Poet of Fall

Babi Betul…

Posted in Serious shit by vien88 on January 17, 2009
Lulz...contra work of art
Lulz…contra work of art

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi semalam apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa – Mohd Azlan Zainal – yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya – Ahmad Shahir Md Shah – bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.

“Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

“Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

Source: Malaysiakini

***

Oh the shame…shame…why is every UM bloggers  posting more shame of our beloved UM by posting this story about the pig…

The campus election is near, and some people think it’s fun to make a hot topic by doing this prank. Only this is going overboard, putting a pig’s head in a holy place like the surau. Many theories are thought up, some suspect this party, some suspect the other…

Geez, if you wanna make pranks…don’t make fun of people’s religion la.

Tagged with:

12 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. manamana said, on January 17, 2009 at 10:26 am

    is this for real ? cuz it seems as if the pic were shopped.

    man what a shameful prank it is.

  2. vien88 said, on January 17, 2009 at 11:49 am

    it’s real…i got to know the news since yesterday ^^;

  3. kazu said, on January 17, 2009 at 12:10 pm

    jahat betul..perkara macam ini dah melampau.
    mereka buat sesuka hati kat tempat suci macam surau. Aku rasa memang perbuatan hasad dengki or sengaja membangkitkan kemarahan..

    anyway I wonder what’s mean with number? It’s look sort of clue..

  4. manamana said, on January 17, 2009 at 12:12 pm

    tak lupa gak, skang cam dah masuk trend tak puas hati je pakai lempar paler babas kat tempat2 sensitif. ari tu depan rumah pak cik yg dok pantau peladang babas lebih kurang camtu

  5. vien88 said, on January 17, 2009 at 12:12 pm

    pig’s code number…lol~

  6. deady said, on January 17, 2009 at 1:38 pm

    man that is soo immature considering it happen at UM lawl

    ko sure ke bukan ko ne vulpine ekekeke

  7. vien88 said, on January 17, 2009 at 1:43 pm

    se-ninja2 aku pun takde la sampe nak buang pig head kat surau >_>

  8. kazu said, on January 18, 2009 at 2:28 am

    @VN

    haha number from pig farms kot? setau aku, orang yang ternak babi, mesti letak number or tag kat bahagian badan babi tu.. kalaulah polis tu pandai terjemah clue tu, lagi cepat kerja siap.

    aku rasa orang yang letak mesti mahir dalam ilmu ninja *__*

  9. vien88 said, on January 18, 2009 at 3:14 am

    …jgn pandang aku…

  10. kazu said, on January 18, 2009 at 4:17 am

    not ulah… of coz xDDD

    I mean mesti ada orang lebih mahir dalam ilmu ninja daripada u..
    mesti diorang dari high class :3

    or maybe… they’re dark-side ninja?

    *teringat Naruto cish*

  11. chanz said, on January 19, 2009 at 10:11 am

    dasat tol UM neh…macam2. ari tu ada baca pasal ajaran sesat berleluasa di kolej kediaman..
    seb bek aku bdak USM. hak2

  12. Mizakichi said, on January 27, 2009 at 3:43 pm

    Ya Allah, Ya Tuhanku… I’ve heard about it but i never wanted to believe it… Masya’allah..
    That picture made me wanna gag..
    How..how can people be so…so cruel and heartless.?
    OMG… ok… not a good picture… way NO!
    Seriously, someone need to stop this BULLS*** Politik CR**…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: