Poet of Fall

Hidup selama 2 Dekad

Posted in Life by vien88 on October 31, 2008

(exactly) Setahun lalu, pada waktu pagi, dia datang ke kampus naik bas Rapid KL. Jemput aku yang sedang menunggu di bus stop depan PASUM. Katanya nak bawak aku makan kat KL Central. OK aku ikut. Sampai kat food court aku order claypot yee mee. Sebab lama tak makan (last skali makan kat KLCC beberapa tahun lalu). Dia tanya “cukup masak ke tu?” sebab nampak cam… ntah, masih tak cukup masak? Aku jawablah “ya” tapi sebenarnya sendiri tak pasti sebab tak ingat camane rupa sup yee mee yg ‘cukup masak’. Tambahan lagi malas nak minta tukar. Dah lapar sangat kot? Dia pulak beli makanan self-service; nasi putih campur lauk pilihan sendiri. Ingat lagi dia terkejut harga makanan tu RM8+. Yang lagi kesian, makanan tak sedap. Hwaha, rindu lak dengar celoteh dia sebagai food critic.

Dan pada hari itu jugalah takdir mula berubah secara beransur-ansur.

Hari itu jugalah hari dia mula bekerja di restoran McDonald’s. Dan di situ jugalah jumpanya…..

…….

… *tsundere mode*

Dua tahun lalu, aku kena ingatkan dia bila hari jadi aku (tahun ni pon lupa agaknya, biarlah). Tak marah pun, faham sebab family dia jenis tak celebrate birthday. Masa tu kat matrix lagi, so tak celebrate sama2. Tapi bila kuar date kali yang kedua ke yang ketiga, dia hadiahkan beberapa keping artwork dia yang dia print atas kertas yang berkualiti O_O. Mesti mahal giler.

Terlekat dalam file

Terlekat dalam file

So boleh la mengaku diri ni peminat nombor 1 dia sebagai pelukis yang termasyur lulz~. Rugi tak mintak tanda tangan. Sume aku simpan kat rumah, satu je aku tampal dalam fail. Ingat tak guna lagi dah fail tu… Oleh sebab malas nak bawak beg Dell yang besar gedabak tu aku pakai fail besar gedabak ni. Tak sanggup nak koyak, walopun tak suka caption yang terpapar atas artwork tu (kat gambo ni tak nampak…phew).

Tak sanggup nak bakar atau buang. Artwork hebat sangat mana boleh buat gitu!! Cam tak kenang budi, tak kenang jasa, tak appreciate memori indah, tak appreciate karya seni sumber inspirasi…

3 tahun lalu. Boleh dikatakan satu skolah (sesi pagi) nyanyi lagu hepi birthday untuk aku. Ni mesti angkara Jo! Gitau sume orang!! Malu aku jek!! >O<

Adik aku lak sempat bagi e-card all the way from MRSM. Dah ler tengah Final Exam😄

“Happy Bday mai sistahh!! owo

mwahahaha kyadahtua xD
it’s funny!

kya=20=pelik=funny
xD

OMGWTF 20 years oooold! OAO

apsal x mintak PSP???!?!?!??!! >[ “

tu mesej dia yang sengal hoho~

2 hari lepas kengkawan belanja aku KFC sempena hari jadi. Makan ayam je. Ada gambar kitorang tapi gambo tu buruk sangat. Eh, gambar lawa tapi… aku je… ^^;;; Thanks guys.

MP3 Video Player

MP3 Video Player

Parents aku bagi MP3 Video Player yang baru. Macam MP4 bendalah ni. Sony Walkman. 7GB. Tak penuh lagi. Dah lama aku takde portable music player, jeles tengok orang lain jalan2 dengan earfon melekat kat telinga. Kek dah makan Ahad lepas, tapi kek tak brapa sedap. Kalo secret recipe lagi best.

Hari jadi tahun ni… so far membosankan. Roommate dan warga kolej lain tak tahu so takde nyanyi2 cam bengong tu. Sesape yang terbaca post yang ni mesti baru tau “OMG SORI LAMBAT WISH! AKU BARU TAU”. Hey rilek aa…wakakaka… Lagi bosan sebab exam dah dekat. Hari ni sepatutnya meng-upload ilmu dari nota ke otak.

So… okay aku dah 20. Selamat tinggal teenage years. Tak rasa cam adult pon, masih cam bebudak. Erm… kata2 akhir. Thanks kepada sesape yang wish kat aku. Syukur Alhamdulillah aku berjaya hidup sampai umur ini. Ok lepas ni nak sambut dengan para buku dan nota yang menyeronokkan nih…

Tagged with:

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. kazu said, on October 31, 2008 at 7:45 am

    lol sama mcm kawan awak, family aku takde celebrate besday aku. (so ronery .__.)

    masa birthday dulu, seronok dapat banyak hadiah. Bila umur dah sampai 18 tahun, masing-masing baru antar sms kat aku padahal birthday dah lama lepas.
    Katanya “oh.. baru tau, Happy Birthday and bla bla bla”.

    Kadang-kadang aku rasa sedih sebab family aku bukannya ingat tarikh lahir aku, bahkan takde benda nak buat. Jeles aku tengok family kawan or cousin, masing-masing dapat ajak kawan buat birthday party, dapat banyak hadiah and lot cakes buatan sendiri.

    Tapi bagi aku, aku rasa bersyukur sebab berjaya mencapai umur 19 tahun walaupun sedih tak ada sesiapa ingat pasal aku.

    p/s; kenapa tak masukkan chatbox?❤

  2. kazu said, on October 31, 2008 at 1:05 pm

    visit rawrsadesu.blogspot.com :3

    I already made tutorial for you❤

  3. tqah ustazah said, on November 2, 2008 at 12:57 pm

    fnd,sori..
    aritu ada bc dis blog,dh ingt your besday..
    tp di hari kejadian,sy tgh berperang dgn final exam..
    subjek math plak tu..
    anyway,HAPPY BELATED BIRTHDAY..
    smoga pershabatn kita berkekalan..
    amiinn..

  4. deady said, on November 3, 2008 at 3:11 am

    hahah : DD

    vulpine bengongz

    aku dah nak rogol psp tak lame lagi ne hawhahw ..
    20 moar days bebeh ..

    anyway .. canggih tu walkman ko lawl..😄
    7 gig : 333

    ..download la mariah carey desu <33333

  5. manamana said, on November 4, 2008 at 9:50 am

    happy belated b-day hunny-tan >///>

    i has sum blueberry internet muffins for you :3


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: