Poet of Fall

Cabaran Semester Kedua

Posted in Life by vien88 on January 7, 2009

Aku tengok jadual aku semester ni, kelas bermula dari pukul 8.30am dan habis pukul 6.30pm! Gila…tapi takde la sampai berturut2, adalah break di antara subjek. Tapi yang tak boleh blah, isnin dan rabu jadual aku memang penuh! Langsung takde masa untuk berinternet siang2. Selasa dan Khamis pun tak boleh blah! Kelas pagi habis pukul 10am, kelas petang start pukul 5pm!

WTF is this??

WTF is this??

Semalam dah start menunaikan azam baru 2009. Dah mula study untuk subjek, tapi takde lah fokus sangat pun. tulis nota sambil tengok youtube. Yang pasti subjek tahap 2 banyak yang lebih susah dan mencabar. Kelas petang semalam pun payah benar nak concentrate walaupun dah cukup rehat kat bilik member. Tidur 10 minit je, pastu tak ngantok dah. Aiya?

Yang tak bestnye setiap hari kena bangun pagi, bertolak pada waktu pagi…panjat bukit nak ke kuliah D:. Oh well…

I don't understand...machine language D:

Kalau pasal projek pulak, masa first year dulu aku memang malas nak masuk pape. Masuk 2-3 je kot. Tu pun tak commited sangat. Aku ni jenis tak rapat dengan senior so agak susah la nak enjooy betol2. Lagi satu kalo aku buat keje, aku mesti serious. Ntah la…mindset aku dah kata bila keje kena serius sikit, aku tak jadi diri sendiri sangat sebab takot tercampur-aduk skali dengan perkara personal. Lagi2 kalo perempuan…kalo gado bab keje takpe, kalo bab keje gado terus jadi personal grudge memang takleh nak maafkan. Oleh itu, jangan rasa pelik atau pandang serong kalau dalam meeting aku jarang senyum. Aku memang camtu…

Tahun ni coursemate aku request aku jadi penolong pengarah teknikal untuk National Blood Donation sebab takde orang lain nak amik jawatan tu. Aku mula2 terima je dengan harapan dapat dok kolej. Tapi prosesnya agak susah gak. Bukan automatik pun dapat >_>

Semester lepas kolej aku gatal nak masuk kolej satu lagi…Cyber Dayasari namanye. At least something catches my interest, walaupun aku tak brapa terer sangat bab komputer. But that’s the closest thing I like. Tak pasal2 jadi SU sebab pengarah kata tak ramai senior yang masuk. Sepatutnya semester lepas, sebelum exam dah start servis, tapi macam2 problem berlaku so kita masih tak buka lagi. Minit mesyuarat tak tulis lagi…entah mana aku letak buku nota tu.

Masa akhir2 semester lepas lak aku dioffer jawatan Penolong Pengarah Publisiti untuk Malam Penghargaan Dayasari (fomral dinner thingy for my college. COnsider it as prom night sh1t). Hmm…aku tak expect dapat inherit title ni even aku jadi AJK tahun lepas. Sebab..? Sebab aku ni pemalas dan kurang komited hwaha~ Tapi aku enjoy buat keje publisiti…walaupun most of the time rasa ronery. Kali ni keje aku kena mengarah orang bawahan lak, tapi still kena ikot kata pengarah. Aku lebih suka jadi orang bawahan sebenarnye…entah kenapa. It’s like an illness or a fetish. Sebenarnya, lepas consideration, aku rasa cam taknak join lak. Kebetulan pada suatu hari tu aku bagi nama untuk join Karnival Akademik Fakulti, dan terus terfikir nak letak jawatan PP MPD. Malam tu aku ingat nak bincang dengan kawan aku pasal ni…tapi YM cam lembap lak. Tetiba time tengah nak tertidur pengarah MPD call suruh turun gi meeting. whut?? Aku tak dapat mesej pasal meeting pun… aku bengang sikit sebab takde orang bagitau…ke orang yang sepatutnya bagitau nak boikot aku..? kahaha lantak ko lar… yang pasti aku taknak campur aduk personal problem dengan kerja.

+ last2 aku reluctantly turun meeting. Bukan aku busy time tu, tengah letih je… tapi pengarah insist gak aku join. So aku hadir meeting…at the end…tetiba rasa interested pulak nak turut serta. Aku nak tarik diri sebab sendiri punya masalah… (plus aku tak rapat sgt dgn org lain) sekarang bila fikir balik…cam taknak pulak. @_@  and then I get to meet some…senpai >///>. Aku terkejut gak diorang ingat aku… but… kinda embarrassing cos I was scowling the whole time (control serius). Tak sangka pulak sorang tu still wanted to start a conversation with me…wahhhh they’re liek…popular di kalangan warga kolej. Aku ni lak sape?? Some nobody yang nyibuk dalam random project. u,u

Sehubungan dengan itu.. (ceh mcm Karangan zaman SPM) nampaknya aku kena kembali ke cara hidup Lone Ranger. Dah lama tak amalkan cara hidup ni…berapa lama agaknya…dah 2 tahun kot? Mungkin aku je yang perasan, tapi… well, rasa cam kena boikot sebab perkara kecik…yang dibesarkan as though it’s like a life-death situation? That aside, sem ni la aku rasa tak sabar2 nak pergi ke kuliah. Pagi2 je dah hilang hwehe.

Nak dekat kul 5 pagi ni… pagi2 buta la masa paling seswai nak guna wifi sebab orang lain tengah tidur. Lagipun aku tidur awal gila malam tadi (sebab keletihan), so bangun la awal. Ni satu lagi cabaran…aihh…

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Jo said, on January 8, 2009 at 2:04 am

    starting new sem next week?

  2. vien88 said, on January 8, 2009 at 7:47 am

    already started

  3. tiram tiram said, on January 8, 2009 at 11:14 am

    dont explode ur brain dude

  4. deady said, on January 8, 2009 at 12:30 pm

    ..aku nampak carta yg ala ala merepek tu pun aku rase takmaw bace dah
    haha ..

    wah jawatan yg bermaruah <3333
    aku suke title tu ..

    vulpine si PPP ..

    ..lawl..penolong pegawai publicity : D

  5. darkk25 said, on January 8, 2009 at 1:49 pm

    aku tak suke jadi pengarah. tapi aku suke jadi ketua ajk. tak tinggi sgt pangkat. tak rendah sgt pangkat. dan paling penting, mesti ada orang bawahan. haha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: