Poet of Fall

Keselamatan Diri

Posted in Life by vien88 on October 30, 2008

Semalam pegi ke midvalley semata2 untuk makan KFC. Menyambut birthday orang. Kami pergi naik teksi. Bila aku duduk depan, secara automatik aku pakai tali pinggang keledar. Kawan2 aku di belakang nampak, lalu meng-fuyoh-kan suasana, macam pelik benar aku pakai tali pinggang keledarO_o

Sebenarnya…aku lagi hairan. Adakah aku membuat sesuatu perkara yang bodoh? Kenapa tindakan aku untuk menjaga keselamatan diri dianggap sebagai benda yang remeh? Bukan, persoalannya, kenapa ambil memakai tali pinggang keledar sebagai benda yang remeh? ( + mak aih, diorang tak belajar ke benda nih??)

Kasihan pula orang yang cipta tali pinggang ni, penat2 dia fikir cara yang baik untuk mengelak kematian di jalan raya, tetapi terdapat golongan yang tidak menggunakannya. Ini bukan soal ‘skema’ atau melanggar peraturan atau soal ‘tak belajar sivik’ (maaf ya, tapi aku tak boleh terima ni sebagai alasan. Walaupun sekadar gurauan D: ), tapi ni melibatkan NYAWA ANDA.

Kita digalakkan memikir positif, namun ada kelebihannya berfikiran negatif. Cuba bayangkan kereta buat emergency break, anda pula tidak memakai tali pinggang keledar; kita guna aplikasi fizik iaitu inersia. “Jasad yang bergerak atau pegun, akan cuba kekal pada keadaan itu” (aku ringkaskan dari segi pemahaman). So? Bila emergency break apa jadi? Walaupun anda pegun di tempat duduk penumpang, tetapi anda bergerak sekali dengan kereta…. balik ke situasi emergency break. Dah tentulah anda akan terhumban kehadapan, lalu tercampak keluar menembusi kaca, melayang entah jauh mana, jatuh dengan impak yang besar di atas tar yang kasar (mana ada tilam yang menyambut kamu!!).

Memang tak rugi mak aku ajar kami (aku dan adik aku) memakai tali pinggang keledar, walaupun duduk di bahagian belakang. Yalah, anak pun dua orang sahaja. Mestilah dia sayang kami, sangat overprotective terhadap kami. Kalau aku ikut trend budaya tak pakai seatbelt, barangkali ditimpa kemalangan. Susahkan keluarga kalau aku cedera parah, satu family sedih kalau aku meninggal dunia. Lagi sedih mak aku jika diketahui aku tidak memakai seatbelt – padahal puas lah dia mengajar aku menjaga keselamatan diri dalam kereta. Walaupun dia seorang bukan muslimah yang sempurna, tetapi dia menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik. Syukur Alhamdulillah.

Satu lagi… haa… nak mati dengan keadaan yang tak cukup iman ke? Tak pasal2 kes seatbelt remeh menjadi punca nyawa kita dicabut. Allah galakkan kita menjaga keselamatan diri, elakkan daripada mencedarakan diri. Walaupun kemalangan emergency break bukan salah anda, tetapi secara tidak langsung anda ‘membunuh diri’ (Haram di sisi agama). Tidak sayang diri sendiri. Tidak sayang nyawa. Ingat, hidup di dunia hanya sementara. Hidup di dunia ibarat musafir yang mencari bekalan yang mencukupi untuk hidup selamanya di akhirat. Oops, terlebih spiritual lak. Tapi yelah, renung-renungkan lah. Malang tidak berbau beb.

Oleh itu, pakailah seatbelt. Kalau masih tidak mengerti… well… aku dah usaha untuk menulis artikel ini, terpulanglah kepada anda untuk mengenang jasa seseorang insan yang prihatin ;D.

Bukannya tak guna bendalah ni

Bukannya tak guna bendalah ni

Tagged with:

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. kazu said, on October 30, 2008 at 1:26 pm

    yep setuju dengan cadangan anda.. pakai seatbelt bukanlah remeh tu, tu untuk keselamatan beb! Alahai betapa bodohnya remaja sekarang.. baru dapat lesen kereta, tapi lupa peraturan keselamatan.

    Aku penah kena masa nak pergi klinik pergigian (sekolah aku nak buat checkup gigi). Aku nak jip kecik, yang kesiannya, takde seatbelts langsung!
    Dahlah driver tu pandu lelaju, rasa nak kereta ni terbalik! Dahsyat betul!

    Ntah mcm mana pihak klinik upah pemandu tu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: