Poet of Fall

Bila Dah Dewasa

Posted in Life by vien88 on October 28, 2008

Kadang2 aku tak puas hati dengan cara pemikiran dan peraturan yang ditetapkan oleh orang dewasa. Bukannya kita (remaja atau pelajar) yang mengada2 nak ikut cara kita, tapi bila tengok peraturan yang tertentu, nampak macam tak munasabah. Ni yang buat aku fikir, adakah betul kalau kita semakin tua kita akan menjadi semakin matang? Atau orang yang lebih tua lebih matang daripada kita?

Di setiap blok kolej kediaman, terdapat suatu koridor yang terlindung dari hujan. Di aras satu, koridor ini berhampiran dengan bilik gerakan. Di aras dua, terdapat beberapa bilik yang setiap satunya dihuni oleh 4 orang. Memang standard lah kalau baju yang masih lembap disidai di kawasan ini bila hujan turun, takkan lah nak biar terdedah kat ‘kawasan yang sepatutnya’ (ampaian)? Boleh pulak penyelia tampal notis di situ, “pandangan ini tidak menyenangkan” lalu melarang kami untuk menyidai baju di situ. Denda akan dikenakan kepada sesiapa yang “mengingkari” perintah ini.

Memang senang awak sebagai penyelia buat tindakan ini. Tapi tak pernah fikir pun MENGAPA kami (penghuni kolej kediaman) buat sedemikian. Tambahan lagi, bukannya tempat tu laluan istimewa bagi tetamu terhormat. Mungkin sesiapa yang berada di bilik gerakan boleh nampak, tapi macamlah tiada langsir. Lagi2 jika di blok penghuni wanita, pandai2 la gunakan langsir tu.

Satu lagi masalah; tidak boleh simpan apa2 barang dalam almari bilik. Alasan? Orang yang nak sewa bilik nak guna almari. Alah, penyewa guna berapa hari sahaja? Kita diberi sebulan cuti, adakah penyewa perlu mengemas bilik dan barang dibawa seolah2 dia tinggal lama di situ? Tak pernah ke fikir, bagi pelajar yang duduk jauh seperti di Kelantan, Sarawak, Perlis etc… camne diorang nak bawak barang sume?? Simpan dalam bilik stor? Habis la mampat.

Di surau (wanita) fakulti sains, kami sering tidur dan lepak di situ. Bersembang, study atau buat assignment. Tiba2 tertampal notis yang menyatakan bahawa surau bukan tempat untuk beristirehat. Ok fine la. Aku siap pernah dengar 2 orang makcik ‘berbincang’, “kalau nak tidur, balik rumah/kolej la!”. Wahai mak cik, kami ada kelas petang nanti, rumah/kolej kami agak jauh, kami tiada kenderaan (kalo kami ada baik kami solat kat bilik je), mana lagi kami nak rehat2? Fikirlah sikit, macam tak pernah je jadi student. Kuasa notis itu sangat lemah, kami semua langgar peraturan. Tapi masuk pukul 3pm, ALERT! Ini lah waktu mereka datang untuk menunaikan solat (diorg je ke? Pekerja lain solat kat mana ek?)

Aku fikir gak… bila aku semakin dewasa nanti, adakah aku akan mempunyai ideologi yang berbeza dengan generasi yang akan datang? Bolehkah aku mengikuti arus perubahan? Apakah faktor yang membezakan fikiran orang dewasa dan remaja/pelajar?

Tagged with:

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. tqah ustazah said, on October 30, 2008 at 3:34 am

    fnd,nice blog! suka pd perkataan ‘kelantan’ tu…hehe…walaupun kite lain u,tp sistem nya tetap sama..sy x leh byang dihari terakhir sem 8..mcmn nk angkut brg?!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: