Poet of Fall

Aku Dalam Dilema

Posted in Life by vien88 on February 8, 2009

Hari tu kitorang belajar pasal astronomy.

Sangat sangatlah menarik. Kuliah tadi membuatkan aku terfikir… camne wujudnye graviti? Kenapa matahari, planet dan binatng sahaja ada graviti? Kenapa mesti sesuatu yang besar? Kenapa sebiji guli tak boleh tarik beberapa gumpal pasir? Nak kata kuasa magnet tak jugak, magnet hanya menarik elemen besi… Allah maha berkuasa. Aku suka fizik, walau susah mana pun, sebab fizik boleh buat aku renung… (rasa cam salah je ayat BM ni)

Tapi tu bukan main point tajuk ni.

concentrate beb

concentrate beb

Sepanjang minggu ni aku banyak buat keje…hari tu sebelum balik, aku sampai pening kepala potong2 atau ‘ukir’ polisterin kepada bentuk yang halus2. adoi..

ok back to main point…

Aku dalam dilema.

Sepanjang cuti ni aku memang cuti sakan; main game, tengok anime dan baca komik. Assignment dengan hal projek kolej pun terlupa. Walau ku dah pesan suruh mencari bahan2 kepada AJK, tapi aku terlupa pula nak mesej mereka suruh hantar e-mail. Kan senang, aku dah boleh susun2 kat word dah. Malas punya pasal. bak kata pak cik aku masa zaman mudanya “cuti cuti la!”

But then…that’s not he case dowh. Maka dilema pertama ialah;

1.   Balik sini rasa agak serba salah la sebab tak buat headstart. Tapi mulanya aku nak balik kolej awal, tapi ada masalah sikit. So anyways, sepatutnya dah kena buat board dan gantung banner…tapi ada perubahan idea sikit…so jadi terlewat lak. Pastu pulak asainmen belum siap! tu la aku kata…mmg cuti tak ingat dunia. Nasib baik selasa banyak free, so aku bole la sempat beli barang yang tertentu dan buat kerja yang tertentu. The thing is…lepas kelas aku study/copy/discuss asainmen dengan coursemate… nampaknya kitorang agak lama discus dan makan tengah hari. Oleh itu, aku terpaksa ponteng satu kelas. Kan dah mungkir polisi aku “aku masuk UM nak belajar, bukan nak aktif kolej”. wargh…skali tu je..aku korbankan peluang menimba ilmu D:  tapi terpaksa…nak harapkan orang bawahan liat sikit. tambah lagi dengan perasaan serba salah…

Aku dalam dilema… ni dilema kedua;

2.   Kerja projek MPD aku terpaksa banyak tangguh…tapi makin ditangguh makin susah mau panggil anak buah turun. Sebab diorang ada meeting tah brapa banyak la..tu la akibat aktif gile kat kolej. Masa first year aku tak aktif pon…2nd year baru tetiba gatal nak masuk projek cheyyyhhh. Ok…oleh sebab kerisauan kekurangan kakitangan untuk buat kerja… aku nak kena pilih antara dua; pergi ke meeting NBD atau pergi sambung kerja publisiti MPD. In the end, aku pilih MPD. Sure…NBD lebih kepada kebajikan…tapi aku rasa aku jadi ‘manager (Tech)’ pun sebab nak fill in the blank. Lagipun ‘manager’ bukan aku sorang… MPD ni aku sorang je ketua divisi… tugas aku dalam NBD aku tak rasa apa2 sangat..rasa cam tak guna. And masa meeting aku rasa cam janggal…maybe cos aku bukan AJK pada tahun lepas. MPD, walaupun still tak rapat sangat dengan sesaper, aku boleh ngam lagi la. At least Penolong Pengarah pon kena involve dalam tugasan gak. So rasa sangat berbaloi buat kerja ni. So aku excuse myself from meeting, dan buat kerja publisiti with my AJK gone somewhere else.

Aku dalam dilema…yang ketiga pula;

3.  Aku nak pergi Penang. Aku nak ikot ke outstation NBD di Penang. Aku terlupa pula tarikh nak pergi Penang ialah this weekend. Aku nak pergi Penang seba aku rindu Penang…dah lama tak balik ke situ D:. Pastu pulak, mak aku suruh balik weekend ni sebab nak buat cermin mata. Tapi mak aku ok je kalo aku takleh balik. Then terfikir balik…kalo aku pergi Penang…tugasan publisiti MPD ni sape nak buat? Dah banyak dah depend kat pengarah, takkan nak serahkan kat dia lagi? Lagipun… bukan nak bajet ke hape… kalo aku takde, tugas takkan jalan. Aku ni jenis tak caya sangat kat orang… tambahan lagi dengan AJK yang baru je kenal2. Aku kena supervise gak…tak pun buat kerja sendiri. Seronok gak buat kerja sendiri tho. Pastu ada test pulak next week! So… in the end… aku rasa nak korbankan peluang nak pergi utara… Tapi no worries, Linda (coursemate) dah ajak gi majlis kawen dia..eh! Kakak dia la… =D. Kalau dah tak pergi Penang…langsung aku takde mood nak pergi outstation yang lain dah. Pahang tak pernah gi, but for some reason aku taknak. Seremban? LOLZ selalu balik kowt? Johor..? Meh… Melaka pon… selalu jumpe adik kat situ daa…

Aku dalam dilema…yang terakhir dan still dalam consideration.

4. Sekali sekala seumur hidup aku nak jadi vain. Teringin nak jadi gedik tetiba… oleh sebab aku jarang buat begini..tetiba rasa nak buat. Kali ni MPD nye tema ialah… Raikan Cintan. Tema warna merah, pink dan putih. Hmm…oleh sebab berkenan dengan baju ala gothic lolita…aku tanya la mieko sebab dia kan suka fesyen begitu. Pastu dia rekomen aku satu baju nihhh…tapi aku tak minat sgt sebab merah. Aku nak putih…tapi dia hasut punye hasut…aku tersuka pulak yang merah tu >///>. Masalahnya… Rm480 siot. Mak aku mesti takkan bagi…nak sewa pon takleh. Ye la… tak berbaloi la kalau pakai untuk malam tu je. THE THING IS! BUKAN SELALU AKU BUAT GINI! SAPE NAK TENGOK AKU PAKAI FEMININ SIKIT (selain baju kurung)?? So nampaknye aku kena senyap2 beli dan sorok drp mak aku.Or else dia bebel2 sampai aku pon sanggup lepaskan peluang nak jadi cun satu malam… Risky risky… Satu lagi masalah…takot tak muat! Kena berdiet secara drastic kot. Kata tuan punye baju bole adjust…but still… *worry*  Dan aku pon cadang nak gi window shopping dulu tengok kalo ada baju yang lagi gempak ke… Tapi perasaan aku sekarang lebih kepada baju tu… thanks a lot mieko =_+. Aku ter-blurt out about it kat member2…diorang lak makin menghasut aku melalui kaedah menyokong lol.

Jadi korang nak hasut aku gak ke? (please do >_< )

balik rumah pengsan sebab pening...

balik rumah pengsan sebab pening...

Tagged with: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: