Poet of Fall

Susahnye nak Study

Posted in Life by vien88 on October 27, 2008

Tetiba rasa nak tulis dalam Bahasa Melayu. Tapi hati-hati la, sebab kadang-kala BM aku bunyi agak skema atau klasik.

Sama je, di rumah atau di kolej kediaman, susah benar nak study. Lagi2 kalo ada tarikan wireless. Kat hostel mungkin boleh kawal lagi, sebab wifi kejap ok kejap tak ok. Kat rumah baru install wireless connection, disebabkan oleh cable2 yang menyemak je kat bilik study yg baru renovate tuh. Sekarang dah ada 1 desktop (siap dgn monitor flat screen yg baru beb), 3 laptop.

Balik ke pangkal jalan… kenapa la susah bangat nak study ni?? Kata je nak berjaya, kata je ada cita2 nak jadi saintis atau penyelidik. Tapi usaha zaman mahasiswa macam takde jek. Dahler satu impian dah hancur, impian ni pon nak wujud dalam angan2 jugak ke? Pointer tahun lepas cam hampeh, cukup2 makan je supaya biasiswa JPA tak tarik balik. Yang peliknya org yg takde cita2 lak leh jadi lagi terer drp aku T_T

Zaman sekolah dahulu, sejak tingkatan 3 aku dah mula mendapatkan gred yang bagus2. Aku tak study hard pon, cuma ambil perhatian dalam kelas dah cukup. Bila peperiksaan semakin hampir, cuma buat ulangkaji je. Seminggu sebelum PMR dan SPM, aku sempat lagi main game! Nenek aku siap tanya “tak belajar ke?”, mak aku boleh tolong kaver lak. Berbaloi gak mak aku kaver sebab result aku gempaq.

Sejak matrikulasi sem 2, aku sudah jadi malas. Adakah sebab wabak cinta atau fikiran yang semakin kotor? Atau disebabkan oleh fikiran negatifku… “untuk apa aku belajar subjek/bab ini? Bukan kita praktik dalam kehidupan seharian pon!”.

Ke mana hilangnya skil aku untuk menyerap ajaran si pengajar di depan kuliah? Kalau lah aku boleh buat lagi cara tu, takdela nak tensen sangat menghafal formula, nak perah otak berjam2 untuk selesaikan SATU je soalan. Nak kira algebra yang mudah pon aku boleh silap. Makin lembap otak aku ni.

Fikir pasal “plan B” lak, kerajinan dan sifat efisien tu takde. Cis, kalo bole nak hidup sorang2 main game je. Malas nak fikir pasal dunia. Tapi nak buat camne, nak taknak kena jugak redah cabaran ni. Mahu tak mahu terpaksa lah terlibat dalam misi menjadi manusia yang berguna.

Nak bagi nasihat? Meh, tak payah la. Orang bagi pon insaf sekejap je, tak dapat nak proses dalam kepala otak. Sendiri buat renungan pon… insaf sekejap. Pastu jadi malas balik. Erm… doakan je la aku perolehi kerajinan yang maksimum!

Tagged with:

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. deady said, on October 27, 2008 at 1:17 pm

    hahahw ..<3
    saintis yg ske yaoi lulz ..

    anyway ..
    study skejap jek .. lol

    jap lagi hidup senang lenang dah pun lalala..

    ke ko nak kawin AOA .. AOA
    watpe belajaw sesusah kalo camni harhahr

    teruskan😄
    soh la bapak ko janji beli ps3 ke ..hohoho

  2. tqah ustazah said, on October 30, 2008 at 3:39 am

    suka penulisan BM anda..berbakat!🙂

  3. Bella said, on May 4, 2009 at 3:08 pm

    ko ada masalah ketumpulan fokus, fokus kalu xde, study hard mana pun x kemana.

    • vien88 said, on May 4, 2009 at 3:31 pm

      aiks… blog ni tulis dah lama da…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: