Poet of Fall

Kes Sosial dan Anti-sosial

Posted in Life, Serious shit by vien88 on December 28, 2008

Lepas baca blog f-one-r dan kazu, tetiba rasa cam nak tulis lak post mengenai bab ‘sosial’ dan ‘anti-sosial’ nih. Aku nak citer serba sedikit dari kisah lama aku dan juga sudut pandangan aku. Sebenarnya aku takleh nak setuju 100% entirely dengan pendapat kazu dan foner. Tapi jangan risau la, bukan aku tolak sepenuhnya buah fikiran korang.

Alright.

pertama sekali…perkataan ‘sosial’ tu sebenarnya bermaksud lebih kepada ‘friendliness’ and liking other people’s company. Tapi kat Malaysia ni…perkataan ‘sosial’… jadi istilah untuk describe golongan yang melampaui batas2 pergaulan.

Alkisah seorang kanak2 yang pendiam dan pemalu. Entah kenapa bila jumpa orang aku tak berani nak bersuara, terutamanya orang dewasa. Sampai mak pun bising aku ni tak mesra, siap banding2 lagi dengan sifat peramah childhood friend aku. Meh, nak buat camane…bukan masa aku lahir aku leh pilih personaliti sendiri pun. Aku dilahirkan begini…ataupun sifat pendiam ni disebabkan oleh suasana di rumah…? Itu kita tak tahu.

Walaupun aku ni pendiam, tapi dengan kawan rapat aku pandai buat lawak. Bila masuk je orang asing aku diam. Sifat pendiam ni teruk sangat, sampai ada satu masa ni aku tak pasal2 dipinggirkan aku tak marah pun. Takut hilang kawan. ‘Kawan baik’ still baik dengan aku, tapi bila waktu rehat aku takleh join. Aku tak tahu apa masalah aku, tapi aku diam je. Nasib baik ada sorang lagi teman time tu. Tapi tu la masalah dia… bila teman tu tak datang sekolah, aku dok sorang2, tengok orang lain bersuka ria dari tepi.

Thus datang azam dalam hati, “Kalau aku ditakdirkan berseorangan seumur hidup, takpelah. Tak kisah pun, aku masih boleh teruskan hidup…” (ni macam ayat Squall dari Final Fantasy 8 masa kecik). Masuk sekolah menengah aku jumpa kaunselor, dia kata mungkin aku ni pendiam sebab aku a dua orang adik beradik je. Mungkin jugak.

Masuk sekolah menengah lagi kesian… sebab kebanyakan pelajar dah kenal masing2 dari sekolah rendah dulu. Aku salah satu student yang sesat dari tempat lain. Oleh itu, masing2 dah ada geng tetap. Aku lak taktau nak masuk yang mana. Aku target beberapa orang…dan kadang2 aku buat sesuatu yang pelik supaya diorang dapat terima aku dalam geng lol. But relax la, eventually aku jumpa gak member kamcing. Yang bestnye geng aku sume minat anime dan melukis (kecuali sorang).

Sungguhpun misi mencari kawan sudah tercapai, masalah still berlaku. Oleh sebab aku rapat dengan diorang je, dengan orang lain dalam kelas aku tak ngam. Bual gitu2 je, tapi tak pernah lepak dengan diorang. Bila aku pergi shopping complex, aku pegi dengan famili, diorang pergi dengan kawan2. Setiap hari Ahad mesti pergi lepak2. Oh begitu ke budaya nya…rasa jeles pun ada gak…kenapa aku tak join… geng aku pun bukan jenis macam tu. Geng aku agak anti-sosial, jumpa kat sekolah, dok rumah macam budak baik…skali skala je lepak sama2 kat Summit Batu Pahat. Eh…bukan sekali sekala… sekali setahun!

Satu problem kalo kita asyik berkepit dengan satu kumpulan jer, kita susah nak masuk dalam discussion kumpulan lain. Kita susah nak cari teman dari orang lain. Contohnya, bila geng aku tak datang sekolah, aku jadi lonely. Nak masuk campur dengan geng orang lain takot diorang kata aku ni sibuk…lagipun kalo aku masuk dalam perbualan diorang, nak cakap apa? Diorang cakap pasal radio era.fm, gosip artis itu ini… aku lak kenal artis tempatan pun tidak.. Tu yang sibuk tengok Akademi Fantasia tu go with the flow, at least ada gak benda nak cakap…

Still, agak pathetic la aku ni tak banyak kawan. At least aku tak terjebak dengan couple2 time tu (hinggalah masuk form 5). Aku sekolah perempaun… classmate kenal budak laki dari sekolah lain, especially dari sekolah agama (Sekolah agama seolah2 wajib di negeri Johor). Aku tak kenal budak laki, aku pergi tusyen pun tak pandang diorang. Muka pun tak ingat, so tatau ada yang hensem ke tidak hwaha. Ni pun satu masalah…bila cakap dengan laki…aku jadi…segan. Sampai sekarang pun…erm, tengok keadaan la.šŸ˜„

Habis zaman sekolah, aku tanamkan azam nak jadi ramah sikit. Takde la sampai terlebih mesra, just latih diri pandai cakap dengan orang lain. Sebab aku tau lepas ni aku takkan jumpa orang yang sama minat dengan aku. So aku just kawan je dengan sape2. Topik pun harap2 aku leh bagi sikit buah fikiran. Ayah aku pesan, aku kena pandai cakap dengan orang. Kena pandai socialize, tapi jangan lah ‘sosial’ ke arah lain. Kalau taktau apa nak cakap pun, benda tak penting pun cakap je.

Aku selama ni rasa benda tak penting tak perlu la nak cakap. Ada sesetengah orang cerita dari awal sampai habis pasal hidup mereka dalam satu hari. Kepala otak aku mesti fikir, “perlu ke kita tau private life org lain?”. So, biasanya aku pun malas nak citer pasal private life. Tu yang buat aku pendiam. Pasal masalah pun aku suka pendam2… but sekarang, I find myself being more open about my personal life and problems. Up to the point I cleaned up my closet about a certain issue.

Which is…about bab sentuh2 antara laki dah perempuan yang tiada pertalian keluarga. Aku tau haram, tapi aku tak cukup kuat untuk tolak ex aku yang mengada2 nak pegang tangan dan peluk semua. Nyesal aku bagi, dah puas main aku, dia buang bila dah jumpa mainan baru. Blessing in disguise…mmg sedih time tu, but i deserve it…sebab aku langgar larangan bersentuhan tu. But that does not make me dalam golongan ‘sosial’…aku bercouple pun, aku still jenis anti-sosial.

As of now, aku rasa aku lebih ramai…erm…kenalan berbanding dulu. Termasuk jenis2 yang terlebih sosial, tapi aku tak kisah…aku takde la nak memilih sgt skrg ni. Asalkan aku tak terjebak dengan aktiviti diorang sudah la. Aku rapat dengan orang tu dan orang ni, aku leh bual2 dengan kenalan lain tanpa masalah kekok. Dengan kaum lelaki pun no problem. Tapi takdela sampai aku tergedik2 bajet manja uwekkk. I say I’m quite satisifed with moderately social self right now. Aku lagi ramai member pun, aku still tak suka lepak2 sampai lewat malam (mak tak bagi~). Takde la aku lepak dengan ramai2 laki, kecuali dalam dewan kuliah (skema siot). Kiranya, sifat anti-sosial masih ada dalam sanubari.

So bagi kawan2 aku yang anti-sosial di luar sana, kalau dah bersikap camni zaman sekolah, nanti masuk menara gading ada masalah tau. Nanti korang kena masuk projek tertentu, buat assignment, buat presentation (aku paling lemah bab ni)…soft skill tu penting. Tanamkan azam nak ubah diri tu sikit. Jangan terlalu senyap, jangan terlalu mesra. Moderate je. Jangan culture shock pulak! bahaya beb…

kalau tak master lagi (atau halfway mastered)…nanti nak kerja susah. Kalau nak selamanya jadi hikkikomori baik dok rumah, kawen, jadi isteri solehah. stop dreaming about going to college or something >_> Kalo nak keje gak, baik korang ubah sikit sebab nanti kena deal dengan laki gak… tu kalo perempuan… kalo laki…entah la. Kalo ko jenis pendiam jadi taxi driver pun tak best. Aku penah naik teksi di mana pemandu nye tak ramah langsung…ayah aku nak start conversation, dia jawab cam nak taknak. Last2 ayah aku malas nak layan…lol.

Jangan la sampai set psikologi tu dengan social = bad. No. Kena ada fikiran matang sikit. You should grow up and understand it yourself.

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. kazu said, on December 28, 2008 at 11:43 am

    “Contohnya, bila geng aku tak datang sekolah, aku jadi lonely. Nak masuk campur dengan geng orang lain takot diorang kata aku ni sibukā€¦lagipun kalo aku masuk dalam perbualan diorang, nak cakap apa?”

    weh teringat masa aku Form 6 tahun ini.. masa geng aku tak datang kelas, aku jadi lonely dan tinggal sorang-orang dalam kelas. Cikgu aku pun heran tanya aku mana perginya classmate aku padahal aku dengan 3 orang sahaja yang hadir – 2 lelaki, 1 perempuan..

    Lama-kelamaan aku dah jadi mesra sedikit, cuma banyak benda kena diperbaiki.
    Anyway boleh beri tips macam mana nak master soft skill? :3
    Aku duduk rumah, so jarang jumpa orang lain kecuali kawan mak aku selalu datang bertandang.

  2. vien88 said, on December 28, 2008 at 11:47 am

    kazu>> nanti kalo ko masuk U… when you’re away from home.. ko boleh latih diri. rajinkan diri masuk projek2… hmm maybe ko sesuai masuk Balai Islam, atau persatuan agama for a start. aku pun tak terer lagi bab soft skill…

  3. deady said, on December 30, 2008 at 12:39 pm

    man .. korang post mende mende yg ceria level 1 camnie dekat tahun baru cam takde keje .. je haha

    …soft skill ..
    emm i hav none of that i guess

    but become moar friendly with other and let other help u .. is helping too

    plus ..
    cube tambahkan sifat tak tahu malu sket lawl..
    *maknanya takyah la memalu kalo nak tegur orang ..orang tu bukan nak makan ko pun*

    or the last way ..
    JUST BECOME THE OVERLY RETARD HIKIMORI : DDDDDDD

    ish ish anyway vulpine happy new year


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: