Poet of Fall

Kisah Surprise Bday Party

Posted in Life by vien88 on January 23, 2009
Birthday Girl kat tengah2

Birthday Girl kat tengah2

21 Januari blah petang, tiramtiram terang-terangan bisik kat aku dan fatin “esok bday Noora!”. Time tengah dengar lecture Mechanics, aku puas pikir apa nak buat esok. Malam tu aku hantar prosedur aku kepada tiram dan fatin melalui YM.

mula2 plan nak buat kul 4, tapi rasanye tak sempat, so kita amik keputusan buat lepas kelas habis kul 6.30 pm. Ada 3 plan, cos just in case balak birthday girl rembat dia dulu sebelum kita sempat sambut dengan kehadirannya.

23 Januari, lepas kelas matematik yang boring tu… kami bertiga pergi ke Mid Valley. Syed dan Linda terlibat sekali dalam plan ni, tapi diorang ada tugas sendiri. Sebelum kita meneroka Mid untuk mencari kek, kami makan di Domino’s Pizza. Sebab Fatin mmg suka Dominos~ Makan punya makan, rasa kenyang dan tak larat nak bangun. Keju nye pasal la niiii…tapi kita kena teruskan usaha mencari kek untuk kawan kami.

Kita dah usha kat La Boheme sebelum lunch (kul 11 lol), pastu tengok kat Bread Talk…last2 usha Secret Recipe. Kek SR mmg takyah citer la…mahal siot. tapi aku saje nak tengok, nasib baik takde yang menarik. Before that kita puas memilih kad b’day kat Memory Lane. In the end, kami beli kek chocolate yang ada strawberry kat atasnye. Lagipun…aku memang suka stroberi >///>

sambung cerita, tiram dan fatin gi cari makanan tambahan, lama lak diorang dok cari. Aku tunggu luar kena jaga kek. Pastu dah tengah tak sabar, aku mesej diorang suh cepat. Diorang balas dah nak bayar dah…later aku dapat tau bila diorang baca mesej aku tu baru nak rembat jajan. Cis korang ni… >_>

Anyways, terpaksa cepat sebab aku kena balik ke kolej jaga Cyber Dayasari. Balik terpaksa la amik teksi, dan aku terpaksa la tulis ucapan atas kad dalam teksi. Tulisan dah buruk, nak lukis2 pun tak sempat. Then…Aku saje je mesej Noora, siap tanye nak makan dinner kat kolej ke tak. Dia kata “Tak, aku teman linda kua”. kehkehkeh, cayalah Linda. Kuasa ko memang hebat, dengan cara ni kita leh elakkan plan terbatal hanya sebab boyfren Noora. Lagi satu arahan aku dapat, make sure kita solat selepas kelas supaya rakan2 kita yang lain leh siapkan kek etc.

Petang tu aku cakap kat Noora nak pergi ke fakulti pukul 4.30 (kelas pukul 5). Selalunya aku pergi lebih awal, tapi kali ni sengaja lambat2 kan. Nasib baik dia nak gi kedai fotostat dulu…baru kita kuar dari kawasan kolej. Aku cakap, “jom jalan”, kononnye malas nak tunggu bas…bila jalan kita mengambil masa dalam 20 minit. Tetiba..ADA BAS!! SIOT! Aku terpaksa act normal bila ikot Noora naik bas. Puas aku mesej fatin dengan panik, tatau camne nak lag dia. Kalau sempat sampai, leh solat sebelum kelas. Jahat gila aku nak lambat2 kan solat orang… dalam bas aku diam je, sambil fikir nak buat apa supaya kita tak sempat nak solat dulu. Tapi kalo dah terpaksa, terpaksa lah.

Sesampai je ke bus stop belakang library, on the way ke fakulti, aku baru teringat ada Karnival Sains kat situ! Yes! ada chance lagi! so aku cakap, “weh jom usha Karnival ni”. Dia pun ok je, tak protest2. Phew… lega gak. Tapi cam tak banyak pameran, mula2 tengok jenis2 batu kat meja Jabatan Geologi. Pastu nampak cam tak banyak benda nak tengok, aku hampir putus harapan…until we came to the last booth…Jabatan Fizik punya. Nampak cam tak interesting, tapi senior tu sungguh2 explain kita pasal rekacipta bateri guna electrolyte ni. Mengambil masa dalam 10 minit kot? Sesudah je senior tu habis present, kami pun say tenkiu and teruskan ke kelas. Dandan dah kul 5.

wargh…fatin jaga2 la sikit volume suara D:. Ko jgn la cakap “dia dah tau lum?” time nak sorokkan kad tuh! Kalau dia dah taw aku dah mesej larrr…. And lucky us, kelas habis awal. Pukul 6.. lepas cakap “babai” kat tiram ngan fatin (plastic gile muka diorang), aku, Noora dan Linda pergi surau. Agak kecewa gak la sebab Linda kononnya nak pergi ke Masjid Jamek jumpa kakak dia, pastu dapat taw boyfren Noora dah tunggu kat KL Central. Ah sibok!

Tapi kami teruskan plan…oleh sebab Noora dan Linda best fren, Noora dah cakap pasal ‘birthday present’ yang dia dapat malam tu. Pastu aku buat2 la baru taw bday dia “oh hari ni bday ko ke?? Kalau aku tau awal2, aku dah serang dah bilik ko malam tadi!”. Wuahaha…ni nak convince dia lagi yang takde pape akan berlaku lepas ni. Sambil kami membazir masa di sini, Syed pergi amik kek yang dia tumpang kat kolej ketujuh.

Lepas solat, kami proceed ke kafeteria fak sains (yang tak pasal2 close down tu, len kali aku citer pasal ni). Eh eh, kawan2 fizik kita masih ada kat situ? Kenapa ek? Siap ada 3 extra lagi (Sofwah, Ashwin dan Shannon). Aku pun cakap “weh apsal tak balik lagi ni?”, aku ke meja diorang dulu. Diorang tak kata pape, tapi cuma lindung kek je. Sesampai je Noora, terkezut gile muka dia bila nampak kek tu.

Syed not here..??

Syed not here..?? dia pegang kamera... (oleh sbb ada supernatural stuff berlaku...muka aku jadi blur kakaka!)

Dia siap kata “Kenapa masa 21 tahun baru dapat birthday yang special?” lol. Aku rasa terharu gak lak la bila dia cakap camtu, sebab aku yang bagi idea…well, dengan kerjasama kengkawan yang lain plan surprise kita berjaya! THANKS! In the end, Linda told her the truth…sebenarnye dia bukan nak pergi jumpa kakak dia pon hwahahah! Kesian dia kena tipu… (kesian bf dia kena lama tunggu, sape suh sampai awal kat KL Central tu). Lepas tu aku pulak bagitau aku nye tugas dalam melaksanakan rancangan ni ahahaha. Then bagi kad birthday.

Alhamdulillah semuanye berlaku dengan lancar. Pastu kami bual2, pasal kafeteria tutup tu…like i sed, len kali aku citer. Cuma kek tu ntah kenapa tak stabil molekulnye, bila potong jadi cam hancur. Maybe ada wavelength tangan budak fizik yang menyebabkan zarah berpecah camtu (lol aplikasi Electromagnetism!). Apa2 pun, still boleh makan. Apa beza, masuk perut pon hancur gak. Kek sedap, rugi kecik.😄

Pastu petang tu balik agak lambat. Tunggu bas lama gila…bila sampai kolej dah hujan lebat. Aku lak kena tolong bawak balik kad Noora (Noora pegi dating, as usual), aku sedaya upaya elakkan kad tu daripada terkena air…

End of story… :3

Tagged with:

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. fatin said, on January 24, 2009 at 2:53 am

    yela..yelar..blek2 aku
    ade domino’s ade name aku..
    sengal r ko ngn tiram…..

    pahal muke ko cm cacat??hak3!!
    ksian syed,gmbo die xde
    tp gmbo ni nmpk cm kite saving giler ah
    small bsday party,small cake,sorg dpt skeping
    xpe,ckup syrt kikiki…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: