Poet of Fall

Ketenangan dalam Kesengsaraan

Posted in Review by vien88 on November 19, 2008

Bila anda dalam kesengsaraan, boleh tak anda bertenang?

Apa maksud di sebalik frasa ini? Jadi aku fikir balik time aku tengah sengsara dahulu… hmm… tenang ke aku. Aku tau jiwa aku tak tenang, kalo tengok muka tak tahu la. Tapi si tiram kata muka aku still nampak sedih, walaupun aku cuba sedaya upaya untuk senyum dan gelak. Aku pun cuba sedaya upaya untuk tenangkan diri.

Bunyi ayat tu memang sangat kontra; “ketenangan” lepas tu “kesengsaraan”. Dua benda yang berbeza, dua perasaan yang berbeza, dua definisi yang berbeza. Namun bila fikir balik..cun gak ayat tu. Tapi bila first time jumpa… aku gelak!

Nak tahu mana kitorg jumpa?

Alkisah 3 orang bakal ahli fizik yang bosan hidup tanpa kuliah dan peperiksaan. Tujuan utama, sorang tu nak jumpa rakan sekolah menengah yang sudah sekian lama tak jumpa. Bosan pun ye jugak. Sorang lagi, dah memang tengah bosan! Sorang lagi…bak kata dia “aku ikut je”😀

Malam tadi, kami bertiga berbincang topik rawak (atom bergerak secara rawak??) yang lawak gile dan sengal. Somehow aku TER-ajak diorang keluar tengok wayang. Bincang punya bincang, sebagai bakal ahli fizik kami tertarik dengan tajuk citer James Bond yang baru; “Quantum of Solace”. Tahun depan kitorang akan mengambil kursus Quantum Mechanics. Kehkeh. Oleh itu kami pon menonton filem ‘Jembon’ (malas nak eja bole x) terbaru tersebut.

Major turn-off bila tengok wayang, mesti ada sarikata dalam bahasa ibunda yang kadang-kala menterjemah perkataan/ayat Bahasa Inggeris yang kurasa “takyah translate pon takpe”. Hampir semua benda nak translate, sampai tajuk QUANTUM OF SOLACE pon nak translate… dalam Bahasa Melayu tajuknya jadi KETENANGAN DALAM KESENGSARAAN. Sebagai pelajar jurusan Fizik tahap universiti yang bakal mempelajari subjek kuantum, kami bertiga sahaja yang tergelak guling dalam panggung wayang tu (kalo kita dlm anime mungkin terjatuh nampak kaki je).

Aku meluncur ke website Dictionary.com untuk mencari definisi.

Untuk “Quantum”, inilah yang ku jumpa.
1. quantity or amount: the least quantum of evidence.
2. a particular amount.
3. a share or portion.
4. a large quantity; bulk.
5. Physics.
a. the smallest quantity of radiant energy, equal to Planck’s constant times the frequency of the associated radiation.
b. the fundamental unit of a quantized physical magnitude, as angular momentum.
–adjective
6. sudden and significant: a quantum increase in productivity.

Untuk “Solace” pula…
1. comfort in sorrow, misfortune, or trouble; alleviation of distress or discomfort.
2. something that gives comfort, consolation, or relief: The minister’s visit was the dying man’s only solace.
–verb (used with object)
3. to comfort, console, or cheer (a person, oneself, the heart, etc.).
4. to alleviate or relieve (sorrow, distress, etc.).

….

So kiranya tajuk dalam Bahasa Melayu memberi definisi “Solace” je la. Kenapa tak Kuantum Ketenangan dalam Kesengsaraan? lol~~

uihh malasnye nak review… tapi aku celoteh sikit la pasal citer Jembon baru ni.

Walaupun aku tak minat En. Bond ni (sebab utama, tabiat suka one night stand), aku cadang nak tengok ni pun sebenarnya nak tengok tahap action hebat mana. Bukannya sebab tertarik dengan tajuk pon kahaha. So aku analisa dari awal sampai habis, tak tahu la kenapa aku rasa bosan dengan car chasing sequence sambil menembak2. Walaupun overused, klise ni wajib ada dalam setiap action movie. Truth be told, I don’t feel the thrill as I did when watching Eagle Eye. So kiranya, Eagle Eye > Quantum of Solace. Tapi QoS agak best berbanding dengan filem bond yang lepas2. Karakter development lebih mantap, dan tak terlalu fokus kat misi dan matlamat.

Heroin tak cun. Serious. Biasa je. Tambah mekap baru nampak cun. Heroin ni macam takde identiti yang memorable. Yang aku perasan belakang dia macam ada parut yang menggerunkan, tapi still tak malu nak tayang. Hmm Bond kali ni pulak kurang adegan ‘panas’, which is satisfactory cos aku tak suka tengok agen yang terergilababeng dengan kelemahan terhadap perempuan. Oh yea, tiada ‘cinta’ dalam citer James Bond, yang ada hanya ‘keperluan’. ahaks~

Aku suka cara dia bunuh orang dengan sempoi. Tu satu part yang best tentang Bond. And Daniel Craig’s eyes are so flourscent blue!! <3  Don’t get me started with the body >///<

but seriously, citer nya tak bagi impact apa2 kat aku berbanding dengan… well. Dah ckp tadi. So aku malas nak review banyak sangat. Taktau apa nak tulis da.

Tagged with: , ,

7 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. fatin said, on November 19, 2008 at 1:56 pm

    woih,”aku ikut je”..trasenye aku.. =P
    Quantum of Solace=Ketenangan dalam Kesengsaraan=Kuantum Ketenangan dalam Kesengsaraan…kah???
    hakhakhak!!!
    btw,jembon mmg macho beb..

  2. vien88 said, on November 20, 2008 at 12:18 am

    dah tu mmg trademark ko… nak wat camne…

  3. kazu said, on November 20, 2008 at 5:46 am

    lol biar betik.. baik translator macam tu patut ke pecat. Macam mana dia boleh dapat kerja padahal setiap ayat English ada banyak maknanya.

    Anyway try watch Casino Royale. Best show ever I seen. I love his eyes and his sexy body. hehehe terasa nak carik gambar dia jadikan wallpaper lol

  4. tiram tiram said, on November 20, 2008 at 6:56 am

    kikikiki…long live Quantum!

  5. halfey said, on November 20, 2008 at 9:19 am

    I’ve wrote similar post here:

    http://yougotta.freehostia.com/?p=416

    Title: Dirty American Heroes

  6. sharif-strike said, on November 29, 2008 at 7:04 am

    I’ve heard about a more ridiculous translation from English to Malay:

    English: “Well, fine!”
    Malay: “Telaga, denda!”

    LOL

  7. vien88 said, on November 29, 2008 at 8:19 am

    LOL thats epic!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: