Poet of Fall

Cerita Sedih 20/3/2009 Part II

Posted in Uncategorized by vien88 on March 21, 2009

20 Mac 2009;

malam tu tamatlah acara Drama Pentas bahagian 2, yang diakhiri oleh drama pentas ala 60-am oleh kolej kesembilan… yang agak bosan dan tipikal. Sebelum tu kolej kedua, yang main drama emo2, menggunakan kerusi sebagai simbolism. Cool, but mesej tak sampai. Drama pentas dimulakan dengan Raja Kap Sungai, oleh kolej kelima. Walaupun agak kebudak-budakan, tapi drama tu paling best pada malam tu. At least perhatian tak lari ke tempat lain, tapi cousin aku kaco lak dengan panggilan telepon.

Aku rekod drama tu guna handicam. Yang slack nye aku nye suara ckp kat tepon mesti ter-rekod skalik. D: Dah ler rekod tak profesional.

Zu citer kat aku ada barang kecilnye terjatuh dalam longkang. Dengan harapan benda tu tak hanyut oleh air hujan dia nak capai benda tu kalau sempat. Sehabisnye acara drama pentas, kami jalan di sidewalk opposite Dewan Tunku Chancellor, depan Bangunan Peperiksaan. Cabaran pertama; Guna spotlight handicam aku, kami mengintai di antara lobang2 besi yang tutup longkang tu kalo ada tak accessory henfon pemberian cik yam tuh.

Nasib baik kering lagi longkang tu… dan Alhamdulillah kami jumpa. Namun cabaran tidak berakhir di situ. Kena pulak fikir bagaimana nak retrieve that item. Zu jumpa kayu panjang, tapi still tak cukup panjang. Kalo ye pon takde benda yang bole buat benda tu stick kat kayu (ala kartun la) seperti chewing gum.

Dan kami mengambil keputusan untuk menangkat besi yang berat tu. Cabaran seterusnya (yang kedua), sebab kekuatan masing2 tak sama kuat, jadi ada masalah sikit nak angkat. Sampai sakit2 belakang. Rasa cam seluar nak terkoyak pon ada. Cabaran ketiga ialah yang paling mencabar, iaitu menahan malu depan saksi2 yang lalu dalam sekelip mata di atas jalan sehala tu.

Seolah2 langit menghina kami, turunlah titisan air sedikit demi sedikit. Cabaran keempat; hujan renyai. Dengan initiatif yang tinggi, kami berjaya buka lubang tu 2/3. Oleh sebab Zu yang lebih kurus, dan rasa tanggungjawab terhadap item tu, dia pon nak turun masuk dalam dan ambil. Tapi cabaran ketiga masih berjalan… kalau la dapat hentikan masa. Takde la rasa malu kita berdua. Zu siap sengih2, posing2 kat longkang tu nak tahan malu. Aku tunjuk belakang aku kat tempat laluan saksi nak sorok muka, siap pegang handicam.

Cuba ko bayangkan ko dalam kereta, lalu kat depan DTC tu pastu nampak 2 orang pompuan kat tepi jalan, sorang badan separuh dalam longkang, sorang lagi tengah pegang video camera seolah2 tengah buat penggambaran. Mereka balik ke tempat kediaman mesti automatik citer kat kawan/roommate/awek tentang apa yang diorang nampak. WARGH! moga mereka tak sempat cam muka kita!

Cabaran keempat semakin meningkat level nya. Hujan semakin lebat, “cepat la amik!! hujan dah ni!!”. Segala keayuan dikorbankan time tu, akhirnya berjaya mengambil semula aksesori tu. Lantas kami berlari2 ke arah teduh dalam hujan yang tak beberapa nak heavy sangat tu.

Tahniah Zu, demi pemberian kawan yang berharga bagumu, kau sanggup gadai maruah. Rasa malu pihak aku lak aku tak hiraukan sangat… aku just puas hati dapat tolong member. (rasa cam watak manga lak. boley buat komik seh)

Malam tu lepak kat 4th. Esmat nak tengok drama kat vid cam aku tapi habis bateri?!??! Spotlight gune byk sgt power kot…

Cerita sedih 20/3/2009 part I

Posted in Life by vien88 on March 20, 2009

Salah satu pepatah infamous alter-ego aku… “Apa itu kawan…?” (sepertimana aku persoalkan istilah ‘cinta’)

Sebenarnya aku pernah persoalkan maksud disebalik perkataan tu… masa tu zaman aku emo lagi. Aku dah lama dan berusaha keras mengetepikan fikiran negatif. Tapi setiap kali ‘darkside’ aku bangun, mesti sekali sekala tertimbul soalan tu lagi. Dan tadi…tadi kan… dia bangun…

Ada kawan… pentingkan pelajaran…

Ada kawan yang pentingkan cinta…

Ada kawan yang pentingkan family…

Ada kawan yang pentingkan kerja…

Ada kawan yang ikut kehendak dan fikiran kawan…

Ada kawan yang tak macam kawan…atau berlakon jadi kawan.

Ada kawan yang betul2 mengharap…

….

Alkisah seorang kawan yang hari jumaat sepatutnya join dalam diskusi projek untuk 2nd year, namun dapat pula khabar yang keluarga nya ingin ke KL pada hari itu bersama adiknya yang dah lama terperangkap kat MRSM tuh. So dia korbankan masa buat projek tu dengan masa untuk spend time dgn keluarga. Dia rasa serba salah sikit biar diorang camtu je, tapi tugas utama dia ialah buat comic…. kan?

Enuff third person view… Beberapa hari lepas dah plan nak tengok kawan2 se-jurusan dengan kita nak tengok diorang berlakon dalam drama pentas dalam ni. Puas aku promote sepanjang minggu =D. Puas aku convince. Dan puas hatiku mereka setuju nak tengok kawan2 kita perform.

Pada hari waktu siang sebelum drama itu, darkside seolah2 mengigau dan berkata… mesti tak jadik punya malam ni. Tapi tak kira, aku dah lama excited nak tengok drama. Aku fikir positif dan dapat bayangkan camane kita ramai2 sokong ikhwan dan rodi berlakon. Hati lagi gembira bila Cik Yam tanya aku jadi pergi ke tak sebab orang lain pon nak pergi sekali. Harapan tinggi siot… tak tipu.

Aku ingat nak balik petang sikit…sempat lagi join diorang. Diorang siap call lagi “tak paksa” etc etc… tapi masalahnye ayah aku kena pergi ofis. Habis pukul 6. So terpaksa la balik lewat drp Time Square (kebahagiaan melanda di jiwa masa shopping di situ). Sebelum balik, mak aku dah lama nak try makan sandwich Subway. Maka kami ke situ untuk tapau sandwich, dan aku tidak lupa nak beli soft cookie yang enak belaka.

“Tunggu kejap!” aku cakap kat akak kaunter tu, “Aku nak bilang berapa banyak nak beli dahulu”

Satu…dua… tiga… estimate 7 orang termasuk aku malam ni. Tapi aku beli extra just in case ada extra member. Aku dah melambatkan pergerakan baris semata2 untuk mengira berapa banyak biskut nak beli, dan dengan riang ria aku purchase 8 keping nak bagi kawan2.

Sambil2 mesej dengan Zu, didapati bilangan ahli kumpulan yang dikatakan nak menyaksikan drama pentas malam ni berkurang. Sampailah ke bilik Zu, (waa lama tak jumpe dia) tolak lagi sorang. In the end, 3 orang je yang pergi. Mak aih… Allah je yang taw… keperitan di lubuk hati time tu. Argh…dah ler AJK pon slalu 1/3 je datang… ni kena cam deja vu lak. Agaknye aku ditakdirkan dapat peristiwa begini kot sentiasa? Balik Batu Pahat pon nak jumpa geng kita 4 orang tengok SORANG je datang. SAH, takdir aku begini. Tapi Zu cakap.. “takpelah, at least Yam ada”.

Heh…apalah nasib… biskut tersorok dalam beg dengan tujuan nak surprise orang. It’s pathetic… my plan tu surprise people is kinda wasted. But cik Yam kata…takpela, dia makan utk orang lain. LOL. At least kita leh enjoy makan biskut lebih kan.

Masalahnye sekarang… bukan skali je janji termungkir. OK.. janji Melayu pon dah cukup untuk buat aku dendam…apatah lagi ‘janji mungkir’. Lagi2 kalo mula2 ye ye excited nak lepak sama2, tetiba menjelang hari temujanji…takde mood la, busy la, study la, dating la, malas la… adoi… aku sedar… orang yang ajak lepak ni bukan kawan baik, bukan kawan sejati korang. Tapi…entahla… kalo aku nak tetiba kensel plan ni… aku rasa serba salah la. Kadang2 kalo aku takde mood pon, aku still teman kawan keluar kalo dia takde orang teman. Walopun tujuan dia kuar takde kaitan dengan aku… cuba bayangkan… dah semangat gila buat janji (walopun tak sebut dengan mulut), tetiba lalalala tak jadi pergi laaa~

…aku tau…betapa sakitnya… kalo kita minta orang teman, tapi di-reject. Tu pasal… most of the time… aku lebih suka pergi sini sana seorang diri. Tak nyusahkan orang… tak libatkan orang lain dalam perkara yang takde kaitan dengan diorang. Kalo nak ikut, silakan. Kalo taknak ok la. Aku nak ajak orang teman pon aku fikir tiga empat kali… sebab aku takot risiko the “no” answer, plan cancel… rasa malu… rasa sedih… rasa marah kat orang tu. Bila orang suruh aku teman, aku tak nafikan aku malas nak ikot kalo takde kaitan… tapi aku fikir perasaan dia kalo kena susah2 cari orang lain untuk teman (aku taw sebab aku pon mengalami benda tu). Fikir perasaan dia kalo kata “sorry, i can’t”. In the end… aku teman… because aku tak nak dia kongsi nasib yang sama dengan aku. Kadang2 tak ajak teman pon aku ikut je.

Hmm aku leh terima ni sebagai karma. Atau qada’ dan qadar… maybe sebab aku dah beberapa kali absent kat meeting mana2 ke. K fine… tapi nasib baik ada Cik Yam dengan Zu (TIKET FREE!!!). Fun gak sendiri2 menge-spoil babak sedih drama lain. Kalo ramai2 pon bukan dapat resonance together pon.. mesti terpisah 2-3 puak, yang buat lawak/bincang sama sendiri.

Either orang lain yang agak selfish memikirkan tentang perasaan orang lain, atau aku sendiri yang macam tu. Maybe aku sendiri yang mengharap sangat? Argh… letih aku. Kenapa aku mesti ada perasaan tu…Maybe ada hikmahnye darkside aku separuh jaga. Tak trust orang… tak yakin kat orang… aku nak…diri ku yang dulu.

Sifat waspada tu penting…supaya aku tak sakiti diri sendiri.

nyaaa…

aku emo kejap. Takyah la nak sorry sorry makan lori dgn rayu2. Aku malas la nak layan. Aku terima je ujian ni… Buat kechik dan rodi, thanks for the entertaining drama. aku konfem nak pakai Tshirt korang 😄

next cerita sedih…ada lawak sikit lol.

Tagged with: ,

Tag-o-rama

Posted in Uncategorized by vien88 on March 18, 2009

Nothing serious yet, so hear me tag.

Your last..

Beverage = air masak. DM habis air manis D:
Phone call = Otou-sama
Song you listened to = Final Fantasy Prelude
Cry = er… erm… masa tengok citer Code Geass R2 hampir nangis. I’m kinda frozen hearted lately…

Have you ever..
Dated someone twice = Aku bukan pompuan gatal
Been cheated on = Ex aku laki gatal. Pernah la…
Kissed someone & regretted it = Yes. Puas aku cuci bibir gune clorox.
Lost someone special = He used to be so special, i don’t deny it. But no more…

In the past month, have you..
Fallen out of love = Nope…
Laughed until you cried = Tak ingat…
Met someone who changed your life = Maybe, without realizing who or when. but if i wanna list them, I’d rather not >///>
Found out someone was talking about you = Yeah, I know.

Do you..
Have any pets = My fluffy orange cat, Oliver
Want to change your name = If I could make it shorter
You ever talked to a person named Tom = of all people, why Tom?

What..
Time did you wake up today = 7.06 am
Were you doing at midnight last night = Lepak bilik Norra, pilih background music untuk filem.
Something you cannot wait for = Fridays
Last time you saw your father = Kejap lagi….
Your name = [unable to process data]
Elementary/Primary School = SK Bukit Damansara, Sk Bukit Soga (sekolah cipan)
High School = SMK Convent Batu Pahat
Hair color = hitam…dan putih =D

Your firsts..
Surgery = Nein
Piercing = Never
Best friend = Confidential…
Sport you joined = Handball lol
Pet = Hamsters…called Qoji.
Vacation = When I was setahun jagung, probably in Hong Kong..? Like I remember the events during toddler-hood.

Currently..
Eating = my life away lol…
Drinking = air masak?
Waiting = My dad

Your future..
Want kids = No way, I hope.
Want to get married = Happiness lives shorter than life could; thus, better not risk it.
Careers in mind = Physicist, Researcher, Mythbuster, Mad Scientist, Character Designer, Comic Artist, Novellist… Hikkikomori/Hermit.

Do you believe in..
Yourself = Not really
Miracles = God’s miracles, yea
Love at first sight = Only in Vincent Valentine’s case
Heaven = Yes
Kiss on the first date = tak sabo2. Nope
Angels = Yeah

Answer truthfully..
Is there one person you want to be with right now = Nobody
Had more than one boyfriend/girlfriend at one time = Aku bukan pompuan gatal
Do you believe in God = Yes, although my faith ain’t strong enough.

3 more left…

‘Wartawan Maut Ditendang Bintang Cemerlang’

Posted in Life by vien88 on March 17, 2009

Ntah brapa minggu dah aku abandon Poet of Fall. D:

Maaf kerana lama tak update. Tapi apa sangat la blog aku ni…. tak baca pon takpe. Bukan ada info penting pon :P.

Aku terlalu busy. Ada free time pon internet connection cam sucky.

Sebenarnye ada benda lagi serious nak tulis…ada review nak tulis. Banyak draf disediakan… Tapi sebab kekurangan free time, aku biar pending pending lar. Oleh itu izinkan aku entertain anda dengan Mastika Parody aku. Why Mastika? cos my lecturer kat matrics dulu suka sebut “Mati masuk Mastika” yang membawa maksud tersirat ‘mati dengan cara yang aneh‘.

“Wartawan Maut Ditendang Selebriti Cemerlang”

seorang wartawan dari majalah GOSSIP YOU meninggal dunia akibat ditendang oleh seorang bintang anugerah cemerlang. Mangsa dijumpai menonggeng di tepi jalan namun pihak polis gagal mencari saksi bagi kejadian tersebut

Punca kematian diketahui daripada bekas tapak kasut Asadi yang sudah haus yang tertampal di muka si mati. Beberapa minit kemudian, datangnya seorang pelajar ‘cemerlang’ dari Sekolah Jalan Tiga (merupakan sekolah tepi jalan sahaja, kerana pihak sekolah tidak mempunyai idea untuk namakan sekolah tersebut) yang mengakui dengan bangganya bahawa dia yang membunuh mangsa itu
“Dia terlalu mendesak saya. Itu hak saya untuk tidak memberi maklumat peribadi!” katanya. Penduduk di kawasan perumahan itu setuju dengan pembunuh itu dan meyokong tindakan ‘wajar’nya itu. Ini adalah kerana wartawan tersebut terkenal dengan perwatakan menjengkelkannya itu. Oleh itu, si pembunuh berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis

“Saya tak sanggup nak bawa dia ke lokap, kerana saya ni gay” kata polis Lans Kopral Bodo bin Sengal. Sesudah akhirnya siasatan, mayat si mati dibawa ke pusat penyelidikan untuk diselidik. bintang cemerlang pula didapati mengidap penyakit ‘gila kuat gila’ beberapa minit kemudian.

….

Ini hasil karya yang terbentuk daripada chatting YM antara aku dengan cousin aku, di mana cousin aku memainkan watak ‘bintang cemerlang’ sebab dia menang anugerah cemerlang kat skolah dia. Aku pulak jadi wartawan yang mati tertonggeng tuh cos aku yang sibuk tanya dia pasal perasaan dia time ambil hadiah lolz.

Sabtu ni nak pergi ACGC kat Tropicana Mall dengan dia. Jom la pi~

Tagged with: ,