Poet of Fall

Melayu Jarang Main Game versi Jepun

Posted in Life by vien88 on November 17, 2008

Biasanya game dari Jepun akan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris selepas beberapa bulan game tu dikeluarkan. Ada budaya di kalangan kaki game/gamers membeli dan main video game yang dalam versi Jepun. Ada sebabnya. Satu, tak sabar2. Satu lagi nak dengar suara seiyuu/voice actor terkenal yang memegang watak2 yang tertentu. Kadang-kala voice actor dalam versi Bahasa Inggeris tidak begitu hebat. Aku tak nafikan aku salah seorang yang beli game versi Jepun, tapi alasan aku sebab tak sabar2 dan sebab terlalu minatkan watak hero dalam game itu.

Oh ye, perlu diingatkan bahawa entry kali ini bukanlah artikel atau analisa yang serius. Jika tidak berminat dengan coretan kehidupanku, sila tekan ‘back’, tutup ‘tingkap’ atau proceed ke laman sesawang lain (lol sesawang~).

Balak 3D aku <3

Balak 3D aku❤

Final Fantasy VII: Dirge of Cerberus (PS2), salah satu spin-off dari game Final Fantasy VII (PS), di mana watak fevret aku, Vincent Valentine dilantik menjadi hero kali ini❤. Sungguhpun dah cuba main versi Jepun, tetapi aku tak habis main lagi. Aku ter-stuck kat satu stage, tak ingat yang mana. Lagi satu aku dapat tahu aku tertingal side-quests yang tertentu. Tu la, tak faham baca kanji menggatal nak main Jepang punye lol~

Bila keluarnya versi Bahasa Inggeris, aku beli juga. Main punya main, tapi ni pon tak habis jugak. Hmm, walaupun Vincent watak kegemaran aku, malangnya game Dirge of Cerberus ni tak brapa best. Lagi satu masalah, aku ni kalo game tembak-menembak ni lemah sikit. Satu lagi aku bengang ialah kehadiran Shelke (sorry mana-sama >.<) … sukati je nak rampas balak orang!! (oops, macam pernah je aku lafazkan ayat tu sebelum ni, kehkeh)

Balik ke pangkal jalan…

Sebenarnya ada satu citer ni yang buat aku rasa…entah. Bangga kot.😄 tapi aku betul2 rasa terharu~

*****

Alkisah seorang ninja wannabe yang baru dapat tau bahawa game Sengoku Basara X sudahpun keluar semingu selepas tarikh yang ditetapkan.

Sengoku Basara X

Sengoku Basara X

Aku lah tu >_>. Aku pun pergi lah ke kedai game yang terdekat (disclosed for personal reasons X3) tanya ada ke tak. Amoi di belakang kaunter tu kata “Sudah habis stok. Japanese games biasanya cepat habis. Next week ada stok baru, so datang la next week”.

Eloklah stok baru aku akan datang. Tapi sudah ‘next week’ pun aku datang. Beberapa minggu selepas tu pun aku tak kembali ke kedai itu. Aku ada lepak di kawasan tu dengan member, tapi bila dah lepak dengan member langsung tak ingat pasal fandom. Lagi2 kawan tak minat game macam aku.

*****

<review>

Sebelum aku teruskan, aku nak cerita sikit pasal Sengoku Basara. Mesti ada di antara korang yang pelik kenapa aku tak tunggu versi BI. Well, sejarahnya aku main game “Devil Kings” dahulu, yang dikatakan Sengoku Basara (siri pertama) versi Bahasa Inggeris. Namun, kipas-susah-mati SB sebulat2nye reject kenyataan bahawa Devil Kings = Sengoku Basara. Pada mulanya aku tak faham, tapi bila analisa betul2, baru aku tahu apa maksud mereka.

Memang Devil Kings diterbitkan dari ‘original’ Sengoku Basara, tetapi, nama2 watak yang sepatutnya dalam Bahasa Jepun kesemuanya sudah tukar ke nama ‘omputih’. Story Mode tiada dalam DK, tapi dalam SB ada. Dengar kata suasana/environment dalam DK di-western-kan sedikit. Kemudian aku dapat tahu bahawa SB adalah game yang ‘based on a true story’ sebab menggunakan nama2 tokoh zaman Sengoku. Tapi Story bagi setiap karakter dalam adaptasi game ni banyak twist daripada sejarah sebenar.

Oleh sebab DK gagal memenangi hati peminat (oleh kerana voice acting yang teruk. Tapi bagi aku ok je), CAPCOM terus tak mahu buat versi Bahasa Inggeris untuk sekuel SB, iaitu Sengoku Basara 2. Aku pun beli je la, Jepun pun Jepun la, asalkan ada panduan dari GameFAQs. Dialog dan cerita buat2 faham. Kadang2 tu macam faham betul2 je. Apa2 pun, yang penting game ni BEST. Sangat best kalo tujuan anda main nak lepaskan tension. Sebab ni game Hack & Slash, banyak action dan bunuh2 orang sampai dapat combo 30,000 hits (setakat ni watak Nohime je yang mampu capai tahap ni. Ye la, sbb dia pakai pistol =_= ). Bukan tu je, skema warna setiap watak sangat cantik dan menarik. Gameplay pun mudah dan straight forward, tidak perlu fikir banyak sangat strategi, oleh itu kalo tak faham Jepun pon masih boleh capai kemenangan. Seriously, lagi mudah daripada Sengoku Musou (aka Samurai Warriors) yang menggunakan tema yang sama.<review>

*****

Alamak jadi review pulak.

Ok balik ke cerita aku >///<

OK, semalam aku pergi balik ke kedai tu oleh sebab adik yang baru kawen dengan PSP nye nak beli game baru. Alang2 kat situ, tetiba teringat pasal SBX. Aku pun tanya la Amoi yang aku jumpa hari tu (ntah ingat ke tidak aku, tapi aku selalu je pergi kedai tu). Dia suruh aku tunggu sebentar, dia nak cek. Lepas tu dia keluarkan bekas plastik DVD SBX.

“Hari tu saya ingat ada orang minta game ni, tapi tak cam muka,” katanya “sekarang saya ingat, awak yang minta”.

Aku “Oh ye ke?”

Amoi tu angguk. Katanya lagi “Saya sengaja simpan untuk awak. Ni last copy”

\OAO/

aku rasa serba salah yang dia simpan untuk aku, kalo orang mintak SBX mesti dia kena tipu customer. Aku pun tanya lah “Kenapa you simpan untuk saya?”

Jawapan yang diberi, buatkan aku rasa sungguh terharu…. “Sebab jarang orang Melayu beli Japanese game”

O_O!!!

Biar betikkkkk takkan la aku sorang je Malay yg beli game versi Jepun. Mie Onee-san selalu je, pastu ada Gforummer bernama KinZaibatsu dah habis main dah pun Persona 4 (JPN) – versi BI kuar Disember ni!! Ataupun aku ni salah seorang Malay yg beli game Jepun (dari kedai tu) dari bilangan yang sangat kecil? Pergh, apa2 pun aku rasa bertuah dapat last copy DVD SBX, yang di-reserve khas untuk aku😀

Pastu nak kaver rasa bangga tu aku cakapla kat dia, “erm sebab game ni takkan kuar dlm English, so saya beli je la yg Jepun”. malas la nak mengaku aku tak faham/tak pandai baca Jepun sebenarnye >w<

Hwahahah lepas ni boleh la bodek2 diorang. Mana tau dapat spesel priveledge ke (diskaun ke~). Mengharap siot aku ni. XD  aku fikir nak part time job kat situ kalo ada rezeki.

*****

:3

Tapi aku tak dapat main lagi sebab masih di kolej kediaman. PS2 kat rumah (kan best aku leh bawak TV dan PS2 skali cam member si ragey buat.Tapi aku tak benarkan adik aku main ni lagi, aku simpan dulu hwoho. Gi la rogol PSP tu puas2.

Satu lagi kegembiraan yang baru dialami:

EXAM DAH HABIS!!!!!

dan juga pagi tadi paper yang disangka susah jadi senang oleh sebab usaha kita buat study group dari malam sampai siang (hwehe saje nak buat bunyi gempak). Alhamdulillah dapat jawab dengan mudah walaupun masih ada lubang2. Kami yang terlibat dalam diskusi keluar dengan perasaan puas hati. :3

Time to enjoy sementara tunggu result keluar. Aku harap pointer aku naik kali ni, demi tercapai hasratku nikah dengan Nintendo DS!!😄

Tagged with: ,

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. manamana said, on November 17, 2008 at 10:14 am

    mana ske shelke >///> the only reason i play DOC lol

  2. vien88 said, on November 17, 2008 at 10:17 am

    mana curi la Shelke drp Vincent. menyemak je…😄

  3. manamana said, on November 17, 2008 at 1:15 pm

    dah curik dah, siap warning vincent lagi jgn dok gatal2 hantar rombongan merisik shelke sayangku :3

  4. vien88 said, on November 17, 2008 at 3:36 pm

    xpe dia faham. dia ada aku *w*

  5. kucimhitam said, on November 17, 2008 at 4:25 pm

    HAHA
    DAPAT JAWAB EA TADI
    AKU POM…P SEKADAR LULUS JE LA
    A TU KOMPEM X DAPAT..PEACE~~

  6. vien88 said, on November 17, 2008 at 4:29 pm

    aku nak maximum A- la. huohuo tu aa ko, x join study group kitorg.

  7. kazu said, on November 18, 2008 at 4:50 am

    lol aku prefer main games version JPN macam Taiko :3
    yang tak beshnya, Taiko dalam English macam pelik, dah lah taruk lagu English, asal tak boleh taruk lagu original?

    aku ader main FFVII : DOC JPN version tapi leceh nak main. Control dia susah nak main.
    Kan besh kalau voice character dari FF series dalam JPN :3 lagi besh.

    tapi voice character FFXII tersangat besh.. teringat mcm orang cakap dialect lain kat negara Eropah xD

  8. deady said, on November 18, 2008 at 10:57 am

    DATE MASAMUNEEE !!

    DEADY PORN … lol

    oh yeah .. aku pun main game ne .. baru beli hari sabtu aritu lawl..
    anyway ..
    benci aaa kenape tak de subbie lawl..

    gudluck over yer pointer ..
    BELI DSSSSSS !!!

    FF DOC ..
    aku .. aku main separuh je ..
    ps2 nye analog .. sengal lawl..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: