah Jalan Tiga (merupakan sekolah tepi jalan sahaja, kerana pihak sekolah tidak mempunyai idea untuk namakan sekolah tersebut) yang mengakui dengan bangganya bahawa dia yang membunuh mangsa itu
“Dia terlalu mendesak saya. Itu hak saya untuk tidak memberi maklumat peribadi!” katanya. Penduduk di kawasan perumahan itu setuju dengan pembunuh itu dan meyokong tindakan ‘wajar’nya itu. Ini adalah kerana wartawan tersebut terkenal dengan perwatakan menjengkelkannya itu. Oleh itu, si pembunuh berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis

“Saya tak sanggup nak bawa dia ke lokap, kerana saya ni gay” kata polis Lans Kopral Bodo bin Sengal. Sesudah akhirnya siasatan, mayat si mati dibawa ke pusat penyelidikan untuk diselidik. bintang cemerlang pula didapati mengidap penyakit ‘gila kuat gila’ beberapa minit kemudian.

….

Ini hasil karya yang terbentuk daripada chatting YM antara aku dengan cousin aku, di mana cousin aku memainkan watak ‘bintang cemerlang’ sebab dia menang anugerah cemerlang kat skolah dia. Aku pulak jadi wartawan yang mati tertonggeng tuh cos aku yang sibuk tanya dia pasal perasaan dia time ambil hadiah lolz.

Sabtu ni nak pergi ACGC kat Tropicana Mall dengan dia. Jom la pi~

Tagged with: ,

Aku benci…

Posted in Life by vien88 on February 24, 2009
IM IN DESPAIR

I'M IN DESPAIR

Aku dalam sengsara.

aku dalam derita…

Terlintas pulak persoalan.. “apakah tujuan sebenar aku masuk UM?” tak sangka pula kalau nak study sini kita kena jadi pelajar yang mengagungkan projek kolej semata2 nak dapat bilik penginapan selama setahun. Tapi serius aku cakap, masa aku first year dulu, takde satu pon projek yang menarik minat aku. Aku join pon sebab… entah la…saje nak tengok camane. Sume bosan2 belaka… aku buat doujinshi tensen2 pon lagi seronok. Maybe sebab ada kaitan dengan hobi aku.

Aku tak nafikan la aku jadi leka bila dapat masuk ke Universiti idamanku sejak kecil. Seronok sangat sampai lupa apa tujuan masuk menara gading. Aku dah regret bila tersenarai sebagai “di bawah pemerhatian” masa sem 1. Semester berikutnya aku improve, dan pointer still maintain. Masuk sem ni ingat nak improve lagi.. tapi biasala…orang procastinate. Orang yang suka tangguh kerja cam aku ni tak sesuai la jadi ketua biro ke apa2, memang takkan jalan la. Jalan pon lambat cam siput. Tapi tah la… aku nak back out, tapi dah terhasut, now it’s too late to step down. Sape suruh kesian kan orang lain sangat… in the end, aku sendiri perlu dikasihani…

Aku benci la…

Kuli yang tak faham bahasa, tak faham arahan, tak faham situasi, tak faham kesusahan ketua2 mereka. Haihh kami pon ada student life… suffer sama2 tak boleh ke. Aku dah korban waktu study, aku dah pernah ponteng kuliah just for this. Sebab aku tak trust diorang… but still aku takleh work alone. Ke aku ni tak cukup strict… ni yang dilema… kalo strict sangat kang cabut lari orang bawahan. Lembut sangat amik advantage lak. Ke aku ni cam taik sangat susah nak communicate dengan ahli2? Nak ngadu kat pihak atasan kena sound “JANGAN BAGI ALASAN” ohohoho macam diorang TAW je situasi camane. Ingat aku ada Geass ke nak control orang sesuka hati… (kalo ada best gak..)

Yep aku cam taik kot… masa free marathon anime. Bajet takde keje la…bajet nak study lepas tengok anime. Aku yang tak pandai urus masa kot.

Enuff self blame… yang buat aku geram ialah perangai budak2 setahun jagung ni. Gatal nak masuk projek je lebey. Nak dok kolej sangat… sanggup nyibukkan diri sampe takde masa dah. Benda ni dah jadi cam ritual nak bangkitkan si setan dalam diriku. Nak ngamok campak itu ini rasanye.

Aku perlu menangis. Tapi tak mampu. Ego menahan air mata. Tapi aku perlu nangis supaya boleh relieve serba sedikit rasa stres.

aku benci sume ni.

rasa cam nak bunuh diri. Nak diculik oleh orang bunian… padan muka keje tak jalan. don’t mourn for me.

benci…benci sangat. >_>

benci sgt sampe takde mood nak mencarut…. fucking shit.

Tagged with: ,

Valentine’s Day Wrap-up

Posted in Life, Video by vien88 on February 14, 2009

Enjoy this video while reading this post. A Kingdom Hearts AMV, with the song Valentine’s Day by Linkin Park. I’ve no idea how good the video is cos lama gile nak load *curses connection*. But yang penting, I love this song. This is special for ronery dudes out there ^^

Valentine’s Day – Linkin Park

My insides are turned to ash, so slow
And blew away as I collapsed, so cold
A black wind took them away, from sight
And held the darkness over day, that night

And the clouds above move closer
Looking so disatisfied
But the heartless wind kept blowing, blowing

I used to be my own protection, but not now
Cause my path has lost direction, somehow
A black wind took you away, from sight
And held the darkness over day, that night

And the clouds above move closer
Looking so disatisfied
And the ground below grew colder
As they put you down inside
But the heartless wind kept blowing, blowing

So now you’re gone
And I was wrong
I never knew what it was like
To be alone

On a Valentine’s Day, On a Valentine’s Day
On a Valentine’s Day, On a Valentine’s Day
On a Valentine’s Day, On a Valentine’s Day
On a Valentine’s Day, On a Valentine’s Day
(I used to be my own protection but not now)
On a Valentine’s Day, On a Valentine’s Day
(Cuz my mind has lost direction somehow)
On a Valentine’s Day, On a Valentine’s Day
(I used to be my own protection but not now)
On a Valentine’s Day, On a Valentine’s Day
(Cuz my mind has lost direction somehow)

***

…..

On a Valentine’s day… I wished my cat Hepi Varentain cos he’s the only male who loves me XD. lol bestiality… but i think my cat’s tendency is towards humans than tabby-cats. Weird.

Okay… on the valentine’s day i woke up late. Then I went out with my grandparents lololololol. So lame…but oh well, it’s been a while since I go out with them. At least diorang belanja makan. So ronery…ronery much that I takde keje send Valentine sms to mai yuri harem predators deady and mana (yes i is a victim!! T__T *in denial*).

Masuk kedai CD, ingat nak beli varentain presento to myself, but the album i wanna look for habis stok T_T. But then…i found something betta… Princess Princess and Antique Cake House DVD!!! Although I know too well the subs are gonna be lame, but it brings me happiness~! So I thought I should just buy it in case I am bored staying in college. Besides… campus wireless is not giving me justice to download anything. Oleh sebab desperate sgt nak recharge myself with anime awesom, aku beli je lah. Nak tunggu Ookami Senpai bagi aku file Code Geass R2 bukan main lama >_>. (oyea..my oji-san and oba-san bought some music CDs. Despite of being traditional, they’re still moderately modern for their age O_O)

Actually I found another DVD that goes at the same league as those two… the title is even more apparent. I half regret not buying it… but the reason why I didn’t is because I don’t wanna get disappointed if it’s bad although it’s in the area of my peculiar interest. I’ve seen previews for Princess2, and read Antique Cake Store manga (and Jdrama) so I dared buying it. I’d look for previews for that anime… if I like it, I’m gonna look for the oppurtunity to go to OU with oji-san and oba-san again. >:D *niat jahat*

Hopefully it’s still there. Or else I’d cry sampai banjir KL.

But I still cannot believe I found ANTIQUE CAKE STORE DVD there!!! Princess2 aku tak heran la… but Antique!! Godammit! Wuahahahahaha!!! *dies of happiness*

Today is bestest varentain evarrrr >///>

after that… aku bertekad nak study or watch Antique. Instead i spent a lot of time writing blog while barging through the gooey wireless connection. D:

In the end… the day is rather boring. Oyea…suddenly i chat with some random girl (irl) and we talk about minor personal stuff. We’ve met before, but we barely even utter a word to each other…suddenly we sat in one table to ‘study’ and talk about random stuff.

Oaaaa… still, boring day is booooring…

Takoyaki~

Posted in Art, Life by vien88 on February 14, 2009

Mak aku selalu pesan… we must be adventurous (when it comes to eating food). Mak aku jenis daredevil kalo bab cuba2 makan ni. Aku ni takot2 sikit. Tapi masa aku masuk matriks, tu la first time aku nak cuba makanan baru. Aku makan nasi kerabu… and fell in love with it.

When it comes to Japanese food, I’m all out for it! Especially sushi, which is easy to get in Giant supermarkets. My top fave would be Okonomiyaki…the best i’ve ever tasted was the one sold during the first GACC event. Then I couldn’t find any other as good as that one. I’m thinking of cooking it myself cos it seems easy. However, I’m not a big fan of Japanese noodles like Ramen, Soba and Udon… i dunno why. The noodle strands are kinda thick and chewy. Yakitori is…hmm… well, not as good as ayam percik and satay. Teppanyaki ain’t bad either…except that it has a lot of tauge. Oyes…and not to forget meron pan (melon bread for those who are Japanese illiterate XD), I never let go of the oppurtunity to buy it whenever I see it. It’s not a national Japanese bread but it’s a popular pastry in the land of the rising sun.

oh Wapanese much? =/   you may say so.

Back to the main story… Whenever I go to Midvalley Megamall, I’ve always noticed this takoyaki stand hidden somewhere beyond the escalator as I make my way to the surau. We often stop by the bakery before heading back to campus, and I know I keep peering at the stand at the corner of my eye. Selalunya…asyik terlepas je peluang nak beli takoyaki.

Kepingin

Kepingin

2 days ago, aku bertekad, AKU MESTI BELI JUGAK TAKOYAKI. Again, me and my buddies’ routine is to buy some bread at the bakery. I wanna let them go there first, while I admire those round little things being sizzled by the heat >w<. But then…

omoshiroi desu yo...

omoshiroi desu yo...

shi- what are they doing here. I is embarrassed to show my wapanism >///>. then to my surprise…

are you serious??

are you serious??

Well…i’m surprised that tiram and fatin (the domino thing…long story XD) actually wants to try some. Dahler sushi pon susah nak consume… ni nak try takoyaki lak (nasib baik korang leh makan ramen). YOU GUYS ARE CRAZEHH!! Demo…I’m even MOAR surprise u guys choose that chicken + cheese thing. Honestly…if i were you i’d pick the original isi…which is octopus. “Tako” means Octopus in the first place. So… aku tak tau apa rasa ayam + keju kalo dimasak ala takoyaki.

ready...steady...go!

ready...steady...go!

and the result is…

haa kan dah kena...

haa kan dah kena...

They showed this…negative reaction… i can see from their faces. “Aku rasa ni yang paling terakhir aku makan ni” they say lulz. Aku sorang je makan dgn bahagia *___*. Aww man. My wapanese side is offended D:. Takoyaki IS good…just this one is not the best I’ve ever tasted..aaaand… CHICKEN + CHEESE?? Apa kejadah… i gave it a shot and it doesn’t taste as good as the original octupus ball. Even in Sushi King the Takoyaki is not as good (mahal je lebey, tapi kecik2 dan tak best)… But..but…don’t give excuse that the sotong is mentah >_>. Kalo mentah pon…dah goreng kat dalam bebola tu..masak jugak wor. T__T  nee…aku tanya kak magfirah pon dia kata takoyaki tu sodaaaap.

OK, next, let’s try OKONOMIYAKI! Now that’s hard to find in normal stores… gotta hunt down for it. =D

Tagged with:

Aku dan Puisi

Posted in Life, Poems by vien88 on February 8, 2009
Gambar Haiku... but I am yet to try writing haiku...

Gambar Haiku... but I am yet to try writing haiku...

Sebenarnye…selain keje lukis2 ni, aku suka tulis puisi. Tapi kebanyakan puisi aku tulis dalam Bahasa Inggeris. Hence the name “Poet of Fall”, where the ‘fall’ or autumn refers to the season I am born in, although we do not experience any seasonal changes here in the tropical rainforest climate (musim durian ada la).

Aku start minat tulis benda camni…or secara lebih umumnya, “menulis” sejak aku kecil lagi. Mak aku suka dedahkan aku kat buku2 yang seskema-skema nye ajar Grammar (kartun pon ada gak) dan cerita fairy tales sampai la ke buku Enid Blyton. Kemudian…datangnya buku Nursery Rhymes. Puisi kanak2, kebanyakannya dalam bentuk jenaka. Masa tu…aku tak tau la apa perasaan aku. Tapi sekarang ni, aku rasa masa aku baca buku Nursery Rhyme tu…puisi sume indah2 belaka.

Er…tapi aku rasa first time aku start berjinak dengan benda ala2 puisi ni masa aku dalam sekolah rendah. tapi lawak gile aa… aku main tukar2 lirik lagu BI. Banyak aku tukar…lepas tu dah letih main tukar2 lirik, aku tulis lirik sendiri. Dah ada tune kat kepala, tapi masalahnye takde alat muzik nak compose. Aku ada belajar muzik sket dulu, tapi halfway through aku quit. Rasa rugi lak.

Oleh sebab takde alat muzik, maka harapan nak jadi penulis lirik atau komposer agak hancus la. Tapi aku ada alternatif lain. Aku nak tulis puisi! Bukan nye dapat kerja pon jadi pemuisi…tapi tulis puisi je la. Takde la rasa angan2 nak jadi pencipta lagu. Tapi aku tak ingat start bila aku serius tulis puisi…maybe time aku umur 15 tahun.

Aku jarang tulis dalam Bahasa Melayu…kalau ada pon dah terkubur kat mana entah. Yang aku simpan, puisi yang aku tulis untuk pertandingan menulis puisi sempena Hari Kemerdekaan anjuran Pusat Sumber di matrikulasi. Saje2 je masuk…sebab boring. Lagi satu nak test power, tengok aku terer tak tulis dalam BM sebagaimana hebatnya aku tulis dalam BI (cewahhh). Tapi aku rasa serba salah sebab puisi aku tulis ni banyak ter-influence oleh orang lain punya sajak. Sebab aku suka sangat mood dan idea sajaknya aku pon tercilok dan sesuaikan hasil perah otaknya dengan stail nukilan aku. Sebab idea nye lain daripada lain… camne nak describe… “tak skema” la. Tak terlalu tipikal. Sungguh tak kusangka, aku menang tempat kedua! Malangnya tak dapat sijil, tapi menang hamper dipenuhi coklat dan jajan lolz.

Tapi… hasil kerja aku kebanyakannya takde tone yang bervariasi. Mood yang aku guna agak limited, sebab aku punya nukilan hanya akan ‘menjadi’ jika aku pakai nada yang negatif. Yang ceria hampir tiada. Seperti yang boleh dilihat di sini, semuanya bunyi cam sedih dan murung. Aku taktau kalo orang laen boleh terima ke tak…sebab cam negatif gegila la. Sebab kalo tengok mana2 punya pertandingan puisi sume nak tema yang skema2. Aku susah nak adapt…seolah2 takleh nak sesuaikan diri di negara orang. Tu la sebabnya aku tak pernah masuk pertandingan apa2. Sekali tu je masa kat matriks.

satu lagi aku suka praktikkan; metafora, hiperbola dan simbolisme. Aku kurang selesa jikalau puisi ku bunyi macam terlalu straight forward. So kalau sesiapa rajin baca my English poems, they’re all not so easy to understand. It will take a lot of effort to interpret it. Aku suka buat orang fikir… “apa yang dia maksudkan ni?”, kasi fikir kritis dan kreatif sikit dengan maksud yang tersirat. But some ada yang tersirat sangat hanya aku sahaja yang faham, kalau orang lain tak faham takpe. Kalau nak tafsir kepada maksud lain pon sukati la. Janji aku ada privacy sikit meluahkan perasaan walaupun orang awam boleh baca. Kalo nak taw, influence puisi aku banyak datang dari lagu alternative rock cam Linkin Park, My Chemical Romance gitu. Betul ni. ahhaha. Selain tu… lagu2 Jepun punye lirik sangat indah kalo bandingkan dengan lagu Melayu yang balik2 lafaz benda yang sama.

…kat kolej ada Pesta Puisi Dayasari pulak..hmm.. rasa cam nak try join skali lagi… tapi bila dapat tau kena present kat stage, tak moh la aku. Aku ni tau tulis je, tapi bab nak mencapab ni aku fail la. Belum sempat naik pentas dah kalah dah hwaaha. kesian… bakat aku ni jenis dok sebalik tabir, jadi bayang2 je. Kalau la bole ada orang mewakili aku, bacakan hasil tulisan aku, aku sanggup bagi dia hadiah printer tu. Atau apa2 lagi hadiah di tempat bukan tempat pertama. Asalkan aku dapat sijil ehehe.

Aku tetiba dapat satu idea ni. But again, agak negatif lah bunyi nye…sebab ianya ikhlas dari hati. Mungkin sukar bagi khayalak ramai terimanya. Mungkin bunyi macam terpesong akidah ke apa (taktau apa diskripsi yg sesuai lol)….mungkin la. Tapi yang aku tau, puisi aku memang lain daripada (kebanyakan) orang lain. Again, aku rasa cam nak luahkan isi hati sekarang ni…but at the same time nak mem-privatekan aku nye puisi ni sebab cam tak sesuai bagi ‘orang biasa’ dengar.

……

……………Rodi ko jgn taruk nama aku!!

Tagged with: , ,

Aku Dalam Dilema

Posted in Life by vien88 on February 8, 2009

Hari tu kitorang belajar pasal astronomy.

Sangat sangatlah menarik. Kuliah tadi membuatkan aku terfikir… camne wujudnye graviti? Kenapa matahari, planet dan binatng sahaja ada graviti? Kenapa mesti sesuatu yang besar? Kenapa sebiji guli tak boleh tarik beberapa gumpal pasir? Nak kata kuasa magnet tak jugak, magnet hanya menarik elemen besi… Allah maha berkuasa. Aku suka fizik, walau susah mana pun, sebab fizik boleh buat aku renung… (rasa cam salah je ayat BM ni)

Tapi tu bukan main point tajuk ni.

concentrate beb

concentrate beb

Sepanjang minggu ni aku banyak buat keje…hari tu sebelum balik, aku sampai pening kepala potong2 atau ‘ukir’ polisterin kepada bentuk yang halus2. adoi..

ok back to main point…

Aku dalam dilema.

Sepanjang cuti ni aku memang cuti sakan; main game, tengok anime dan baca komik. Assignment dengan hal projek kolej pun terlupa. Walau ku dah pesan suruh mencari bahan2 kepada AJK, tapi aku terlupa pula nak mesej mereka suruh hantar e-mail. Kan senang, aku dah boleh susun2 kat word dah. Malas punya pasal. bak kata pak cik aku masa zaman mudanya “cuti cuti la!”

But then…that’s not he case dowh. Maka dilema pertama ialah;

1.   Balik sini rasa agak serba salah la sebab tak buat headstart. Tapi mulanya aku nak balik kolej awal, tapi ada masalah sikit. So anyways, sepatutnya dah kena buat board dan gantung banner…tapi ada perubahan idea sikit…so jadi terlewat lak. Pastu pulak asainmen belum siap! tu la aku kata…mmg cuti tak ingat dunia. Nasib baik selasa banyak free, so aku bole la sempat beli barang yang tertentu dan buat kerja yang tertentu. The thing is…lepas kelas aku study/copy/discuss asainmen dengan coursemate… nampaknya kitorang agak lama discus dan makan tengah hari. Oleh itu, aku terpaksa ponteng satu kelas. Kan dah mungkir polisi aku “aku masuk UM nak belajar, bukan nak aktif kolej”. wargh…skali tu je..aku korbankan peluang menimba ilmu D:  tapi terpaksa…nak harapkan orang bawahan liat sikit. tambah lagi dengan perasaan serba salah…

Aku dalam dilema… ni dilema kedua;

2.   Kerja projek MPD aku terpaksa banyak tangguh…tapi makin ditangguh makin susah mau panggil anak buah turun. Sebab diorang ada meeting tah brapa banyak la..tu la akibat aktif gile kat kolej. Masa first year aku tak aktif pon…2nd year baru tetiba gatal nak masuk projek cheyyyhhh. Ok…oleh sebab kerisauan kekurangan kakitangan untuk buat kerja… aku nak kena pilih antara dua; pergi ke meeting NBD atau pergi sambung kerja publisiti MPD. In the end, aku pilih MPD. Sure…NBD lebih kepada kebajikan…tapi aku rasa aku jadi ‘manager (Tech)’ pun sebab nak fill in the blank. Lagipun ‘manager’ bukan aku sorang… MPD ni aku sorang je ketua divisi… tugas aku dalam NBD aku tak rasa apa2 sangat..rasa cam tak guna. And masa meeting aku rasa cam janggal…maybe cos aku bukan AJK pada tahun lepas. MPD, walaupun still tak rapat sangat dengan sesaper, aku boleh ngam lagi la. At least Penolong Pengarah pon kena involve dalam tugasan gak. So rasa sangat berbaloi buat kerja ni. So aku excuse myself from meeting, dan buat kerja publisiti with my AJK gone somewhere else.

Aku dalam dilema…yang ketiga pula;

3.  Aku nak pergi Penang. Aku nak ikot ke outstation NBD di Penang. Aku terlupa pula tarikh nak pergi Penang ialah this weekend. Aku nak pergi Penang seba aku rindu Penang…dah lama tak balik ke situ D:. Pastu pulak, mak aku suruh balik weekend ni sebab nak buat cermin mata. Tapi mak aku ok je kalo aku takleh balik. Then terfikir balik…kalo aku pergi Penang…tugasan publisiti MPD ni sape nak buat? Dah banyak dah depend kat pengarah, takkan nak serahkan kat dia lagi? Lagipun… bukan nak bajet ke hape… kalo aku takde, tugas takkan jalan. Aku ni jenis tak caya sangat kat orang… tambahan lagi dengan AJK yang baru je kenal2. Aku kena supervise gak…tak pun buat kerja sendiri. Seronok gak buat kerja sendiri tho. Pastu ada test pulak next week! So… in the end… aku rasa nak korbankan peluang nak pergi utara… Tapi no worries, Linda (coursemate) dah ajak gi majlis kawen dia..eh! Kakak dia la… =D. Kalau dah tak pergi Penang…langsung aku takde mood nak pergi outstation yang lain dah. Pahang tak pernah gi, but for some reason aku taknak. Seremban? LOLZ selalu balik kowt? Johor..? Meh… Melaka pon… selalu jumpe adik kat situ daa…

Aku dalam dilema…yang terakhir dan still dalam consideration.

4. Sekali sekala seumur hidup aku nak jadi vain. Teringin nak jadi gedik tetiba… oleh sebab aku jarang buat begini..tetiba rasa nak buat. Kali ni MPD nye tema ialah… Raikan Cintan. Tema warna merah, pink dan putih. Hmm…oleh sebab berkenan dengan baju ala gothic lolita…aku tanya la mieko sebab dia kan suka fesyen begitu. Pastu dia rekomen aku satu baju nihhh…tapi aku tak minat sgt sebab merah. Aku nak putih…tapi dia hasut punye hasut…aku tersuka pulak yang merah tu >///>. Masalahnya… Rm480 siot. Mak aku mesti takkan bagi…nak sewa pon takleh. Ye la… tak berbaloi la kalau pakai untuk malam tu je. THE THING IS! BUKAN SELALU AKU BUAT GINI! SAPE NAK TENGOK AKU PAKAI FEMININ SIKIT (selain baju kurung)?? So nampaknye aku kena senyap2 beli dan sorok drp mak aku.Or else dia bebel2 sampai aku pon sanggup lepaskan peluang nak jadi cun satu malam… Risky risky… Satu lagi masalah…takot tak muat! Kena berdiet secara drastic kot. Kata tuan punye baju bole adjust…but still… *worry*  Dan aku pon cadang nak gi window shopping dulu tengok kalo ada baju yang lagi gempak ke… Tapi perasaan aku sekarang lebih kepada baju tu… thanks a lot mieko =_+. Aku ter-blurt out about it kat member2…diorang lak makin menghasut aku melalui kaedah menyokong lol.

Jadi korang nak hasut aku gak ke? (please do >_< )

balik rumah pengsan sebab pening...

balik rumah pengsan sebab pening...

Tagged with: ,

Kisah Surprise Bday Party

Posted in Life by vien88 on January 23, 2009
Birthday Girl kat tengah2

Birthday Girl kat tengah2

21 Januari blah petang, tiramtiram terang-terangan bisik kat aku dan fatin “esok bday Noora!”. Time tengah dengar lecture Mechanics, aku puas pikir apa nak buat esok. Malam tu aku hantar prosedur aku kepada tiram dan fatin melalui YM.

mula2 plan nak buat kul 4, tapi rasanye tak sempat, so kita amik keputusan buat lepas kelas habis kul 6.30 pm. Ada 3 plan, cos just in case balak birthday girl rembat dia dulu sebelum kita sempat sambut dengan kehadirannya.

23 Januari, lepas kelas matematik yang boring tu… kami bertiga pergi ke Mid Valley. Syed dan Linda terlibat sekali dalam plan ni, tapi diorang ada tugas sendiri. Sebelum kita meneroka Mid untuk mencari kek, kami makan di Domino’s Pizza. Sebab Fatin mmg suka Dominos~ Makan punya makan, rasa kenyang dan tak larat nak bangun. Keju nye pasal la niiii…tapi kita kena teruskan usaha mencari kek untuk kawan kami.

Kita dah usha kat La Boheme sebelum lunch (kul 11 lol), pastu tengok kat Bread Talk…last2 usha Secret Recipe. Kek SR mmg takyah citer la…mahal siot. tapi aku saje nak tengok, nasib baik takde yang menarik. Before that kita puas memilih kad b’day kat Memory Lane. In the end, kami beli kek chocolate yang ada strawberry kat atasnye. Lagipun…aku memang suka stroberi >///>

sambung cerita, tiram dan fatin gi cari makanan tambahan, lama lak diorang dok cari. Aku tunggu luar kena jaga kek. Pastu dah tengah tak sabar, aku mesej diorang suh cepat. Diorang balas dah nak bayar dah…later aku dapat tau bila diorang baca mesej aku tu baru nak rembat jajan. Cis korang ni… >_>

Anyways, terpaksa cepat sebab aku kena balik ke kolej jaga Cyber Dayasari. Balik terpaksa la amik teksi, dan aku terpaksa la tulis ucapan atas kad dalam teksi. Tulisan dah buruk, nak lukis2 pun tak sempat. Then…Aku saje je mesej Noora, siap tanye nak makan dinner kat kolej ke tak. Dia kata “Tak, aku teman linda kua”. kehkehkeh, cayalah Linda. Kuasa ko memang hebat, dengan cara ni kita leh elakkan plan terbatal hanya sebab boyfren Noora. Lagi satu arahan aku dapat, make sure kita solat selepas kelas supaya rakan2 kita yang lain leh siapkan kek etc.

Petang tu aku cakap kat Noora nak pergi ke fakulti pukul 4.30 (kelas pukul 5). Selalunya aku pergi lebih awal, tapi kali ni sengaja lambat2 kan. Nasib baik dia nak gi kedai fotostat dulu…baru kita kuar dari kawasan kolej. Aku cakap, “jom jalan”, kononnye malas nak tunggu bas…bila jalan kita mengambil masa dalam 20 minit. Tetiba..ADA BAS!! SIOT! Aku terpaksa act normal bila ikot Noora naik bas. Puas aku mesej fatin dengan panik, tatau camne nak lag dia. Kalau sempat sampai, leh solat sebelum kelas. Jahat gila aku nak lambat2 kan solat orang… dalam bas aku diam je, sambil fikir nak buat apa supaya kita tak sempat nak solat dulu. Tapi kalo dah terpaksa, terpaksa lah.

Sesampai je ke bus stop belakang library, on the way ke fakulti, aku baru teringat ada Karnival Sains kat situ! Yes! ada chance lagi! so aku cakap, “weh jom usha Karnival ni”. Dia pun ok je, tak protest2. Phew… lega gak. Tapi cam tak banyak pameran, mula2 tengok jenis2 batu kat meja Jabatan Geologi. Pastu nampak cam tak banyak benda nak tengok, aku hampir putus harapan…until we came to the last booth…Jabatan Fizik punya. Nampak cam tak interesting, tapi senior tu sungguh2 explain kita pasal rekacipta bateri guna electrolyte ni. Mengambil masa dalam 10 minit kot? Sesudah je senior tu habis present, kami pun say tenkiu and teruskan ke kelas. Dandan dah kul 5.

wargh…fatin jaga2 la sikit volume suara D:. Ko jgn la cakap “dia dah tau lum?” time nak sorokkan kad tuh! Kalau dia dah taw aku dah mesej larrr…. And lucky us, kelas habis awal. Pukul 6.. lepas cakap “babai” kat tiram ngan fatin (plastic gile muka diorang), aku, Noora dan Linda pergi surau. Agak kecewa gak la sebab Linda kononnya nak pergi ke Masjid Jamek jumpa kakak dia, pastu dapat taw boyfren Noora dah tunggu kat KL Central. Ah sibok!

Tapi kami teruskan plan…oleh sebab Noora dan Linda best fren, Noora dah cakap pasal ‘birthday present’ yang dia dapat malam tu. Pastu aku buat2 la baru taw bday dia “oh hari ni bday ko ke?? Kalau aku tau awal2, aku dah serang dah bilik ko malam tadi!”. Wuahaha…ni nak convince dia lagi yang takde pape akan berlaku lepas ni. Sambil kami membazir masa di sini, Syed pergi amik kek yang dia tumpang kat kolej ketujuh.

Lepas solat, kami proceed ke kafeteria fak sains (yang tak pasal2 close down tu, len kali aku citer pasal ni). Eh eh, kawan2 fizik kita masih ada kat situ? Kenapa ek? Siap ada 3 extra lagi (Sofwah, Ashwin dan Shannon). Aku pun cakap “weh apsal tak balik lagi ni?”, aku ke meja diorang dulu. Diorang tak kata pape, tapi cuma lindung kek je. Sesampai je Noora, terkezut gile muka dia bila nampak kek tu.

Syed not here..??

Syed not here..?? dia pegang kamera... (oleh sbb ada supernatural stuff berlaku...muka aku jadi blur kakaka!)

Dia siap kata “Kenapa masa 21 tahun baru dapat birthday yang special?” lol. Aku rasa terharu gak lak la bila dia cakap camtu, sebab aku yang bagi idea…well, dengan kerjasama kengkawan yang lain plan surprise kita berjaya! THANKS! In the end, Linda told her the truth…sebenarnye dia bukan nak pergi jumpa kakak dia pon hwahahah! Kesian dia kena tipu… (kesian bf dia kena lama tunggu, sape suh sampai awal kat KL Central tu). Lepas tu aku pulak bagitau aku nye tugas dalam melaksanakan rancangan ni ahahaha. Then bagi kad birthday.

Alhamdulillah semuanye berlaku dengan lancar. Pastu kami bual2, pasal kafeteria tutup tu…like i sed, len kali aku citer. Cuma kek tu ntah kenapa tak stabil molekulnye, bila potong jadi cam hancur. Maybe ada wavelength tangan budak fizik yang menyebabkan zarah berpecah camtu (lol aplikasi Electromagnetism!). Apa2 pun, still boleh makan. Apa beza, masuk perut pon hancur gak. Kek sedap, rugi kecik. XD

Pastu petang tu balik agak lambat. Tunggu bas lama gila…bila sampai kolej dah hujan lebat. Aku lak kena tolong bawak balik kad Noora (Noora pegi dating, as usual), aku sedaya upaya elakkan kad tu daripada terkena air…

End of story… :3

Tagged with:

Henfon aku dah Nazak?

Posted in Life by vien88 on January 23, 2009

Sebenarnye aku nak letak post yang ceria sikit, tapi oleh sebab telefon bimbit aku buat hal, tetiba rasa nak tulis pasal henfon lak.

hiasan semata2

hiasan semata2

Sejak akhir2 ni motorola L6 aku suka pengsan, pastu bangun balik…pastu pengsan, bangun balik. Selalu berlaku time unexpected. Lagi2 kalo nak hantar mesej yang penting, mula la dia buat hal. Aku naik geram, rasa cam nak campak atas lantai. Tapi kalo rosak habis langsung takleh nak siap keje. Terpaksa tolerate dengan kerenah budak ni.

Sejak 2-3 hari lalu L6 akin menggedik. Sikit2 suruh “CHECK SIM”, padahal sim dah memang ada dalam fon tu. Geram siot… aku terpaksa off-kan pastu on balik. Then masa alarm bunyi pagi tadi, tekanlah snooze, tak pasal2 henfon buat rutin off-on nye, jadi alarm snooze pon dah kensel. Patutla kekerapan dengar snooze pagi tadi berkurangan. Nasib baik bangun dan sempat solat subuh.

Yang buat aku rasa nak tulis ni ialah bila aku nak bluetooth gambar ke laptop, tetiba kata “service not supported” lak! Waaa ketensenan! Aku nak fon baru…tak kisah la model apa, asalkan murah, boleh pakai SMS, MMS dan amik gambar. Mp3 tu takyah la, aku dah ada MP3 Video Player. Tapi mak tak bagi belil fon baru, suruh cek bateri je. Entah2 bateri dah luput, so nak tukar yang baru. Aku tak kisah sangat pasal dapat henfon baru ke tak, takde masa aku nak poyo nunjuk2 orang fon baru (malas la nak layan orang yg jakun). Bila fikirkan aku bakal nak punyai fon baru pon, aku tak rasa excited sangat. Atau aku pendam gak perasaan tu..? Ah… yang aku concern skrg ni ialah nak contact para ajk projek. So aku perlukan fon untuk saling kontek mengontek…dan bukan tujuan nak berlagak kat orang.

Ahwaha…jgn terasa lak. So…misalnye aku ada fon baru, jangan mengada nak belek2. Bukan tujuan nak menyombong, but personally, aku tak brapa suka. Kang aku beli yang second hand cikai2 punye baru taw, takde sape mau tengok. XD

Tagged with: ,

Macam-macam Hal

Posted in Life by vien88 on January 22, 2009

hari tu…Ookami Senpai bagi aku lagu2 Abingdon Boys School. Sangat best! Arigato Senpai! rasa nak beli terus album diorang…<3

O_O   pakai skirt kah?? 33

O_O pakai skirt kah?? <33

Rasa cam dah lama tak post. Busy memanjang… Dah lama nak tulis about random stuff, tapi baik aku compile kan sume benda dlm satu entry.

Hal Politik UM

Aku dah bertenang sikit daripada post lalu, tapi asal sebut pilihanraya kampus je aku takde mood nak dengar. Ignorant satu, tapi dah experience benda camni lagi buat aku rasa nyampah. Aku tak tau la…kenapa aku ni ignorant sangat pasal hal dunia, negara dan kampus. Aku rasa risau pasal hidup sendiri, studies dan family sendiri dah cukup tension… kalau tambah lagi dengan hal yang takde berkaitan dengan aku lagi la… so anyways, Pro-M menang. Good luck guys, I look forward to your perjuangan.

Hal Projek Kolej

Ini ada beberapa hal pasal projek kolej yang buat aku rasa bengang. Sem ni aku terlibat dalam malam anugerah kolej kediaman , jadi Pembantu Pengarah Publisiti…kerja nye promote2 pasal dinner ni la.Dulu aku setakat AJK je, sekarang naik pangkat. Aku nak letak jawatan, tapi belum sempat aku nak cakap tetiba dah kena panggil. Bila baca gerak kerja cam interesting la nak buat. Tapi kesunutukan masa…ada masa dalam sebulan je nak buat kerja. Oleh itu kena ada banyak kakitangan, dan kena selalu buat mesyuarat dengan orang bawahan. TETAPI, orang bawahan aku busy sangat sampai susah nak buat meeting dan bekerjasama betul2. Meeting semalam pun beberapa kerat je yang datang, yang lain pergi konsert apatah… AJK bukan main ramai, tapi availability susah nak ada. Cis, kalau dah tau banyak sangat kerja, yang gatal sangat masuk projek ni buat pe? Last2 aku gak yang kena sound…baik aku gerak ikut rentak sendiri je. Takat ni aku stres pasal tu je. Aku dah tak yakin dengan tanggungjawab ni serta daya kepimpinan aku… suatu hari nanti aku akan meletup, dan mungkin chase away AJK aku. Tak mauuu tak mauuu T_T

Anyways…ni blog nye; Malam Penghargaan Dayasari 2008/2009. Aku bakal jadi co-editor…sebab…dah lama tak update.

Satu lagu projek, kerja nye lagi relax. Sebab dok kat dalam CyberCafe main internet…sambil study kalau sempat. (aku cukup syarat bawak buku je…layan blog sudehh XD ). TETAPI ada lagi hal yang aku bengang… PUNCTUALITY! Bukan takat AJK ke yang tak menepati masa, staff yang pegang kunci pun sesuka hati datang lambat. Orang yang nak pakai computer lama tunggu… Malu siot. Walaupun aku datang awal gilababas, tapi CC tak bukak…malu la. Macam kita tunjuk orang kita buat kerja tak btol je. Bak kata orang… “Janji Melayu”. Entah2 aku ni bukan Melayu…org kata aku ni mix la, bugis la etc…elok la…aku tak dikategori dlm golongan “Janji Melayu”. Ye, aku pantang sikit bab menepati masa ni…

Satu lagi National Blood DOnation…tataw apa update lah. Lantak la…aku fill in the blank je.

Hal Study

Jadual sem ni packed. Tapi subjek makin interesting. Masalahnye masa yg sepatutnya study sering disalahgunakan (contohnye…digunakan untuk menulis blog!). Aku still agak lembap bab beri perhatian dan cepat tangkap… anyways…subjek…Aku nak senaraikan…

1. Electric and Magnetism – Aku sangka lecturer ni membosankan dan garang…tapi first impression aku dalam kelas, dia sangat baik. Dia explain sungguh2 pasal Electromagnet, dan buat lecture tu semakin interesting. Letih tengok equation, tapi bila dia story pasal konsep dan aplikasi makin tertarik aku nak belajar. Aku jatuh cinta dengan fizik semula ❤

2. Quantum Mechanic – Ah…wavefunction dan penyelesaian yang panjang gile. Lecturer ajar dengan kadar ekspres, nak faham time tu jugak sambil menyalin nota sambil mendengar kata2 nye memang suatu cabaran. Agak slow la dalam kelas ni…dah ler tak sempat nak study. Aku tidur awal sangat, sebelum tidur main internet kekeke. Time nak study pun masa gap besar hari selasa dan khamis je.

3. Instrumentation – Kejadah?? KAdang2 aku hilang arah apa motif belajar pasal ni…maybe fokus kat…radas2 yang digunakan dalam eksperimen. The errors, the effect blablabla…NOISE. Yeah we learn about ‘noise’. Scratch that, apa2 pon…lecturer tu sangat  kakkoi. He’s old but still have a tough body…and he’s cool. The way he twist the marker pen in his fingers and the way he uses his handphone is..COOL. Somehow reminds me of Old Snake (MGS4) and Auron (FFX).

4. Microprocessor – it’s the “WTF?” class. Programming siot. Like hell we understand machine language. Kelas 3 jam, but we waste our time wondering the sh1t out of the instruction. Kalau aku sorang je buat memang tak gerak langsung la. Nasib baik ramai member, and kami ‘bincang’ sama2. Lab ni agak relax, tapi walaupun eksperimen berjaya…kita taktau apa kejadah motif kita buat bendalah ni…lol

5. Mechanics – QM pasal particles, benda yg kecil. Mechanic ni pulak lebih kepada classical theory of motion, energy, force dan momentum. LEcturer pon best, tapi kelas petang sangat, kami susah nak fokus betul2. This subject too made me fall in love with Physics once again. Siap bagi contoh application, how it Physics theory relates to SPORTS. Check out Magnus Effect –> SPIN BALL! Memang cantik…Fizik memang cantekkk…

The Magnus Effect

The Magnus Effect

6. Basic Mathematical Methods – Aku repair subjek ni…sebab tukar lecturer, yang agak naik sikit. Tapi, sorilah fatin, agak boring cara presentation dia. Aku rindu Prof Ithnin, walaupun dia menggerunkan, tapi dia ada style yg buat kita cuak dan lebih rajin lol (rajin copy). First class, kurang mencabar. Tah kenapa ahaha. Basic sangat kot..? cheh mentang2 dah lepas Kaedah MAtematik tahap 2.

7. Statistical Physics – Yang ni pun pasal atom2 tu…kena study balik all those Dirichlet dan Lagrange punye equation yang memeningkan dan menyeksa kepala otak. Kelas ni pun aku ada masalah nak sempat tulis nota…selalu laju je aku tulis. Makin merosot tangan ninja ku…camane nak cepat, aku nak dengar gak apa kata2 guru.

Hal member

Manusia ada macam2 jenis, macam2 ragam. Kadang2 perkara kecik pun boleh jadi perkara besar, kadang2 kita tak sedar apa kita cakap boleh menyinggung perasaan orang lain. Kadang2 ada istilah yang kita pakai, mungkin normal bagi kita dan environment kita, tapi bagi orang lain, benda ianye offensive. So…macam mana kita nak elakkan berlakunye konflik dan salah faham ni? Kadang2 dah lama jadi member pun kita tak tau perasaan dan reaksi dia camane. Kena jaga hati la etc… Kalau aku baru kenal seseorang aku tak tunjuk sangat diri sebenar aku…mungkin tu sebabnye aku disangka ‘mysterious’ atau lebih teruk lagi ‘membosankan’. Kalau dah biasa dgn orang baru leh tunjuk belang… tapi kalau dah tunjuk belang sangat pun boleh buat orang tak suka kita.

That aside, aku rasa…kat dunia UM ni coursemates aku la yang best. Aku harap takde masalah antara kitorang, moga persahabatan kekal selamanye (maybe sebab kat kolej kediaman..aku rasa aku takde sesaper kot? lol). Dan aku harap kalo aku minta tolong pape aku tak nyusahkan sape2. well, aku tak expect sangat jadi member terbaik, nor do I expect my coursemates to be the best friends forever. Namun aku tak mengharap sangat, just go with the flow lah. Aku ok jadi lone ranger, tp skali skala lepak la dgn kengkawan… kat Domino’s kekekek~

***

Post ni agak mendatar. Cam suara aku. kahahah… petang ni ada parti. Nak ready2~