Poet of Fall

Cerita sedih 20/3/2009 part I

Posted in Life by vien88 on March 20, 2009

Salah satu pepatah infamous alter-ego aku… “Apa itu kawan…?” (sepertimana aku persoalkan istilah ‘cinta’)

Sebenarnya aku pernah persoalkan maksud disebalik perkataan tu… masa tu zaman aku emo lagi. Aku dah lama dan berusaha keras mengetepikan fikiran negatif. Tapi setiap kali ‘darkside’ aku bangun, mesti sekali sekala tertimbul soalan tu lagi. Dan tadi…tadi kan… dia bangun…

Ada kawan… pentingkan pelajaran…

Ada kawan yang pentingkan cinta…

Ada kawan yang pentingkan family…

Ada kawan yang pentingkan kerja…

Ada kawan yang ikut kehendak dan fikiran kawan…

Ada kawan yang tak macam kawan…atau berlakon jadi kawan.

Ada kawan yang betul2 mengharap…

….

Alkisah seorang kawan yang hari jumaat sepatutnya join dalam diskusi projek untuk 2nd year, namun dapat pula khabar yang keluarga nya ingin ke KL pada hari itu bersama adiknya yang dah lama terperangkap kat MRSM tuh. So dia korbankan masa buat projek tu dengan masa untuk spend time dgn keluarga. Dia rasa serba salah sikit biar diorang camtu je, tapi tugas utama dia ialah buat comic…. kan?

Enuff third person view… Beberapa hari lepas dah plan nak tengok kawan2 se-jurusan dengan kita nak tengok diorang berlakon dalam drama pentas dalam ni. Puas aku promote sepanjang minggu =D. Puas aku convince. Dan puas hatiku mereka setuju nak tengok kawan2 kita perform.

Pada hari waktu siang sebelum drama itu, darkside seolah2 mengigau dan berkata… mesti tak jadik punya malam ni. Tapi tak kira, aku dah lama excited nak tengok drama. Aku fikir positif dan dapat bayangkan camane kita ramai2 sokong ikhwan dan rodi berlakon. Hati lagi gembira bila Cik Yam tanya aku jadi pergi ke tak sebab orang lain pon nak pergi sekali. Harapan tinggi siot… tak tipu.

Aku ingat nak balik petang sikit…sempat lagi join diorang. Diorang siap call lagi “tak paksa” etc etc… tapi masalahnye ayah aku kena pergi ofis. Habis pukul 6. So terpaksa la balik lewat drp Time Square (kebahagiaan melanda di jiwa masa shopping di situ). Sebelum balik, mak aku dah lama nak try makan sandwich Subway. Maka kami ke situ untuk tapau sandwich, dan aku tidak lupa nak beli soft cookie yang enak belaka.

“Tunggu kejap!” aku cakap kat akak kaunter tu, “Aku nak bilang berapa banyak nak beli dahulu”

Satu…dua… tiga… estimate 7 orang termasuk aku malam ni. Tapi aku beli extra just in case ada extra member. Aku dah melambatkan pergerakan baris semata2 untuk mengira berapa banyak biskut nak beli, dan dengan riang ria aku purchase 8 keping nak bagi kawan2.

Sambil2 mesej dengan Zu, didapati bilangan ahli kumpulan yang dikatakan nak menyaksikan drama pentas malam ni berkurang. Sampailah ke bilik Zu, (waa lama tak jumpe dia) tolak lagi sorang. In the end, 3 orang je yang pergi. Mak aih… Allah je yang taw… keperitan di lubuk hati time tu. Argh…dah ler AJK pon slalu 1/3 je datang… ni kena cam deja vu lak. Agaknye aku ditakdirkan dapat peristiwa begini kot sentiasa? Balik Batu Pahat pon nak jumpa geng kita 4 orang tengok SORANG je datang. SAH, takdir aku begini. Tapi Zu cakap.. “takpelah, at least Yam ada”.

Heh…apalah nasib… biskut tersorok dalam beg dengan tujuan nak surprise orang. It’s pathetic… my plan tu surprise people is kinda wasted. But cik Yam kata…takpela, dia makan utk orang lain. LOL. At least kita leh enjoy makan biskut lebih kan.

Masalahnye sekarang… bukan skali je janji termungkir. OK.. janji Melayu pon dah cukup untuk buat aku dendam…apatah lagi ‘janji mungkir’. Lagi2 kalo mula2 ye ye excited nak lepak sama2, tetiba menjelang hari temujanji…takde mood la, busy la, study la, dating la, malas la… adoi… aku sedar… orang yang ajak lepak ni bukan kawan baik, bukan kawan sejati korang. Tapi…entahla… kalo aku nak tetiba kensel plan ni… aku rasa serba salah la. Kadang2 kalo aku takde mood pon, aku still teman kawan keluar kalo dia takde orang teman. Walopun tujuan dia kuar takde kaitan dengan aku… cuba bayangkan… dah semangat gila buat janji (walopun tak sebut dengan mulut), tetiba lalalala tak jadi pergi laaa~

…aku tau…betapa sakitnya… kalo kita minta orang teman, tapi di-reject. Tu pasal… most of the time… aku lebih suka pergi sini sana seorang diri. Tak nyusahkan orang… tak libatkan orang lain dalam perkara yang takde kaitan dengan diorang. Kalo nak ikut, silakan. Kalo taknak ok la. Aku nak ajak orang teman pon aku fikir tiga empat kali… sebab aku takot risiko the “no” answer, plan cancel… rasa malu… rasa sedih… rasa marah kat orang tu. Bila orang suruh aku teman, aku tak nafikan aku malas nak ikot kalo takde kaitan… tapi aku fikir perasaan dia kalo kena susah2 cari orang lain untuk teman (aku taw sebab aku pon mengalami benda tu). Fikir perasaan dia kalo kata “sorry, i can’t”. In the end… aku teman… because aku tak nak dia kongsi nasib yang sama dengan aku. Kadang2 tak ajak teman pon aku ikut je.

Hmm aku leh terima ni sebagai karma. Atau qada’ dan qadar… maybe sebab aku dah beberapa kali absent kat meeting mana2 ke. K fine… tapi nasib baik ada Cik Yam dengan Zu (TIKET FREE!!!). Fun gak sendiri2 menge-spoil babak sedih drama lain. Kalo ramai2 pon bukan dapat resonance together pon.. mesti terpisah 2-3 puak, yang buat lawak/bincang sama sendiri.

Either orang lain yang agak selfish memikirkan tentang perasaan orang lain, atau aku sendiri yang macam tu. Maybe aku sendiri yang mengharap sangat? Argh… letih aku. Kenapa aku mesti ada perasaan tu…Maybe ada hikmahnye darkside aku separuh jaga. Tak trust orang… tak yakin kat orang… aku nak…diri ku yang dulu.

Sifat waspada tu penting…supaya aku tak sakiti diri sendiri.

nyaaa…

aku emo kejap. Takyah la nak sorry sorry makan lori dgn rayu2. Aku malas la nak layan. Aku terima je ujian ni… Buat kechik dan rodi, thanks for the entertaining drama. aku konfem nak pakai Tshirt korang😄

next cerita sedih…ada lawak sikit lol.

Tagged with: ,

7 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. RODI said, on March 20, 2009 at 11:01 pm

    Erk?
    x sangka plak kO bersusah payah ajak kawan2 kiter tngOk drama
    thANKs vieN..
    hope korunk enjoy sal story semalam..

  2. tiramtiram said, on March 21, 2009 at 2:45 am

    dah lamer aku tak komen kt entry ko eek
    aku ingat aku ada ckp “insyaAllah” masa kita bincang tuuuh
    pada 20 mac smlm, kapten aku ckp ada latihan gym. but last minute dier bgtau aku latihan gym next week and hari tu ada latihan masum kul 730pm ~ 10++pm di 12th.
    even aku tak ada latihan masum but aku ada meeting mlm tuh aku, aku setiausaha.
    aku ingat lepah training ley gi meeting tup tup meeting dah habis.

    aku pn tersepit antara drama,meeting dan latihan.apa aku nk wat?kalu ko kat tmpat aku apa ko nk wat??
    tapi aku mmg ingat yg aku ckp tak konfem lagi.
    aku mmg teringin nk tgk budak2 secourse kita berlakon
    tapi aku terikat dgn komitmen sebagai setiausaha,player,dan kawan

    disebabkan i entry ko ckp ‘tak yah la nk sorry berlori-lori”??
    aku cuma nk menerangkan keadaan aku
    bg pihak kwn2,but if before this ko rasa terpaksa keluar ngan kitaorg even ko takde mood, maaflah.

    seeloknya ko ckp “tidak” if ko tak nk.maaf jika kami memaksa kau wat sumting yg ko tak nak wat.maaf jika kami tak mengambil kira perasaan ko apabila kami lambat a.k.a tak punctual.maafkan kami.

    maaf jika kami wat ko marah.
    tapi bg aku, itulah asam garam berkwn.
    kami mungkin bkn kwn yg baik bagi ko.
    even kami tak mungkin jadik kwn yg baik utk ko, apa yg kami ley wat ialah menjaga perhubungan ini agar ia berkekalan.
    mari kita bina kisah klasik utk masa depan.

    sekian.

    • vien88 said, on March 21, 2009 at 6:14 am

      tu la aku cakap..maybe aku sendiri yang selfish…tak fikir keadaan orang lain.
      I shud understand the situation…aku pon ada tanggungjawab lain. So salah aku gak la yg meng-expect sangat…
      Dah kata takyah nak sori2 ni… aku ada mood ke takde mood, aku balun je teman orang sini sana. Bukan paksa diri… tapi aku memang di-program camtu.

      aku tak fikir sangat masa tengah tgk drama tu… bila balik kolej tetiba je otak aktif fikir benda2 berat. Rasa cam ada something yg gelak sinis kat aku lak…

  3. f-one-r said, on March 21, 2009 at 5:19 am

    kdg2 aku bile bace komik.. slalunyer one piece lar.. mesti diorang citer psl persahabatan yg kuat.. jarang aku bace komik kalo janji ade org yg tak dtg psl malas atau ape.. serious case lain citer lar..

    kekadang aku jeles tgk org dlm komik.. diorang ader kwn yg sanggup mati psl taknak hilang kawan..

    tapi kalo kite di hidup sbnar nih.. kawan makan kawan sampai kite sendiri pun pikir “kalo takder kawan pun takper..”

    jadi komik itu memberi impian yerw kwn2.. huhuhuhu..

    • vien88 said, on March 21, 2009 at 5:32 am

      tau takpe kan…
      agaknye tu pasal aku suke gila cari escapism dalam komik dan anime. Sebab IRL takkan berlaku kan… sebenarnye aku nak add aku amik iktibar dari anime/manga/video game tentang friendship2 ni. Lupe lak lol.
      But yes… daripada iktibar ni… well, aku cam..tau la serba sedikit camane nak appreciate seorang kawan..atau sekumpulan… tak kira la kawan tu jahat ke, kawan baik ke, kawan biasa2 ke… just balun je la. u don’t know who can actually help you one day…

  4. fatin said, on March 21, 2009 at 7:22 am

    w/pun ko ckp ‘tak yah la nk sorry berlori-lori’,
    tp aku still kne trgkn kt ko gk nk elak ko slh phm

    smlm aku mmg pk nk g,dh minx bpk aku jmpt mlm sbb nk join korg tgk drama
    tp ttibe bpk aku leh ckp kitorg kne blek kg mlm tu
    aku nk wt cmne?
    prlu ke aku minx fmily aku xyh blek kg sbb aku nk tgk drama??
    fmily aku xkn blek kg kalo aku dok sorg2 kt umah
    kalo aku still nk tgk drama tu aku r yg dikire selfish
    aku dh bgtau kt diorg aku x jd g

    aku arap ko jgn pk -ve dlu sblm ko tau ape alasn sseorg tu
    kite kne considr gk situasi org tu

    • vien88 said, on March 21, 2009 at 7:28 am

      tah ler… maybe cos aku datang2 je aku taktau apa sebab korang tak pi.
      memang aku taktau apa2 malam tu… takde sape gtau pon. tu yang bengang sikit. tu yang pikir negatif. tak gtau akua awal2, tu yang salah faham. KAlo aku taw awal2 aku takde la emo sangat kot?

      Tapi masalahnye bukan malam tu je… sebelum2 ni pon ada gak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: