Poet of Fall

Aku dan Puisi

Posted in Life, Poems by vien88 on February 8, 2009
Gambar Haiku... but I am yet to try writing haiku...

Gambar Haiku... but I am yet to try writing haiku...

Sebenarnye…selain keje lukis2 ni, aku suka tulis puisi. Tapi kebanyakan puisi aku tulis dalam Bahasa Inggeris. Hence the name “Poet of Fall”, where the ‘fall’ or autumn refers to the season I am born in, although we do not experience any seasonal changes here in the tropical rainforest climate (musim durian ada la).

Aku start minat tulis benda camni…or secara lebih umumnya, “menulis” sejak aku kecil lagi. Mak aku suka dedahkan aku kat buku2 yang seskema-skema nye ajar Grammar (kartun pon ada gak) dan cerita fairy tales sampai la ke buku Enid Blyton. Kemudian…datangnya buku Nursery Rhymes. Puisi kanak2, kebanyakannya dalam bentuk jenaka. Masa tu…aku tak tau la apa perasaan aku. Tapi sekarang ni, aku rasa masa aku baca buku Nursery Rhyme tu…puisi sume indah2 belaka.

Er…tapi aku rasa first time aku start berjinak dengan benda ala2 puisi ni masa aku dalam sekolah rendah. tapi lawak gile aa… aku main tukar2 lirik lagu BI. Banyak aku tukar…lepas tu dah letih main tukar2 lirik, aku tulis lirik sendiri. Dah ada tune kat kepala, tapi masalahnye takde alat muzik nak compose. Aku ada belajar muzik sket dulu, tapi halfway through aku quit. Rasa rugi lak.

Oleh sebab takde alat muzik, maka harapan nak jadi penulis lirik atau komposer agak hancus la. Tapi aku ada alternatif lain. Aku nak tulis puisi! Bukan nye dapat kerja pon jadi pemuisi…tapi tulis puisi je la. Takde la rasa angan2 nak jadi pencipta lagu. Tapi aku tak ingat start bila aku serius tulis puisi…maybe time aku umur 15 tahun.

Aku jarang tulis dalam Bahasa Melayu…kalau ada pon dah terkubur kat mana entah. Yang aku simpan, puisi yang aku tulis untuk pertandingan menulis puisi sempena Hari Kemerdekaan anjuran Pusat Sumber di matrikulasi. Saje2 je masuk…sebab boring. Lagi satu nak test power, tengok aku terer tak tulis dalam BM sebagaimana hebatnya aku tulis dalam BI (cewahhh). Tapi aku rasa serba salah sebab puisi aku tulis ni banyak ter-influence oleh orang lain punya sajak. Sebab aku suka sangat mood dan idea sajaknya aku pon tercilok dan sesuaikan hasil perah otaknya dengan stail nukilan aku. Sebab idea nye lain daripada lain… camne nak describe… “tak skema” la. Tak terlalu tipikal. Sungguh tak kusangka, aku menang tempat kedua! Malangnya tak dapat sijil, tapi menang hamper dipenuhi coklat dan jajan lolz.

Tapi… hasil kerja aku kebanyakannya takde tone yang bervariasi. Mood yang aku guna agak limited, sebab aku punya nukilan hanya akan ‘menjadi’ jika aku pakai nada yang negatif. Yang ceria hampir tiada. Seperti yang boleh dilihat di sini, semuanya bunyi cam sedih dan murung. Aku taktau kalo orang laen boleh terima ke tak…sebab cam negatif gegila la. Sebab kalo tengok mana2 punya pertandingan puisi sume nak tema yang skema2. Aku susah nak adapt…seolah2 takleh nak sesuaikan diri di negara orang. Tu la sebabnya aku tak pernah masuk pertandingan apa2. Sekali tu je masa kat matriks.

satu lagi aku suka praktikkan; metafora, hiperbola dan simbolisme. Aku kurang selesa jikalau puisi ku bunyi macam terlalu straight forward. So kalau sesiapa rajin baca my English poems, they’re all not so easy to understand. It will take a lot of effort to interpret it. Aku suka buat orang fikir… “apa yang dia maksudkan ni?”, kasi fikir kritis dan kreatif sikit dengan maksud yang tersirat. But some ada yang tersirat sangat hanya aku sahaja yang faham, kalau orang lain tak faham takpe. Kalau nak tafsir kepada maksud lain pon sukati la. Janji aku ada privacy sikit meluahkan perasaan walaupun orang awam boleh baca. Kalo nak taw, influence puisi aku banyak datang dari lagu alternative rock cam Linkin Park, My Chemical Romance gitu. Betul ni. ahhaha. Selain tu… lagu2 Jepun punye lirik sangat indah kalo bandingkan dengan lagu Melayu yang balik2 lafaz benda yang sama.

…kat kolej ada Pesta Puisi Dayasari pulak..hmm.. rasa cam nak try join skali lagi… tapi bila dapat tau kena present kat stage, tak moh la aku. Aku ni tau tulis je, tapi bab nak mencapab ni aku fail la. Belum sempat naik pentas dah kalah dah hwaaha. kesian… bakat aku ni jenis dok sebalik tabir, jadi bayang2 je. Kalau la bole ada orang mewakili aku, bacakan hasil tulisan aku, aku sanggup bagi dia hadiah printer tu. Atau apa2 lagi hadiah di tempat bukan tempat pertama. Asalkan aku dapat sijil ehehe.

Aku tetiba dapat satu idea ni. But again, agak negatif lah bunyi nye…sebab ianya ikhlas dari hati. Mungkin sukar bagi khayalak ramai terimanya. Mungkin bunyi macam terpesong akidah ke apa (taktau apa diskripsi yg sesuai lol)….mungkin la. Tapi yang aku tau, puisi aku memang lain daripada (kebanyakan) orang lain. Again, aku rasa cam nak luahkan isi hati sekarang ni…but at the same time nak mem-privatekan aku nye puisi ni sebab cam tak sesuai bagi ‘orang biasa’ dengar.

……

……………Rodi ko jgn taruk nama aku!!

Tagged with: , ,

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. kucimhitam said, on February 8, 2009 at 4:00 pm

    lalala~~
    nie second tyme aku komen post ko nie
    1st td x dapat…tiba2 plak wireless wat hal…sarcastik betol la
    heee
    aku ader panton buat ko

    ikan kekek ikan gelama
    masak sebijik di atas peti
    wahai ninja_sesat yang paling kiut
    tolong la join puisi aku ini….
    please…
    besok aku letak nama kO..
    leh la…

  2. kazu said, on February 9, 2009 at 8:30 am

    dulu suka puisi tapi kebanyakan English and Japanese.

    kalau puisi Melayu, kebanyakan mengenai kemerdekaan, kebebasan, cinta dan sebagainya.
    Puisi Melayu senang nak paham kalau dibandingkan dengan English and Japanese.

    English poem pun ada banyak isi tersirat dan banyak maknanya :3 begitu juga dengan Japanese poem or haiku

  3. fatin said, on February 10, 2009 at 3:20 pm

    ape ni kucimhitam nye pantung ,ujung dok same..har3..

  4. manamana said, on February 26, 2009 at 4:44 pm

    lol reminds me of that one time when i voluntarily signed up for a pertandingan bersyair. gila tebal muka depan bebudak satu klik yang tak abis2 buat muka sengal drg. mat rock naik pentas lagukan syair tak ke buang tebiat lol.

    good thing manamana kalah. tak rock le jadik juara syair lol.

    p/s : i’m pretty good with syair and gurindam. maybe one day i’ll record some for ye lol :3

  5. vien88 said, on February 26, 2009 at 6:42 pm

    oh oh..please do >///>

    in the end aku tak jadi pon masuk😄


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: