Poet of Fall

Tanah Runtuh dan Banjir Kilat

Posted in Serious shit by vien88 on December 6, 2008
1999 Bukit Antarabangsa Landslide

1999 Bukit Antarabangsa Landslide

Baru tengok news tengah hari tadi. Pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Then muncul spinnajib (credits to mana >w< ) di kaca TV berkata, “Selepas ini kita mesti berhati2”. I LOL’d. Baru sekarang nak berhati2 ke…  Dah tau bungalow dok kat bukit, konfem la tanah runtuh berlaku. COMMON SENSE. Satu lagi, dulu kat sekolah dan Universiti korang belajar apa haa? Akar pokok tugasnya mencengkam tanah supaya tak pecah menyusur ke tempat lain… lagi2 kat kawasan tanah tinggi, mesti la berlakunya tanah runtuh. Tu la, nak tebang2 pokok lagi (secara haram atau legal, sama je). DEVELOPMENT la katakan.

Sem ni aku rasa bertuah mengambil subjek Pengenalan Kepada Hidrosfera sebagai subjek luar jabatan. Walaupun kurang yakin keputusan exam bagus untuk subjek ni, tapi lecturer memang ‘membuka mata’ kami terhadap perkara2 yang berkaitan sistem pengairan di Malaysia (dan dunia).

Contohnya, mengapa banjir kilat berlaku? Dulu aku terfikir gak, camane boleh berlakunya banjir kilat sedangkan kita dok di kawasan yang lebih tinggi daripada aras laut. Hairan juga kenapa sungai tak dapat menampung air hujan. Berlebihan sangat ke? Padahal air yang tersejat dan dikondensasi ke langit datangnya dari permukaan bumi. Sepatutnya kuantiti air terabadi…

Namun air bukanlah sesuatu yang maya dan lembut, ianya mempunyai kuantiti dan jisim. Memenuhi ruangan yang tertentu. Bukan macam api. Tapi macam api, kecil2 kawan bila dah besar jadi lawan. Anyway, oleh sebab air adalah sesuatu jirim maka ianya tidak boleh hilang sebaik sahaja turun ke tanah dalam bentuk hujan. Pecah boleh, tapi masih ada jirim. Air yang tanah takkan nak duduk diam sahaja, mesti dia akan mengalir ke tanah atau balik ke sungai (laut, tasik, longkang) akibat tarikan graviti.

Malangnya, di kawasan bandar, susah betul untuk air mengalir ke tanah. Sebab kalo kita nak bina bangunan, tak boleh bina sebarangan atas tanah yang lembut. Oleh itu, developers pi letak tanah jenis tanah liat (bila dah keras tak liat la) atau ‘Clayey Soil’ sebagai tapak supaya tanah tak runtuh. Uhhahaha. Clayey soil ni pulak, tak boleh menampung air. Yang kat kawasan tiada pembinaan tu Sandy Soil (if i’m not wrong), di mana water can penetrate into the ground. Clay is an ionic substance, apparently it doesn’t let water pass through it. Oleh itu, air yang sampai kat soil jenis ini akan mengalir je atas permukaan bumi. Makin banyak air hujan turun, makin banyak la air ditampung oleh permukaan clay… and then you’ll get FLASH FLOOD.

Lecturer aku suka kutuk2 ahli politik pasal hal ni. Diorang tak moh dengar! Development je lebey, environmental effect tak pikiaq. Nak maju konon, otak still tak maju kalo bab alam sekitar tak dipertikaikan. Last2 sape yang rugi?

Pendapat aku, construction hanya boleh dilakukan bila PERLU saja. Lapangan kapal terbang boleh terima lagi lah. Tapi…cam kat kawasan Bandar Utama tu, sekelompok shopping complex dah terbina. PERLU ke? One Utama dah cukup besar, datang pulak The Curve, Tesco, Ikano dan Ikea (erm Ikea bole terima lagi >///> ). Isi kandungan dalam bangunan pon balik2 sama. Baju, kedai makan, kedai buku, kedai computer… apa beza? Satu kawasan satu pusat membeli belah pun cukup la. Yang sedeynya kat Batu Pahat pon gatal nak buat Batu Pahat mall. Depan sekolah aku yang dulu ada pokok yang bole buat teduh pon kena tebang sebab oleh sebab Tesco.

Bila aku tengok construction site, aku rasa loya. Kadang2 aku rasa benda ni tak penting pon. Nak bina kawasan perumahan baru? Macam tak cukup je… macam… tetiba manusia bole buat klon2 dan perlukan tempat tinggal untuk simpan klon2. Ok, maybe lahirnya family baru. Tapi ada family baru, mesti ada family lama yang dah kembali ke rahmatullah. So sepatutnya seimbanglah kadar kelahiran bayi dengan kadar kematian rakyat (it does make me sound vile saying this). Apa salahnya dok rumah lama, boleh je renovate (cam rumah aku skrg ni huhu). Ada kes… penat2 je siapkan bangunan apartment yang cun2, tapi takde orang pun berani duduk (hanya sbb sekuriti kurang bagus)… cis… sapelah punya idea ni. Len kali nak bina bangunan fikir baik2 la! Nak duit je, last2 ko gak yg rugi.

Kena pergi balik ke sekolah la diorang ni.

Tagged with:

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. darkk said, on December 6, 2008 at 7:38 am

    Kalo balek sekolah semula, tapi tido dalam kelas tak guna jugak..lalala~~

  2. k4in said, on December 6, 2008 at 8:24 am

    dieorg buat rumah baru tuh bukan sesaja.. tapi nak menaikkan taraf tanah itu sendiri.. so bile nilai tanah naik.. so ramai akan duduk..

    but idea buat rumah atas bukit memang tak patut la.. sebenarnya struktur tanah akan lari sedikit bile kerja hentaman cerucuk (piling) dilakukan lelagi di atas bukit.. so die akan ambik masa yang lama la.. tu bile hujan.. tanah cepat runtuh..

  3. shin said, on December 6, 2008 at 9:35 am

    they will never learn lol
    too bad cant blame all of it to Samivellu animoar lol

  4. deady said, on December 6, 2008 at 1:47 pm

    .. =+= nasib kaya seh ..

    tapi giler aa dah nak akhir tahun mesia tak slamat dier slamat time awal tahun je lawl
    .. bencana alam byk berlaku pada musim hujan ekeke

  5. vien88 said, on December 6, 2008 at 1:57 pm

    darkK>> kena taw tujuan gi skolah bukan utk tido

    k4in>> camne taraf tanah naik bila buat rumah baru? hilang pokok, hilang kukuh gak…

    shin>> i hope they learn

    deady>> kaya pun duit xleh nak beli balik nyawa yg hilang (lol cam patapon XD). Bencana alam camni berlaku sbb kebuduhan manusia yg buat rumah kat bukit.

  6. fatin said, on December 6, 2008 at 3:49 pm

    mmg x patut wt umah ats bukit,lg2 banglo.tp diorg wt cmtu sbb biasenye org2 kaye ske umah ats bukit,dpt tgk pmandangn,high cls.so manyak ong maa..

    psl construction prumahn kite kne trime sbb kdr klahirn lbeh tggi dr kdr kmatian.bg yg bkrje yg dok kt quartz,bile dh pencen kne cr umah dok kt luar.cume diorg kne slidik dlu cri2 tnh b4 wt umah.

    psl sklompok shopping complex tu lak sbb kt ctu kn kws ptmpatn tggi.lg ramai org,lg laku,lg brkmbg bisnz diorg.
    ni pndpt aku even aku x bp sokong ngn crtain tindakn krajaan.peace!!

  7. vien88 said, on December 6, 2008 at 3:55 pm

    hwahah bahaya dok bukit… lain la kalo tanah atas bukit tu keras… cam Count Dracula punya castle kat Romania. Still kukuh lagi.

    Erm…but still aku tak suka tengok pembangunan yg terlalu banyak..contohnye cam apartment aku ckp tu. takde org dudok pon.

    Mmg la kwsn penempatan tinggi. kasi 2-3 pon cukup la, takyah la bebanyak.

  8. kazu said, on December 7, 2008 at 9:08 am

    ish ish ish. setiap kali aku pergi KL, aku lihat banyak rumah dibina di kawasan bukit misalnya bungalow. Yang herannya, tak kira berapa banyak rumah dibina, still tiada orang nak menetap di sana. Dah lah harga rumah/apartment mahal (tengok aje semua iklan billboard kat tepi jalan masih banyak lagi)

    Baik salahkan pihak Menteri yang berikan kebenaran untuk membina petempatan kepada pemaju. Pemaju ni hanya penipu sahaja, nak duit daripada syarikat atau penduduk.

    Aku tak suka sangat dengan shopping complex, dah lah kedai ada berlambak dekat apartment atau supermarket macam Ikea, Curve and etc.

    Naseb baik Perak takde kena banjir kilat dengan tanah runtuh.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: