Poet of Fall

Cerita Sedih 20/3/2009 Part II

Posted in Uncategorized by vien88 on March 21, 2009

20 Mac 2009;

malam tu tamatlah acara Drama Pentas bahagian 2, yang diakhiri oleh drama pentas ala 60-am oleh kolej kesembilan… yang agak bosan dan tipikal. Sebelum tu kolej kedua, yang main drama emo2, menggunakan kerusi sebagai simbolism. Cool, but mesej tak sampai. Drama pentas dimulakan dengan Raja Kap Sungai, oleh kolej kelima. Walaupun agak kebudak-budakan, tapi drama tu paling best pada malam tu. At least perhatian tak lari ke tempat lain, tapi cousin aku kaco lak dengan panggilan telepon.

Aku rekod drama tu guna handicam. Yang slack nye aku nye suara ckp kat tepon mesti ter-rekod skalik. D: Dah ler rekod tak profesional.

Zu citer kat aku ada barang kecilnye terjatuh dalam longkang. Dengan harapan benda tu tak hanyut oleh air hujan dia nak capai benda tu kalau sempat. Sehabisnye acara drama pentas, kami jalan di sidewalk opposite Dewan Tunku Chancellor, depan Bangunan Peperiksaan. Cabaran pertama; Guna spotlight handicam aku, kami mengintai di antara lobang2 besi yang tutup longkang tu kalo ada tak accessory henfon pemberian cik yam tuh.

Nasib baik kering lagi longkang tu… dan Alhamdulillah kami jumpa. Namun cabaran tidak berakhir di situ. Kena pulak fikir bagaimana nak retrieve that item. Zu jumpa kayu panjang, tapi still tak cukup panjang. Kalo ye pon takde benda yang bole buat benda tu stick kat kayu (ala kartun la) seperti chewing gum.

Dan kami mengambil keputusan untuk menangkat besi yang berat tu. Cabaran seterusnya (yang kedua), sebab kekuatan masing2 tak sama kuat, jadi ada masalah sikit nak angkat. Sampai sakit2 belakang. Rasa cam seluar nak terkoyak pon ada. Cabaran ketiga ialah yang paling mencabar, iaitu menahan malu depan saksi2 yang lalu dalam sekelip mata di atas jalan sehala tu.

Seolah2 langit menghina kami, turunlah titisan air sedikit demi sedikit. Cabaran keempat; hujan renyai. Dengan initiatif yang tinggi, kami berjaya buka lubang tu 2/3. Oleh sebab Zu yang lebih kurus, dan rasa tanggungjawab terhadap item tu, dia pon nak turun masuk dalam dan ambil. Tapi cabaran ketiga masih berjalan… kalau la dapat hentikan masa. Takde la rasa malu kita berdua. Zu siap sengih2, posing2 kat longkang tu nak tahan malu. Aku tunjuk belakang aku kat tempat laluan saksi nak sorok muka, siap pegang handicam.

Cuba ko bayangkan ko dalam kereta, lalu kat depan DTC tu pastu nampak 2 orang pompuan kat tepi jalan, sorang badan separuh dalam longkang, sorang lagi tengah pegang video camera seolah2 tengah buat penggambaran. Mereka balik ke tempat kediaman mesti automatik citer kat kawan/roommate/awek tentang apa yang diorang nampak. WARGH! moga mereka tak sempat cam muka kita!

Cabaran keempat semakin meningkat level nya. Hujan semakin lebat, “cepat la amik!! hujan dah ni!!”. Segala keayuan dikorbankan time tu, akhirnya berjaya mengambil semula aksesori tu. Lantas kami berlari2 ke arah teduh dalam hujan yang tak beberapa nak heavy sangat tu.

Tahniah Zu, demi pemberian kawan yang berharga bagumu, kau sanggup gadai maruah. Rasa malu pihak aku lak aku tak hiraukan sangat… aku just puas hati dapat tolong member. (rasa cam watak manga lak. boley buat komik seh)

Malam tu lepak kat 4th. Esmat nak tengok drama kat vid cam aku tapi habis bateri?!??! Spotlight gune byk sgt power kot…

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. ida said, on March 29, 2009 at 11:52 am

    tak leh blah ayat =) anyway, thanx dear sebab sudi temankan i malam itu walaupun kita terpaksa menahan malu yg amat sangat, ahaks! thanx sangat2 k =) u r the best!

  2. rasydan said, on May 2, 2009 at 11:40 am

    anda di tag.. sila lihat blog saya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: