Poet of Fall

Ayakashi : Samurai Horror Tales

Posted in Review by vien88 on December 7, 2008

First saw the advertisement in Animax…but I missed the show cos I was stuck in Hostel. I bought the DVD to make it easier (malas nak tunggu download. Download Code GEass R2 pon dah menyeksakan). Yang menarik minat aku untuk tengok Ayakashi ni ialah disebabkan oleh my idol, Yoshitaka Amano (popular dengan Vampire Hunter D dan Final Fantasy series) selaku character designer bagi anime ini. Bila aku research sikit pasal anime ni, rupanya terbahagi kepada 3 story, each story mempunyai karakter designer yang berbeza serta pengarah yang berbeza…and possibly different animators.

Ini anime yang dihasilkan oleh studio Toei Animation, mengisahkan 3 cerita iaitu “Yotsuya Kaidan”, “Tenshu Monogatari” dan “Bakeneko”. Setiap cerita juga mempunyai animasi OP dan ED yang tersendiri walaupun lagu kekal yang sama. OP oleh Rhymster dgn lagu ‘Heat island’ (dalam video atas tu) manakala ED ialah ‘Haru no Katami’ oleh Chitose Hajime. Baiklah, izinkan ku mulakan review.

Aku boleh katakan cerita ni, disebalik tema horror, ianya memaparkan sifat kerakusan lelaki dan penindasan terhadap wanita. Bukan nak kutuk, tapi menunjukkan sesuatu realiti dan juga boleh diambil sebagai pengajaran. Nak mudah…aku kena review satu per satu.

WARNING: May include spoiler!!

1. YOTSUYA KAIDAN

Yotsuya Kaidan

Yotsuya Kaidan

Director: Tetsuo Imazawa

Character Designer: Yoshitaka Amano ❤

Dengan watak2 bermata kuyu dan muka sedih, memanglah trademark Yoshitaka Amano. Yotsuya Kaidan, atau Yotsuya Ghost Story adalah adaptasi dari sebuah cerita hantu klasik Jepun yang ditulis oleh Tsuruya Nanboku, penulis untuk persembahan kabuki (sape taktau apa bendalah ni sila google) pada tahun 18-an.

Alkisah seorang ronin (samurai yang tiada tuan) yang sudah berkahwin dengan seorang wanita jelita, namun dipisahkan oleh bapa wanita ini kerana didapati ronin tersebut pernah buat keje jahat. Demi kembali ke wanita yang disayanginya, dia sanggup membunuh mertuanya dan menipu isterinya bahawa dia “akan membalas dendam untuk ayah”.

Pada waktu yang sama, adik kepada wanita ini kehilangan tunangnya akibat perasaan iri hati seorang jantan gatal. Jantan gatal ini juga ‘janji’ kepada adik wanita ini bahawa dia akan menjejak pembunuh tunangnya.

Balik ke wanita jelita itu…sebaik sahaja dia melahirkan anak, dia jatuh sakit… dan perasaan sayang si ronin itu berkurangan akibat tension dengan kehidupan miskin. Luck was on his side, apabila seseorang yang kaya ingin ronin nikah sama anaknya (walaupun sudah tahu ronin itu dah berpunya) dan pihaknya telahpun buat rancangan untuk get rid of isteri pertama.

Isteri pertamanya mengambil ‘ubat’ yang diberi oleh anak orang kaya (dengan harapan cepat pulih) tu lalu mukanya menjadi cacat. Ronin itu kembali, menyatakan hasratnya untuk mengahwini anak orang kaya itu pada malam itu juga. OH MY GOD, kenapa macam pernah lalui cerita tragic ini LOLOLOL. Oleh sebab patah hati, isteri pertamanya terbunuh diri…

Kekecohan berlaku sebaik sahaja mayatnya dicampak ke dalam sungai, sekali dengan seorang hamba ronin itu. Mulalah satu sumpahan, yang menyebabkan 18 orang mati di kalangan keluarga Ronin dan orang kaya itu. Dikatakan keluarga ronin dan orang kaya itu sudah dihapuskan; tiada waris langsung. Dikatakan sesiapa yang mengadaptasi cerita ini akan menimpa nasib malang juga… termasuklah si tukang bagi review ARGH!! O_O|llll

Ada lagi cerita sebenarnya, aku malas nak spoil bebanyak. So kita lihat si Ronin ni jadi Melayu basi bila dia tinggalkan anak dan isterinya demi perempuan yang lagi muda, cantik dan kaya. Padan muka dia kena sumpahan, jadi gila nampak khayalan si mati sana sini. Overall… bab rasuk2 dan jelmaan hantu memang freaky (kalau jadi live action J-Horror mesti lagi seram). Walaupun tema ‘balas dendam’ tidak digalakkan… tapi kesimpulannya… jangan la jadi cam Ronin bangkai ni.

2. Tenshu Monogatari

Tenshu Monogatari

Tenshu Monogatari

Director: Hidehiko Kadota

Character Designer: Yasuhiro Nakura

Juga dikenali sebagai “Goddes of Dark Tower” diadaptasi dari drama pentas yang bertajuk Tenshu Monogatari oleh Kyoka Izumi. Terdapat dua bangsa di dunia ini iaitu manusia dan dewa (more like demons in a form of goddesses). Manusia dan dewi diharamkan bercinta…tapi seperti yang diagak, cerita ni mengisahkan manusia lelaki yang jatuh cinta dengan dewi dari mahligai yang dok terceruk di tengah2 hutan. Expect some “I don’t care who you are, where you’re from, what you did, as long as you love me” theme (courtesy of BackStreet Boys). Ala2 shojo manga… Oh tiada halangan dalam percintaan…

Romantik…kah?

think again. Malangnya lelaki ini pun tergolong dalam kategori Melayu Basi kerana dia pun sudah mempunyai tunang (who in the middle of the story became his wife). Aduh… boleh ku kata cerita ni romantik kalo hero dia bukan lelaki yang curang. *mata guling* Tema satu lagi ialah cinta pandangan pertama, oleh kedua2 pihak. Baru kenal, dah syok. Hanya kerana rupa. Dewi tu lagi..ugh…jauh lagi lawa drp tunang dia…and langsung takde moe factor😛

Peperangan antara manusia dan para dewi bermula apabila didapati burung kepada Tuan lelaki ini berada di mahligai dewi itu. Ini pun dimangkin oleh isteri lelaki itu. Good girl~! Ya, sebenarnya Lord ini cuma nak kembali Falcon-nya, that’s how all the story is unfold. Nak tau kesudahannya tengok sendiri la.

Grafik bagi animasi cerita ini kurang menarik, walaupun berwarna-warni. Nampak cam kartun sangat. Nampak kurang realistik walaupun wujudnya watak2 dewi. Lagipun kadang2 karakter nampak cacat.

Pengajaran cerita ni… entah… tak tahu la. Dengan adanya watak yang curang cerita ini dah bagi aku impresi yang negatif. But maybe aku boleh cakap… Hiduplah dengan harmoni walaupun bangsa berbeza. PERPADUAN TERAS KEJAYAAN. ’nuff said.

3. Bakeneko

Bakeneko

Bakeneko

Director: Kenji Nakamura

Character Designer: Takeshi Hashimoto

Cerita original oleh pengarah dan Michiko Yokote, juga dikenali sebagai ‘Goblin Cat’. Nak panggil Cat Demon pun boleh.

Fevret aku daripada 3 cerita Ayakashi; dari segi grafik, animasi dan penceritaan. (+ NEKO!!❤ ) Grafik macam dalam anime Gankutsuou: The Count of Monte Cristo manakala animasi macam dalam game Okami, ala Sumi-e gitu. Sepatutnya Yotsuya Kaidan dan Tenshu Monogatari pun guna stail gini, baru la gempaq.

Sepanjang cerita ini, babak yang menyeramkan ialah apabila watak jadi gila secara tetiba. Walaupun agak freaky, tapi ekspresi mereka sangat lucu. Macam nak neutralize tema horror bagi cerita ni. Ah, i think ada satu point dlm citer ni yg menyebabkan aku dgn adik aku guling2 sambil menjerit…tapi tak ingat nape O__o

Ceritanya… pasal cucu kepada ketua sebuah keluarga samurai yang akan kahwin pada hari kejadian. Secara misteri, cucunya meninggal dunia. ‘Kebetulan’ pula, seorang penjual ubat selamba sahaja masuk kawasan diorang untuk menjalankan perniagaan tetapi ditangkap pula oleh keluarga itu. Dia dituduh menyebabkan kematian pengantin, tapi tujuan dia kemari ialah untuk menghapuskan roh yang mendiami rumah itu.

Namun, dia kena tahu alasan sebenar mengapa roh itu menyerang keluarga samurai ini untuk menghapuskannya. Pasti ada sebab. Korek punya korek, akhirnya ketua keluarga mengaku apa silap yang telah dia lakukan.

Menculik seorang pengantin dan membawa ke tempat kediamannya. Dia kata perempuan tu merelakan diri kepada nya… tapi…

….pedang yang sepatutnya boleh ditarik keluar selepas kebenaran diketahui masih kekal dalam bekasnya. Nampaknya…cerita sebenar kita tak tahu lagi. Hinggalah seekor roh kucing ini mengamuk dan menunjukkan segala flashback yang dilalui oleh pengantin itu. Rupa2nya… dia jadi hamba… ops, let me emphasize that… dia jadi “HAMBA” bagi lelaki dalam keluarga samurai yang jahil tersebut.

Bakeneko berniat baik, berasa tanggungjawab untuk membalas dendam perempuan itu (yang pernah menyayanginya) selepas dibunuh secara kejam. Sungguhpun begitu, si penjual ubat terpaksa menghapuskannya juga.

Pengajarannya… jangan menindas wanita. Kalo tak… ada penunggu kucing menghantui kamuuuu…

*****

Hmm nak rate anime ni…? maybe aku bagi… 3.5 out 5. Takde la best sangat cam TTGL tuh, but 11 episodes is worth a watch. OP dan ED best, bgm pun boleh tahan.

Tagged with:

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. manamana said, on December 7, 2008 at 1:44 pm

    siri ni mmg termasuk in my wishlist, cuma tgh takde source nak sedut / beli buat masa nih.

    first baca review dia kat starz cam menarik je.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: