Poet of Fall

Cerita sedih 20/3/2009 part I

Posted in Life by vien88 on March 20, 2009

Salah satu pepatah infamous alter-ego aku… “Apa itu kawan…?” (sepertimana aku persoalkan istilah ‘cinta’)

Sebenarnya aku pernah persoalkan maksud disebalik perkataan tu… masa tu zaman aku emo lagi. Aku dah lama dan berusaha keras mengetepikan fikiran negatif. Tapi setiap kali ‘darkside’ aku bangun, mesti sekali sekala tertimbul soalan tu lagi. Dan tadi…tadi kan… dia bangun…

Ada kawan… pentingkan pelajaran…

Ada kawan yang pentingkan cinta…

Ada kawan yang pentingkan family…

Ada kawan yang pentingkan kerja…

Ada kawan yang ikut kehendak dan fikiran kawan…

Ada kawan yang tak macam kawan…atau berlakon jadi kawan.

Ada kawan yang betul2 mengharap…

….

Alkisah seorang kawan yang hari jumaat sepatutnya join dalam diskusi projek untuk 2nd year, namun dapat pula khabar yang keluarga nya ingin ke KL pada hari itu bersama adiknya yang dah lama terperangkap kat MRSM tuh. So dia korbankan masa buat projek tu dengan masa untuk spend time dgn keluarga. Dia rasa serba salah sikit biar diorang camtu je, tapi tugas utama dia ialah buat comic…. kan?

Enuff third person view… Beberapa hari lepas dah plan nak tengok kawan2 se-jurusan dengan kita nak tengok diorang berlakon dalam drama pentas dalam ni. Puas aku promote sepanjang minggu =D. Puas aku convince. Dan puas hatiku mereka setuju nak tengok kawan2 kita perform.

Pada hari waktu siang sebelum drama itu, darkside seolah2 mengigau dan berkata… mesti tak jadik punya malam ni. Tapi tak kira, aku dah lama excited nak tengok drama. Aku fikir positif dan dapat bayangkan camane kita ramai2 sokong ikhwan dan rodi berlakon. Hati lagi gembira bila Cik Yam tanya aku jadi pergi ke tak sebab orang lain pon nak pergi sekali. Harapan tinggi siot… tak tipu.

Aku ingat nak balik petang sikit…sempat lagi join diorang. Diorang siap call lagi “tak paksa” etc etc… tapi masalahnye ayah aku kena pergi ofis. Habis pukul 6. So terpaksa la balik lewat drp Time Square (kebahagiaan melanda di jiwa masa shopping di situ). Sebelum balik, mak aku dah lama nak try makan sandwich Subway. Maka kami ke situ untuk tapau sandwich, dan aku tidak lupa nak beli soft cookie yang enak belaka.

“Tunggu kejap!” aku cakap kat akak kaunter tu, “Aku nak bilang berapa banyak nak beli dahulu”

Satu…dua… tiga… estimate 7 orang termasuk aku malam ni. Tapi aku beli extra just in case ada extra member. Aku dah melambatkan pergerakan baris semata2 untuk mengira berapa banyak biskut nak beli, dan dengan riang ria aku purchase 8 keping nak bagi kawan2.

Sambil2 mesej dengan Zu, didapati bilangan ahli kumpulan yang dikatakan nak menyaksikan drama pentas malam ni berkurang. Sampailah ke bilik Zu, (waa lama tak jumpe dia) tolak lagi sorang. In the end, 3 orang je yang pergi. Mak aih… Allah je yang taw… keperitan di lubuk hati time tu. Argh…dah ler AJK pon slalu 1/3 je datang… ni kena cam deja vu lak. Agaknye aku ditakdirkan dapat peristiwa begini kot sentiasa? Balik Batu Pahat pon nak jumpa geng kita 4 orang tengok SORANG je datang. SAH, takdir aku begini. Tapi Zu cakap.. “takpelah, at least Yam ada”.

Heh…apalah nasib… biskut tersorok dalam beg dengan tujuan nak surprise orang. It’s pathetic… my plan tu surprise people is kinda wasted. But cik Yam kata…takpela, dia makan utk orang lain. LOL. At least kita leh enjoy makan biskut lebih kan.

Masalahnye sekarang… bukan skali je janji termungkir. OK.. janji Melayu pon dah cukup untuk buat aku dendam…apatah lagi ‘janji mungkir’. Lagi2 kalo mula2 ye ye excited nak lepak sama2, tetiba menjelang hari temujanji…takde mood la, busy la, study la, dating la, malas la… adoi… aku sedar… orang yang ajak lepak ni bukan kawan baik, bukan kawan sejati korang. Tapi…entahla… kalo aku nak tetiba kensel plan ni… aku rasa serba salah la. Kadang2 kalo aku takde mood pon, aku still teman kawan keluar kalo dia takde orang teman. Walopun tujuan dia kuar takde kaitan dengan aku… cuba bayangkan… dah semangat gila buat janji (walopun tak sebut dengan mulut), tetiba lalalala tak jadi pergi laaa~

…aku tau…betapa sakitnya… kalo kita minta orang teman, tapi di-reject. Tu pasal… most of the time… aku lebih suka pergi sini sana seorang diri. Tak nyusahkan orang… tak libatkan orang lain dalam perkara yang takde kaitan dengan diorang. Kalo nak ikut, silakan. Kalo taknak ok la. Aku nak ajak orang teman pon aku fikir tiga empat kali… sebab aku takot risiko the “no” answer, plan cancel… rasa malu… rasa sedih… rasa marah kat orang tu. Bila orang suruh aku teman, aku tak nafikan aku malas nak ikot kalo takde kaitan… tapi aku fikir perasaan dia kalo kena susah2 cari orang lain untuk teman (aku taw sebab aku pon mengalami benda tu). Fikir perasaan dia kalo kata “sorry, i can’t”. In the end… aku teman… because aku tak nak dia kongsi nasib yang sama dengan aku. Kadang2 tak ajak teman pon aku ikut je.

Hmm aku leh terima ni sebagai karma. Atau qada’ dan qadar… maybe sebab aku dah beberapa kali absent kat meeting mana2 ke. K fine… tapi nasib baik ada Cik Yam dengan Zu (TIKET FREE!!!). Fun gak sendiri2 menge-spoil babak sedih drama lain. Kalo ramai2 pon bukan dapat resonance together pon.. mesti terpisah 2-3 puak, yang buat lawak/bincang sama sendiri.

Either orang lain yang agak selfish memikirkan tentang perasaan orang lain, atau aku sendiri yang macam tu. Maybe aku sendiri yang mengharap sangat? Argh… letih aku. Kenapa aku mesti ada perasaan tu…Maybe ada hikmahnye darkside aku separuh jaga. Tak trust orang… tak yakin kat orang… aku nak…diri ku yang dulu.

Sifat waspada tu penting…supaya aku tak sakiti diri sendiri.

nyaaa…

aku emo kejap. Takyah la nak sorry sorry makan lori dgn rayu2. Aku malas la nak layan. Aku terima je ujian ni… Buat kechik dan rodi, thanks for the entertaining drama. aku konfem nak pakai Tshirt korang XD

next cerita sedih…ada lawak sikit lol.

Tagged with: ,